DULU abang, kini adiknya pula tular! Seorang pemuda berjaya melakukan transformasi menurunkan berat badan dari 108 kilogram (kg) kepada 76kg dalam tempoh tiga bulan selepas menjadikan abangnya sebagai inspirasi. Seperti abangnya yang mengurangkan berat badan dari 104kg kepada 74kg, ramai yang menyangka jejaka ini adalah individu berbeza selepas melakukan transformasi. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) Berkongsi cerita kepada mStar, pemuda berkenaan, Putra Irwan Shah Jalil mengakui badannya berisi sejak sekolah menengah dan beratnya pernah mencecah 108kg. Anak muda berusia 29 tahun itu berkata, body shaming terhadap dirinya merupakan perkara biasa tetapi kesukaran untuk mencari pakaian yang bersesuaian menjadi faktor dia ingin kurus. Transformasi abang Irwan yang menguruskan badan dalam tempoh empat bulan. "Masuk tiga hingga empat kedai baju dalam mall cari seluar kerja, tapi semua tak ada saiz. Macam putus asa, tapi pada masa sama mahu hidup sihat dan terperinspirasi dengan abang. "Bila abang berjaya turunkan berat badan, saya kagum. Saya yakin mesti saya pun boleh," katanya kepada mStar. Irwan berjaya mengurangkan berat badan kira-kira 30 kilogram dalam tempoh tiga bulan. Lebih mesra disapa Irwan, dia berjaya menurunkan berat badan lebih kurang 30kg kepada 76kg selepas tiga bulan, bermula dari Mac hingga Mei lalu dengan melakukan diet defisit kalori. ARTIKEL BERKAITAN: Ramai tak percaya jejaka ini auto handsome selepas kurus, wajah gelap berubah jadi glow... Masuk 3 series penuh gaya! ARTIKEL BERKAITAN: Pernah turun 66kg dalam setahun... Penat usaha, ada pula sanggup tuduh kurus sebab hisap dadah! - "Yang tak kenal akan kata fake" "Saya tukar cara pemakanan, cut gula dan minyak. Dua benda ni kalau cut memang antara yang paling efekttif nak kurangkan berat badan. "Abang pesan prepare makanan sendiri di rumah dan ia cara terbaik monitor kalori memandangkan kita tahu apa yang kita makan," ujarnya yang berasal dari Kuala Lumpur. Selain tidak mengambil makanan segera selama enam bulan, anak keempat daripada lima beradik ini juga mengamalkan puasa sunat setiap Isnin dan Khamis. Irwan gemar melakukan aktiviti hiking. Namun bagi Irwan, dia tidak hanya menumpukan 100 peratus kaedah diet defisit kalori, sebaliknya melakukan senaman ekstra seperti kardio, skipping, joging dan hiking. "Saya sasar berat badan ideal sekitar 70kg. Belum lagi misi sado, tapi fokus untuk mengekalkan berat badan yang sihat buat masa sekarang. Bila abang berjaya turunkan berat badan, saya yakin mesti saya pun boleh. IRWAN "Perubahan fizikal sudah tentu saiz baju dan seluar. Dulu saiz XL atau XXL, sekarang boleh muat S atau M. Ini secara tidak langsung menaikkan semangat dan tahap keyakinan saya. "Layanan orang terhadap kita juga berubah. Sekarang ramai yang tegur, nak berkenalan pun tiba-tiba makin ramai. Ex (bekas kekasih) pun tegur selepas hampir setahun tak contact walaupun follow masing-masing kat media sosial," katanya. Irwan (kanan) dan Putra (kiri) bersama adik perempuan. Irwan yang bekerja dalam bidang perbankan turut mengakui bahawa tranformasinya bukan hanya pada penurunan berat badan tetapi juga kelihatan ketara pada stail rambut. "Lawak bila orang kata rambut saya sekarang makin lurus selepas kuruskan badan. Ada la tukar stail sikit-sikit, alang-alang orang kata berwajah baharu... dulu rambut saya pendek, sedikit kerenting. Sekarang ni rambut lurus, medium length," katanya. Irwan mahu mengekalkan berat badan yang sihat. Sementara itu, abang Irwan iaitu Putra Aidil Fitri Syah Jalil, 30, kagum dengan transformasi adiknya dan tidak menyangka dirinya dijadikan inspirasi untuk melakukan diet dan senaman. "Adik lebih laju daripada saya, tapi tak pelik sebab dia rajin workout. Tak sangka dia jadikan saya sebagai inspirasi. Selepas kurus, macam dia yang nampak lagi handsome daripada saya. "Sekarang ramai yang memerlukan bantuan saya untuk kuruskan badan. Saya buat kelas secara freelance membantu lebih ramai orang untuk kurus," kata Putra yang sebelum ini tular apabila wajahnya kelihatan jauh lebih cerah selepas melakukan transformasi. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI