suria

Anggap siapa ‘naik atas’ hantar makanan pelanggan sebagai ‘bodoh’, rider dikecam geng sendiri - “Bila tak ada order melalak”

Perkongsian seorang rider akhirnya mengundang kecaman ramai.

NAMPAKNYA isu membabitkan tugas rider penghantar makanan masih belum habis diperkatakan di media sosial.

Isu ini hangat sejak minggu lalu apabila seorang wanita mempertikaikan mengapa rider dari sebuah syarikat penghantaran makanan tidak menghantar pesanan di pintu rumahnya sedangkan kediamannya bukanlah kawasan yang dikawal ketat oleh pengawal keselamatan.

Terbaharu, seorang rider tampil mengemukakan hujahnya dan menganggap penghantar makanan yang mengikut permintaan pelanggan untuk menghantar pesanan sehingga ke pintu rumah terutama di kawasan perumahan bertingkat sebagai 'bodoh'.

"Tengok, abang J&T pun letak dekat bawah. Abang Pos (Malaysia) pun letak peti surat bawah. Kenapa kita wajib kena naik atas?

grab 1

Isu membabitkan tugas penghantar makanan hangat sejak minggu lalu. Gambar hiasan.

"Sebab kita bodoh dan (tak) bersatu, tak berani melawan sama-sama ke? Dah la order sikit, bayar macam tahi," tulis rider berkenaan menerusi laman Facebook GrabFood Rider Malaysia.

ARTIKEL BERKAITAN: Kecoh penghantar makanan enggan ‘naik atas’ hantar order, rider OKU bersuara - “Pelanggan tergamam saya selak seluar”

ARTIKEL BERKAITAN: Pengawal keselamatan suruh letak makanan atas lantai, rider tak sampai hati... Ramai geram JMB kedekut beli meja! “Macam bagi kucing makan je”

Rider tersebut turut memuat naik sekeping gambar di satu sudut tingkat bawah sebuah perumahan bertingkat, yang memaparkan beberapa bungkusan serta kotak barangan milik pelanggan yang diletakkan oleh pekerja syarikat kurier.

Berdasarkan perkongsian tersebut, rider berkenaan berkemungkinan cuba mendapatkan sokongan daripada para penghantar makanan yang lain untuk bersetuju dengan pandangannya.

Bingai tu simpan sikit... gantung sajalah beg.

NETIZEN

Namun ternyata apa yang diharapkan rider berkenaan tidak berlaku sama sekali apabila majoriti komen pada perkongsian tersebut mengecam kembali dirinya.

"Bang, berhenti sajalah daripada bising dalam Facebook ni.

"Dah tu kenapa abang tak kerja J&T je? Kenapa perlu buat Grab? Bandingkan epal dengan oren memang tak boleh, satu barang dan satu lagi makanan.

grab 2

Rata-rata netizen mengecam rider berkenaan kerana merungut terpaksa menghantar makanan sehingga atas.

"Bila tak ada order 'melalak', bila ada order pemalas. Belajar bersyukur... kita memang buat service door to door.

"Bingai tu simpan sikit... gantung sajalah beg," demikian antara reaksi ahli grup berkenaan.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain