WANITA yang memilih lelaki lebih berusia sebagai pasangan hidup pasti akan mengundang pelbagai spekulasi masyarakat. Apatah lagi jika lelaki dipilih itu mempunyai kewangan kukuh dan kehidupan stabil berbanding kebanyakan pemuda lain di luar sana. Seperti luahan seorang bakal pengantin wanita berusia 26 ini di Twitter Twtmalaywedding, dia bimbang akan dipandang serong apabila berkahwin dengan lelaki berstatus duda berusia 43 tahun. Mesej asal yang dihantar dikongsikan semula oleh Twtmalaywedding. “Saya akan berkahwin dengan duda anak tiga dan umur dia dah 43 tahun ni. Saya okay saja sebab dia baik dan gentleman. “Tapi satu saja saya tak okay. Takut kena judge dengan saudara mara, orang kampung dan kawan-kawan. “Saya takut nak beritahu kawan-kawan yang saya akan berkahwin dengan orang umur 43 duda anak tiga,” katanya dalam mesej tersebut. Bagi mengelakkan daripada menjadi umpatan rakan-rakan mengenai pilihan hidup, dia memilih untuk tidak membuat perkongsian di media sosial mengenai suami. ARTIKEL BERKAITAN: Jodoh beza umur 18 tahun disindir netizen, suami dikatakan bapa... Wanita ini cerita kisah cinta, ‘hot daddy’ tapi comel! ARTIKEL BERKAITAN: Suami tak cerewet, tapi wife asyik minta maaf setiap kali hidang makanan - “Ada yang nak jadi madu isteri saya” Alasannya, dia tidak mampu menanggung rasa kecewa dan sedih untuk berhadapan dengan kritikan orang lain. Bagaimanapun, perkara itu bakal menjadi pertikaian kerana dia merupakan seorang yang aktif menggunakan Instagram. Tegas wanita itu lagi, memilih lelaki tersebut sebagai suami bukanlah disebabkan harta dan kemewahan dimiliki. “Kawan saya... depan saya dia cakap tak apa. Cinta itu buta. Tapi dia pergi mengumpat dekat kawan lain. “Sedangkan saya pilih dia bukan sebab harta. Dia tak kaya langsung pun sebab dia daripada famili miskin tapi kerja sekarang stabil. Kurangkan share pasal suami dekat media sosial... kalau ambil gambar pun daripada belakang. NETIZEN “Tapi orang bukan tahu pun dia miskin ke kaya. Yang mereka tahu kalau kahwin (orang) tua atau duda sebab harta. “Tu yang saya stress, tak kanlah saya nak beritahu harta dia miskin baru orang tahu saya kahwin bukan sebab harta,” ujarnya lagi. Hantaran tersebut mendapat pelbagai reaksi warga maya yang memberikan pendapat mereka. Rata-rata mencadangkan agar wanita ini untuk mengehadkan hantaran di media sosial serta mengendahkan segala kata-kata negatif kepada mereka. “Kawin saja. Pedulikan orang kata. Yang penting kita happy dengan life kita. Kurangkan share fasal suami dekat media sosial. "Kalau ambil gambar pun daripada belakang ke... ala pandai-pandailah adjust. Jangan terlalu terkesan sangat dengan orang yang toksik. Kalau rimas block saja lantaklah kawan ke apa. Tangkap layar komen netizen di Twitter membalas ciapan asal. “Kalau asyik fikir takut kena judge, susahlah macam tu. Sampai bila awak nak sembunyikan suami awak. You deserve to be happy. Pedulikan apa orang nak kata. "Tapi kalau masih takut jugak kena judge dan ia sangat mengganggu fikiran awak, tak payah kahwin dengan lelaki tu. “Kawan yang baik, dia akan sama-sama gembira apabila kita sampai khabar berita yang gembira. "Kalau kita sampaikan berita gembira tapi riak wajah dia mencurigakan. Ada benda tak kena dengan kawan tu,” komen netizen di Twitter. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI