BAGI sesetengah individu, bayaran servis perkhidmatan yang dicaj semasa mendaftar masuk (check-in) dianggap 'lesen besar' untuk mereka meninggalkan tempat penginapan seperti hotel dalam keadaan kotor mahupun bersepah. Malah bagi mereka, cleaner juga sudah dibayar gaji untuk melakukan tugasan pembersihan. Namun bayangkan jika hotel tersebut diinap sepenuhnya oleh mereka yang memiliki fikiran sedemikian, pastinya menyusahkan pekerja pembersihan sehingga ada yang perlu bekerja lebih masa dan mengabaikan masa bersama keluarga. Seperti luahan seorang wanita yang merupakan pekerja pembersihan di sebuah hotel bertaraf empat bintang, dia berasa terkilan apabila tetamu meninggalkan bilik dalam keadaan bersepah dan dikotori najis. Luahan pekerja pembersihan yang telah berkhidmat selama lapan tahun. Mengakui letih dengan keadaan tersebut, ujarnya, dia kadang kala terpaksa melakukan kerja lebih masa (OT) disebabkan perbuatan tidak bertanggungjawab segelintir pelanggan. "Sebagai housekeeping hotel bertaraf empat bintang, ingin meluah... kadang terkilan bila buka bilik bersepah, ada air banjir atas karpet. "Dalam bilik air tak payah ceritalah. Bedak berterabur tompok-tompok atas karpet. "Saya faham sebab saya pun ada anak, tapi kami housekeeping penat juga... sedih," luahnya di Facebook. Lebih mengejutkan apabila dia turut menyatakan terdapat pelanggan hotel yang membiarkan najis berterabur di atas lantai begitu sahaja. ARTIKEL BERKAITAN: Hotel horror! Dah 10 malam bilik belum kemas, berlambak sisa makanan, rambut... cadar pun kena pasang sendiri – “Check out awal, caj RM1,000 tak dikembalikan” ARTIKEL BERKAITAN: Tetamu check-out tinggalkan bilik bersepah, kotor... kesian nama Neelofa pula kena petik! Mana privasi duduk hotel? Tindakan tidak bertanggungjawab itu menyebabkan petugas pembersihan sepertinya perlu mengambil masa selama hampir sejam bagi memastikan bilik kembali bersih. Antara keadaan bilik hotel yang pernah direkodkan sebelum ini.Antara keadaan bilik hotel yang pernah direkodkan sebelum ini. Disebabkan itu jugalah 'trip' membersihkan 20 bilik sehari tidak dapat dibuat dalam tempoh yang ditetapkan. "Memang boleh OT, tapi anak kecil di rumah," katanya. Bagaimanapun, wanita berkenaan turut menyatakan terdapat pelanggan hotel yang meninggalkan bilik dengan bersih. Malahan, ada yang meletakkan tips kepada pekerja sepertinya sebagai penghargaan. "Kalau bilik bersih pula, ya Allah seronok tengok. Tinggal tukarkan cadar, basuh bilik air, sanitize dan lap saja. "Siap bagi tips letak kat note atas meja," ujarnya yang sudah lapan tahun berkhidmat sebagai housekeeping. Berkongsi kisah, dia turut memaklumkan pernah ditawarkan kerja di bahagian pejabat namun menolaknya kerana lebih gemar melakukan kerja pembersihan. Luahannya itu menjadi tular di Facebook selain turut dikongsikan di beberapa platform lain seperti Twitter. Warganet sependapat 'menghentam' tetamu hotel yang pengotor. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet meninggalkan reaksi positif dan menyatakan mereka tidak seperti pelanggan yang digambarkan wanita terbabit. "Saya kalau menginap di mana-mana hotel ataupun homestay, akan make sure kemas cadar, fridge dan bilik air seperti asal masa mula masuk bilik tu. Begitu juga saya minta anak-anak saya amalkan begitu setiap kali menginap di mana-mana hotel. Kena appreciate titik peluh orang yang mengemas bilik yang kita tidur. Lagipun dari rumah kita dah biasa buat begitu jadi kalau di tempat lain pun kena amalkan yang sama. Mungkin ada orang pernah terkena dengan tuala kitar semula, cadar kitar semula, gelas kotor. Jadi dia konon tak mahu perkara sebegitu berlaku pada tetamu seterusnya. NETIZEN "Sebab tu saya nak check-out, saya kemas sikit-sikit. Even cadar pun saya letak elok-elok walaupun dah tahu nanti kena tukar juga. Tapi sekurang-kurangnya housekeeping tak sakit mata dan hati sangat... kesian sama dekat depa (mereka). "Kebiasaannya sebelum saya check-out, memang saya akan pastikan at least sampah dah buang dalam plastik. Kedudukan tilam, bantal, kerusi seboleh mungkin dalam keadaan ketika check-in. Tuala saya letak atau sangkut pada tempat penyangkut yang disediakan. Memang malu dan kasihan kalau tinggal bilik dalam keadaan sepah dan berselerak. "Kami check-in mana-mana pun keluar dengan bilik bersih," ujar beberapa netizen. Dalam pada itu, menerusi perkongsian di laman Twitter pula, pemilik akaun Faisal Rahim mengesyorkan beberapa panduan yang boleh dilakukan. Dia juga menyatakan tidak menjadi kesalahan jika membantu memudahkan pekerjaan orang lain. Bagaimanapun, terdapat segelintir warganet yang menyatakan sebaliknya berikutan pekerja pembersihan telah dibayar untuk melakukan tugasnya. Malah dikatakan, mereka tidak boleh merungut jika perlu berdepan dengan situasi sedemikian. Ada juga yang beranggapan bahawa pelanggan bersikap pengotor disebabkan mereka pernah melalui situasi tidak sepatutnya seperti bilik yang ditempah kotor serta tidak memuaskan. "Mungkin ada orang pernah terkena dengan tuala kitar semula, cadar kitar semula, gelas kotor. Jadi dia konon tak mahu perkara sebegitu berlaku pada tetamu seterusnya dan buat perangai tidak berakal untuk memudahkan urusan orang. "Tidur Muar hari tu, aku yang cucikan toilet hotel," luah beberapa netizen lagi. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI