suria

Order nasi goreng, peniaga bagi lauk tambahan ‘udang darat’... rupanya ramai pernah alami situasi sama

'Udang darat' yang sering ditemui dalam hidangan di sesetengah premis makanan.

SUDAHLAH perut lapar, menunggu hidangan pun lama... tiba-tiba makanan yang sampai mempunyai 'lauk' tambahan yang tidak dipesan.

Pastinya hati berasa hampa sekali gus hilang selera makan.

Begitulah situasi yang dialami sesetengah rakyat Malaysia apabila mereka ingin menjamu selera di premis makanan.

Seperti yang terjadi baru-baru ini, seorang pelayar Facebook berkongsi gambar hidangan nasi goreng yang diterimanya dengan kapsyen 'ini udang kan?'.

Jika diamati gambar tersebut, kelihatan haiwan seperti seekor lipas tanpa kulit turut digoreng bersama nasi berkenaan.

Malah warnanya juga kemerahan dan berminyak seperti warna nasi goreng yang dihidangkan.

Susulan perkongsian yang menggelikan itu, warganet tampil dengan pelbagai reaksi lucu dan mengiyakan persoalan yang ditimbulkan.

Warganet menyatakan 'lauk tambahan' disediakan tuan kedai yang 'baik hati'.

Warganet menggelar pemilik kedai sebagai seorang yang baik hati kerana menyediakan 'lauk tambahan' tanpa diminta.

"Kalau dah masak jadi merah, betul tu udang. Kupas kulit dia pastu kunyah perlahan-lahan... nanti bagitahu rasa apa.

"Udang darat tu... betul dah, mungkin udang laut tak ada stok.

"Awak pesan nasi goreng seafood? Dia salah ambil tu, terambil 'landfood'.

ARTIKEL BERKAITAN: Hikmah ambil gambar makanan sebelum jamah, wanita terkejut siput kecil merayap celah daun salad! Daripada lapar terus rasa kenyang

ARTIKEL BERKAITAN: Alamak! Telur lipas atau kacang merah? Yang penting makanan dalam pinggan dah licin - “Sudah habis nasi, masa nak bayar baru jumpa”

"Limited edition, jarang-jarang customer dapat," demikian komen beberapa netizen.

Menyusuri ruangan komen, rupa-rupanya ramai yang pernah menerima 'lauk tambahan' seumpama itu.

Saya pernah kena, pesan mi sup. Dah sampai hirupan yang terakhir, ada ulat gonggok cantik dia bergulung.

NETIZEN

Malah kebanyakannya mengaku, hanya menyedari kewujudan bendasing itu selepas makanan hampir habis dimakan.

"Relaks, saya dapat nasi goreng USA lalat... memang terbaik.

Warganet turut meninggalkan komen lucu dan pengalaman mereka.

Warganet turut meninggalkan komen lucu dan pengalaman mereka.

"Saya pernah juga hirup sup. Nampak udang terbang dan terus muntah kat longkang tepi kedai... hantar semula kat pekedai, dia patah balik bawa sup sama dan cakap tadi tu kulit bawang. Tapi kulit bawang tu ada misai dan kaki.

"Beli tomyam, percuma tisu. Konon-konon nak buat surprise ada pelanggan, sorok tisu dalam kuah.

"Saya pernah kena, pesan mi sup. Dah sampai hirupan yang terakhir, ada ulat gonggok cantik dia bergulung... terus pening kepala.

"Sama... tauke kedai ni baik hati sangat, dia siap bagi extra udang crispy," luah beberapa netizen berkongsi pengalaman menerima 'makanan tambahan' yang tidak dipesan.

Melihatkan kejadian seumpama itu sering berlaku dan didedahkan di media sosial, ramai yang mengambil keputusan untuk makan di rumah.

Malah ada yang menyatakan mereka sanggup memasak sendiri walaupun tubuh penat dengan tugasan seharian.

"Salah satu faktor tak makan kat kedai. Rela masak sendiri walaupun penat.

"Itu yang tak berapa gemar makan kat kedai.

"Masak sendiri kat rumah tak ada terjumpa benda yang tidak sepatutnya," ujar beberapa warganet lagi.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain