APALAH nasib badan apabila 'dipermainkan' seekor monyet! Keterujaan seorang pemuda menerima barang yang dibeli secara dalam talian terbantut apabila bungkusan tersebut dibawa lari oleh seekor monyet. "Mehlah (pulangkan), aku tak ada duit nak order balik," katanya kepada seekor monyet yang hanya memandang dari balkoni rumah jiran, menerusi satu video yang dikongsi di laman sosial. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) Berkongsi cerita kepada mStar, pemuda bernama Mohamad Khairin Nazhan Mohd Noor itu berkata, kejadian berlaku pada petang Rabu di rumahnya di Shah Alam, Selangor. Anak muda berusia 20 tahun itu memberitahu, dia terkejut mendapati kedua-dua bungkusannya lesap sejurus selepas penghantaran tiba di rumahnya. "Mak saya cakap barang dah sampai. Selalu saya terus keluar rumah ambil barang yang dihantar, tapi kali ini lewat lima minit baru keluar. "Parcel yang diletakkan atas tembok pagar seperti selalu tiba-tiba hilang. Rupa-rupanya sudah dicuri seekor monyet," katanya kepada mStar. Sekumpulan monyet berada di atas bumbung rumah. Khairin berkata, dua barang yang dibelinya secara dalam talian berupa wangian kepunyaannya dan produk penjagaan muka milik kakak berusia 23 tahun. ARTIKEL BERKAITAN: Sorry, tak minat donat! Gadis panik monyet larikan beg tangan ketika berkelah, sedar-sedar duit jatuh dari pokok ARTIKEL BERKAITAN: Video dikejar geng monyet raih lebih 3 juta tontonan, pelajar mengaku ada buat sesuatu kepada anak monyet sebelum insiden - "Saya serik, dah insaf" "Rasa terkilan, lebih-lebih lagi serum (produk penjagaan muka) kerana saya beli untuk kakak sebagai hadiah. Harga kira-kira RM50 guna duit sendiri. "Rasa geram nak marah. Saya cuba umpan kuih cekodok tapi tak dilayan, sebaliknya monyet bawa lari parcel naik ke atas bumbung rumah," ujar anak kedua daripada empat beradik itu. Khairin terpaksa naik ke bumbung rumah bagi mengambil parcel. Jelasnya, ia bukan pertama kali kawasan perumahannya didatangi sekumpulan monyet sejak hutan berdekatan menjadi tapak pembinaan untuk sebuah projek pembangunan. "Nak salahkan monyet, habitat dia manusia kacau. Sebelum ni pernah nampak seekor dua monyet, tapi sejak tiga minggu kebelakangan ini lebih banyak monyet berkeliaran. "Monyet pernah datang usik beras yang dijemur mak di luar rumah untuk hilangkan kutu beras. Tapi kebetulan mak bagi pisang untuk halau mereka," katanya sambil menambah antara kejadian lain adalah tong sampah di luar rumah jiran-jiran turut diusik haiwan itu. Bungkusan parcel yang dirosakkan monyet. Bercerita tentang usahanya untuk mengambil semula barangan yang dilarikan, Khairin berkata dia nekad untuk memanjat bumbung rumah dari tingkat bawah meskipun tiada balkoni atau ruang yang boleh dilalui dari tingkat satu. "Saya menggunakan dua tangga, satu untuk panjat bumbung di tingkat satu dan kedua untuk naik dari tingkat satu ke bumbung paling atas. Monyet-monyet ni ambil parcel satu hal, lagi risau kalau tiba-tiba monyet jadi garang dan sergah kita. KHAIRIN "Mak tolong pegang tangga di tingkat bawah bagi stabil. Masa naik okay, cuma bahaya apabila nak naik dan turun antara bumbung atas dan tingkat satu sebab permukaan bumbung tak rata. "Saya tak pernah panjat bumbung dan mujur tak gayat. Tapi gigihkan juga sebab nak ambil kedua-dua parcel yang tersadai atas bumbung angkara monyet-monyet," tambahnya. Khairin bersama ibu yang turut membantunya mendapatkan parcel. Khairin yang bekerja di bengkel milik bapanya memberitahu, misi untuk mendapatkan dua parcel berjaya dilakukan dengan mengambil masa kira-kira 20 minit. "Parcel habis dikoyakkan monyet. Mujur barang-barang di dalamnya dibalut dengan bubble wrap. Kalau tak, pasti pecah atau rosak diusik monyet-monyet. "Satu pengalaman yang kelakar bagi saya. Lepas ni kena lebih alert bila ada penghantaran barang ke rumah, kena cepat-cepat ambil. "Monyet-monyet ni ambil parcel satu hal, lagi risau kalau tiba-tiba monyet jadi garang dan sergah kita," ujarnya secara berseloroh. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI