MENDAPAT perkhabaran mengenai penyakit kritikal pasti membuatkan sesiapa sahaja dilanda perasaan sedih dan murung. Apatah lagi sekiranya sebelum jatuh sakit, tubuh dalam keadaan sihat dan langsung tidak menunjukkan sebarang simptom. Begitulah juga dengan kisah yang dikongsikan oleh wanita ini mengenai ibunya yang baru didiagnos menghidap kanser usus tahap 4, Jun lalu. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) Video yang dimuat naik di aplikasi TikTok iaitu rakaman suara (voice note) si ibu yang meluahkan rasa sakit dan merayu untuk tidak mahu meneruskan sesi rawatan kemoterapi, benar-benar menyentuh hati netizen. Bercerita bagaimana ibunya, Saedah, 73, jatuh sakit sebelum didiagnos menghidap kanser usus, wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Aliza berkata segala-galanya bermula pada awal pagi, 29 Jun lalu ketika warga emas itu mahu menunaikan solat Subuh. ARTIKEL BERKAITAN: Ibu tunggal derita kanser ovari tabah besarkan 3 zuriat... Anak kedua terlantar akibat kemalangan, si bongsu hidap jantung berlubang ARTIKEL BERKAITAN: Disangka depresi, sebenarnya ibu hidap 2 kanser tahap 4! Pemuda minta anak ‘double sayang’ mak ayah sebelum merasai sakit kehilangan "Ibu saya sebelum ini sangat aktif, nak tengok dia demam pun susah. Masa kena Covid-19 pun sihat, tak ada gejala. Ibu suka berdikari, jadi dia tinggal seorang diri. "Sejarah kesihatan pun okay, tak ada kencing manis dan darah tinggi terkawal. Hinggalah pada awal pagi 29 Jun lalu, waktu nak ambil wuduk untuk solat Subuh, ibu terasa sakit perut. "Dia kata macam nak buang air besar dan sakit berlarutan sampai tengah hari. Jadi adik hantarkan ibu ke klinik. Doktor kata kemungkinan gastrik. Kalau sakit tak berkurang bawa ke hospital. Ibu Aliza tidak sedarkan diri selama enam hari ketika dirawat di institut rawatan rapi. "Malam hari yang sama, ibu berulang ke tandas dan walau dah makan ubat klinik, sakitnya tak berkurang. Anak saya kata tak boleh tunggu esok, jadi malam itu juga kami terus ke Hospital Sultan Ibrahim (HSI)," ujar wanita berusia 52 tahun ini. Menurut Aliza, ibunya kemudian dimaklumkan perlu menjalani pembedahan untuk mengetahui punca sebenar memandangkan hasil imbasan (CT Scan) tidak dapat mengenal pasti penyakit yang dideritainya. Perkhabaran yang disampaikan oleh doktor sejurus selepas pembedahan berjaya dilakukan pada keesokan harinya, benar-benar membuatkan Aliza dan tiga lagi adik beradiknya terkejut. "Doktor maklumkan kanser dah pecah dalam perut, kuman merebak. Dah stage 4. Mujur kami cepat bawa hospital. Kalau lambat, doktor kata kami perlu bersedia dengan apa jua kemungkinan kerana ibu kritikal selepas pembedahan," ujar anak kedua daripada empat adik beradik ini. Sewaktu menjalani pusingan pertama kemoterapi pada 8 September lalu. Tambah Aliza, ibunya tidak sedarkan diri selama enam hari selepas pembedahan dan menghabiskan masa kira-kira 10 hari di hospital sebelum dibenarkan pulang. Sama seperti pesakit kanser yang lain, ibunya perlu menjalani rawatan kemoterapi sebanyak lapan pusingan dalam masa enam bulan, dan fasa berkenaan sememangnya sangat mencabar bukan sahaja buat warga emas berkenaan, malah Aliza dan adik beradiknya. "Sebelum start kemoterapi, doktor dah terangkan implikasi dan bagi ubat. Kali pertama ibu kemoterapi pada 8 September. "Dia faham penerangan doktor, tapi bila dah lalui, dia tak tahan dan merayu-rayu nak berhenti. Saya yang jaga ibu sekarang, memang tak sanggup dengar dia merayu setiap hari. Kami hanya mahu ibu sihat. Kalaulah nanti ibu tetap dengan keputusannya, mungkin kami akan ikhtiar cara lain... demi ibu. ALIZA "Puas saya pujuk, tapi ibu macam tak mahu teruskan. Itu yang dia hantar voice note dekat adik saya, merayu perkara yang sama. Voice note itu dihantar empat hari selepas kemoterapi pertama. "Orang lain yang dengar pun sedih, apatah lagi kami sebagai anak-anaknya. Dulu ibu susah nak sakit, kali ini, memang dia 'kalah'. "Puas kami pujuk... saya siap tunjukkan lagi komen-komen netizen yang beri kata semangat padanya, ada yang kata awal-awal memang tak tahan sebab badan baru nak adapt... tapi ibu tetap merayu," ujarnya yang menetap di Johor Bahru. Aliza dan adik beradiknya akan mencari ikhtiar lain demi memastikan ibu mereka kembali sembuh. Aliza berkata, ibunya dijadualkan menjalani kemoterapi kedua pada Khamis depan. "Saya dan adik beradik cuba slow talk... kami hanya mahu ibu sihat. Kalaulah nanti ibu tetap dengan keputusannya, mungkin kami akan ikhtiar cara lain... demi ibu," ujarnya lagi. Dalam masa yang sama, Aliza mengucapkan terima kasih kepada netizen yang membanjiri ruangan komen dengan kata-kata semangat selain mendoakan kesihatan ibunya. Sehingga kini, video yang dikongsikan di TikTok meraih 58,700 jumlah tontonan. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI