suria

Gadis tetap ‘piawaian’ bakal suami macam bapa! Selain pentingkan agama kena rajin ke pasar, pandai pilih ikan segar

Video dikongsikan Fahima mengenai layanan baik bapa kepada anak-anak menjadi tular di TikTok.

INSAN bergelar bapa merupakan cinta pertama dalam hidup setiap anak perempuan.

Layanan baik, kasih sayang dan pengorbanan seorang bapa yang yang dicurahkan sejak kecil membuatkan anak perempuan meletakkan 'standard' tinggi dalam memilih suami.

Begitulah juga ‘syarat’ diletakkan oleh Nur Fahima Mohd Norazman dalam memilih bakal suami selepas dilayan umpama puteri oleh bapa kandungnya yang dipanggil Abi sejak kecil.

“Abi seorang yang sangat penyayang. Sikap abi yang paling istimewa bagi saya adalah dia seorang penyabar dan tak pernah meninggikan suara pada anak-anak dan isteri. Tegas tapi ada kelembutan.

“Dia pun orangnya sangat rajin. Terlalu ‘Korean material husband’. Sebagai contoh Abi selalu pastikan anaknya makan ikan segar. Katanya protein fresh nanti otak jadi bijak... lagipun Abi memang pandai bab pilih ikan segar. Abi pergi beli, dia jugalah yang siang dan masak.

“Bukan tu saja, Abi meletakkan kedudukan isteri lebih tinggi dalam banyak hal. Contohnya ibu saya seorang guru, jadi masa saya kecil Abi akan ambil tugas memasak untuk anak-anak kalau Umi masih di sekolah. Basuh dan jemur kain pun dia yang buat. Memang ‘husband material’ sangat,” ujar Fahima ketika dihubungi mStar.

Malah menurut anak kedua daripada empat adik beradik itu, hubungan rapat antara mereka berdua membuatkan lelaki itu kerap membawa dirinya ke pejabatnya di Telekom Malaysia ketika berusia enam tahun.

ARTIKEL BERKAITAN: Anak manja cabut heels, dah tak ‘control ayu’ meraung nampak mak ayah datang kolej... tapi giginya yang diperhatikan netizen!

ARTIKEL BERKAITAN: Anak manja abah! Bapa dedah sikap pemuda pengsan masa kawad... tak lokek pelukan, cium pipi - “Apalah sangat kaki pedih”

Menurut Fahima, walaupun raut wajah bapanya kelihatan sedikit garang tetapi hakikatnya dia sangat berlembut dengan anak-anak dan isteri.

Selain sangat prihatin, bapanya juga merupakan seorang yang sangat mementingkan soal agama apatah lagi dia merupakan salah seorang bekas penuntut Universiti Al Azhar di Mesir.

“Setiap tahun Abi akan bawa kami buat umrah dan perjalanan di sana menjadi mudah sebab Abi boleh bertutur dalam bahasa Arab dengan fasih. Abi pun pesan pada saya kalau nak pilih pasangan letaklah agama paling hadapan sekali. Yang penting lelaki itu ahli al-Quran dan dah hafaz 30 juzuk.

Fahima merupakan anak kedua daripada empat adik beradik.

“Dia juga pesan jangan lupa tengok lelaki tu penyabar atau tak sebab agama saja tak cukup. Pilihlah lelaki yang rajin dan bertanggungjawab dari segala sudut termasuklah rumah, anak dan kewangan. Dia minta saya pastikan lelaki itu sayangkan keluarga macam kami terutama mak ayah.

“Ada juga Abi pernah berseloroh kalau nak cari suami nanti pilih yang boleh pergi pasar dan pandai beli ikan sebab Abi tahu anak-anak dia suka makan ikan. Dia kasihan tengok wanita pergi pasar sendirian lepas tu balik nak masak pula. Sebab itulah Abi tak bagi anak-anak perempuan dia beli ikan sendiri sebab katanya tu kerja orang lelaki,” ujarnya lagi.

Susulan perkongsiannya yang meraih 1.5 juta jumlah tontonan setelah disiarkan di TikTok, warga maya turut meluahkan rasa cemburu melihat Fahima memiliki bapa sebaik itu.

Dia kasihan tengok wanita pergi pasar sendirian lepas tu balik nak masak pula. Sebab itulah Abi tak bagi anak-anak perempuan dia beli ikan sendiri sebab katanya tu kerja orang lelaki.

NUR FAHIMA

Kata Fahima yang menetap di Kota Bharu, Kelantan, komen yang menyamakan bapanya dengan filem Papadom lakonan Afdlin Shauki cukup menyentuh hatinya.

Bagaimanapun, ada juga lelaki yang meninggalkan komen menyatakan bahawa semakin ramai wanita tidak akan berkahwin jika mengharapkan layanan seperti bapa mereka.

Ibu dan bapa Fahima.

“Harapan saya untuk Abi dan juga Umi, semoga Allah akan sentiasa melindungi dua insan yang dah besarkan saya dengan penuh kesempurnaan. Alhamdulillah saya sendiri dah berjaya menghafaz 30 juzuk al-Quran dengan sokongan mereka.

“Terima kasih buat semua yang tonton video tu dan doakan Abi sebab saya post tu sebagai penghargaan hari bapa tapi tak sangka boleh viral pula sampai macam tu sekali,” ujar Fahima lagi.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain