KATA kebanyakan orang, salah satu ciri lelaki yang mampu menjadi pasangan yang baik adalah apabila dia dapat mengawal emosi ketika sedang marah. Namun bagaimana pula halnya jika perangai sebenar si lelaki yang gemar memaki dan panas baran terserlah ketika dia belum pun lagi sah menjadi seorang suami? Sudah tentu tunang atau teman wanitanya berfikir beberapa kali sebelum membulatkan tekad untuk meneruskan hubungan sehingga ke jenjang pelamin. Luahan wanita berkenaan mengenai situasi yang dihadapinya. Begitulah situasi dialami oleh seorang wanita ini yang meluahkan rasa keliru dan dilema gara-gara sikap panas baran tunangnya. Tidak mendedahkan identiti, wanita tersebut berkata dia dan pasangannya sudah bertunang hampir tujuh bulan namun dia mula tawar hati untuk meneruskan hubungan mereka. ARTIKEL BERKAITAN: Pelik sangat... Pengantin lelaki sorok muka atas pelamin, anak buah tak sedap hati! Rupanya masuk jerat scammer! ARTIKEL BERKAITAN: Harapkan bahagia perkahwinan kedua, ibu 3 anak ‘dapat derita’ suami gantung tak bertali! Tunggu masa dihalau tuan rumah "Tunang aku pula kalau bergaduh je suka maki dan mengamuk baling barang. Lepas itu dia akan minta maaf macam tak ada apa berlaku. "Apabila aku tak maafkan, kena marah lagi sampai dia ugut nak putus tunang. Aku ni sudahlah mental tak okay, apabbila tak okay jadi histeria pula. "Hari ini aku betul-betul dah fed-up. Kami bergaduh dan kemudian aku 'palau' dia sebab malas nak bertekak. Tiba-tiba mak dia call mak aku suruh aku ubah perangai sebab aku tak jawab call anak dia. Wanita berkenaan dalam dilema untuk meneruskan perkahwinan dengan tunangnya. "Aku naik anginlah sebab aib kot. Aku yang perempuan ni pun tak cerita apa-apa dekat mak aku walaupun dia maki-maki aku. Ini belum kahwin, mak dia dah cakap macam tu," luahnya. Disebabkan campur tangan bakal ibu mentuanya, wanita itu dan tunangnya sekali lagi bergaduh dan dia menjadi sasaran makian lelaki berkenaan. "Akhirnya dia kata nak bincang dengan mak dia, boleh tak terima perempuan macam aku ni lagi. Nak teruskan atau nak putus. "Aku pun malas dah nak fikir. Tapi tadi dia tiba-tiba minta maaf semua. Dia nak jumpa parents aku sebab nak minta maaf apa yang jadi... sampai mak dia call mak aku. Kalau masih nak bagi peluang kepada lelaki jenis ni, lebih baik tunggu dia betul-betul berubah dulu baru teruskan perjalanan dengan dia. NETIZEN "Aku malas nak layan sangat sebab benda ni dah banyak kali gaduh tapi yang ini sampai mak dia call. Adakah aku yang bermasalah sebenarnya? "Dia pula tak boleh serabut, nanti semua benda dia main cakap. Dah macam perempuan pun ada aku rasa," luahnya dalam mesej yang disiarkan di laman Twitter @twtwedding. Sementara itu menerusi ruangan komen, rata-rata netizen menyarankan wanita berkenaan agar mempertimbangkan keputusan untuk bersuamikan lelaki panas baran agar tidak timbul masalah yang sama selepas berkahwin. "Lelaki yang ada sikap panas baran memang susah nak berubah. Kalau masih nak bagi peluang kepada lelaki jenis ni, lebih baik tunggu dia betul-betul berubah dulu baru teruskan perjalanan dengan dia. Antara saranan dan cadangan yang disarankan netizen. "Totally red flag... sebelum kahwin Allah dah tunjuk perangai sebenar. Merana hidup kalau dah kahwin, nanti kejap-kejap ugut cerai, dah la bergaduh cerita kat mak. "Macam mana mak dia nak hormat you as menantu kalau aib you tunang you jaja? "Jawapan cliche. Tapi istikharahlah. Doa sungguh-sungguh. Kalau betul dia bukan yang terbaik, minta Allah hapuskan segala rasa yang tak seharusnya hadir di ruang jiwa," demikian antara komen netizen. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI