MOMEN ketika disatukan sebagai suami isteri yang sah sememangnya bisa membuatkan sesiapa sahaja tidak dapat menahan air mata, lebih-lebih lagi apabila mengenangkan pelbagai ujian yang ditempuhi bersama sebelum ini. Mungkin lazimnya kita sering melihat pengantin perempuan yang mengalirkan air mata selepas bergelar isteri, sementara pengantin lelaki pula kebanyakannya mampu menahan sebak dan 'cool'. Namun video tular yang memperlihatkan seorang pengantin lelaki tidak dapat menahan tangis saat berdoa ketika meletakkan tangan pada ubun-ubun isterinya, benar-benar membuatkan netizen terkesan dan turut sama bergenang air mata. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) Beberapa saat pertama dalam video tersebut, pengantin lelaki berkenaan tenang membaca doa namun kemudian suaranya tersekat-sekat dan terhenti kerana terlalu sebak, sebelum ditenangkan isteri yang terus menyeka air matanya. "Nampak jelas keikhlasannya menghalalkan wanita tersebut... semoga berbahagia hingga syurga. "Apabila benar-benar memahami makna nikah bukan sekadar menghalalkan pasangan tetapi memikul tanggungjawab ketua keluarga," demikian antara komen netizen. ARTIKEL BERKAITAN: Pengantin lelaki berjurai air mata, ‘drama’ mula ketika famili gerak balik... Terserlah perangai manja anak bongsu depan bapa mentua! ARTIKEL BERKAITAN: Pengantin lelaki rebah selepas lafaz akad nikah, sengsara sebelum kahwin... Akhirnya misteri terungkai, angkara dengki ‘peminat misteri’ Berkongsi cerita dengan mStar, Nurul Nadira Yaacob berkata dia sendiri tidak menyangka suaminya, Ahmad Muffti Abdullah, 27, menangis ketika itu kerana lelaki berkenaan merupakan seorang yang tenang. "Ketika itu saya pun tunduk lama, sebak tak tahu nak cakap macam mana. Bila suami menangis, dengan spontan saya terus ambil tisu lap air matanya. "Saya pun tak tahu kakak ipar rakam kami masa tu. Ada yang cakap kami berlakon tapi langsung tidak pun. Saya tak pernah tengok suami menangis sampai macam itu sekali. Tetamu pun sebak sampai ada yang menangis," ujar wanita berusia 24 tahun ini. Majlis ijabkabul Ahmad Muffti dan Nurul Nadira di Masjid Rahmaniah, Kuala Kangsar. Sementara itu Ahmad Muffti pula berkata, dia tidak dapat menahan air mata kerana mengenangkan kesetiaan wanita berkenaan yang sanggup bersama-sama menghadapi dugaan sepanjang lima tahun perkenalan, daripada dirinya tidak punya apa-apa sehinggalah sudah stabil dalam kerjaya. "Dialah banyak memberi semangat dan dorongan kepada saya hingga saya dapat memiliki apa yang saya mahukan dan dialah satu-satunya perempuan yang boleh menerima saya apa adanya. "Saya amat berterima kasih kepadanya dan saya bersyukur sangat Allah jodohkan kami berdua. Kini saya memegang tanggungjawab yang besar... saya akan menjaganya hingga akhir hayat saya," ujarnya yang bekerja sebagai juruteknik penyelenggaraan di sebuah syarikat di Pulau Pinang. Sekitar majlis pernikahan Nurul Nadira dan Ahmad Muffti pada 16 September lalu. Pasangan ini selamat disatukan pada 16 September lalu di Masjid Rahmaniah, Kuala Kangsar selepas lima tahun mengenali hati budi masing-masing. Bercerita serba sedikit mengenai perkenalan mereka, Nurul Nadira yang merupakan seorang operator pengeluaran berkata dia dan suaminya saling mengenali ketika sama-sama bekerja di sebuah kilang di Pulau Pinang. "Ketika itu saya baru 19 tahun, tak terfikir lagi nak bercinta sebab nak fokus kerja dulu. Seingat saya, baru kerja lapan bulan kemudian ada orang minta number telefon. "Saya pun tak expect yang nak mengorat saya tu dia (suami), sebab orang perempuan yang minta nombor telefon saya. Dari situlah bermula segala-galanya," ujar Nurul Nadira. Saya tak pernah tengok suami menangis sampai macam itu sekali. NURUL NADIRA YAACOB ISTERI Tambah wanita ini, selain seorang yang penyabar dan penyayang, sikap suami yang sentiasa positif dan suka memberikan kata-kata semangat membuatkan dirinya jatuh hati dengan keperibadian lelaki tersebut. "Bila saya down dengan kerja atau orang di tempat kerja, saya mengadu tapi ini saja yang keluar dari mulutnya, 'kita tak mampu nak puaskan hati orang, setiap orang ada kekurangan dan kelebihan masing masing, dan kita tak boleh tutup mulut orang'. "Suami saya bukan romantik orangnya tapi cara bercakap dan berpesan memang tersentuh sangat. Pasangan ini akhirnya disatukan selepas lima tahun mengenali hati budi masing-masing. "Kami terkejut sebab tak tahu kakak ipar rakam dan upload di TikTok. Setiap malam suami tengok video tu, dia bacakan doa tu dekat ubun-ubun sampai saya tertidur. "Terima kasih sangat sangat sudi doakan saya dengan suami. Kami doakan kalian ditemukan dengan orang tepat, yang terima segala kekurangan dan kebaikan kalian," ujarnya lagi. Sehingga kini video tersebut yang dimuat naik di TikTok meraih lebih 617,000 jumlah tontonan. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI