APABILA melihat pada hasil lukisan, siapa sangka karya tersebut milik seorang kanak-kanak lelaki yang berusia lapan tahun. Walaupun agak susah untuk dipercayai, namun itulah bakat terpendam yang dimiliki oleh Dihya Muhammad Fateh Mohd Faridil Amir. Menurut bapanya, Mohd Faridil Amir Shobri, 38, bakat anaknya mula terserlah sejak dia berusia tiga tahun. “Fateh suka melukis sejak kecil lagi. Waktu tu dia suka conteng dinding dan selalu minta saya lukiskan karakter Ultraman untuk dia. Tapi ketika berumur empat tahun, dia sudah mula melukis Ultraman versi sendiri. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) “Masa Fateh umur empat hingga tujuh tahun, dia banyak lukis watak-watak kartun macam Boboiboy, Ejen Ali, Naruto, Ultraman dan watak animasi anime. Sejak Mac tahun ni, Fateh mula berminat untuk lukis potret dan muka orang. Sekarang, hampir tiap-tiap hari dia melukis muka individu tertentu,” ujar Mohd Faridil. Perkongsian isterinya di TikTok menunjukkan anak mereka sedang melukis wajah seorang pelanggan lelaki yang tak dikenali di sebuah kedai makan, tular. Menurut bapanya yang senang disapa Amir, sejak mula masuk ke restoran yang terletak di Pulau Pinang itu, Fateh sudah menjadikan lelaki tersebut sebagai 'sasaran'. Kata bapa yang memiliki lima cahaya mata itu lagi, Fateh tetap cuba menyiapkan lukisannya walaupun agak sukar untuk melihat wajah penuh lelaki itu kerana mereka duduk di bahagian tepi. ARTIKEL BERKAITAN: Luar biasa! Budak 10 tahun mampu lukis logo ‘sebiji’ hanya dengan sekali tengok, mak ayah pernah keliru antara logo asli dan lukisan di TV ARTIKEL BERKAITAN: Pegang pen macam pelukis profesional, budak 4 tahun mampu lukis kartun dilihatnya walau hanya sekali pandang “Sejak lelaki dalam video tu masuk dalam kedai makan, Fateh dah target nak lukis muka dia. Pada awalnya agak sukar nak lukis dari tepi, tapi kemudian Fateh beranikan diri ubah tempat duduk dari depan dan lukis muka lelaki tersebut dari jauh. “Fateh memang bersungguh tak mahu lelaki tu sedar dia sedang lukis wajahnya dan nak buat kejutan. Jadi perkara itu dilakukan secara senyap-senyap. Memang agak sukar nak dapatkan gambaran betul apatah lagi dia hanya melukis dari jauh. Fateh mula melukis di dinding ketika berusia tiga tahun. “Apabila dah siap lukisan tu dalam masa 15 minit, Fateh serahkan pada pelanggan tu. Alhamdulillah, respons yang sangat baik diterima. Walaupun pada zahirnya masih banyak kekurangan pada hasil lukisan tersebut. “Sebelum ni, Fateh dah banyak kali melukis di kedai makan. Dia mula melukis macam tu sejak Mei tahun ni," katanya. Jelas lelaki ini lagi, Fateh yang merupakan anak keempat banyak belajar melukis melalui tutorial di YouTube seperti Amamijan, Ali Haider dan Devon Rondriguez. Ahli keluarga Fateh. Selain itu, dia sendiri banyak memberi latihan dan tunjuk ajar kepada Fateh mengenai cara melukis yang sesuai memandangkan anaknya itu suka melukis cara 'free hand'. Dia turut mengakui agak sukar untuk mencari guru dan tutor yang sesuai untuk Fateh, justeru dia dan isteri memilih untuk tidak menghantar anaknya menyertai mana-mana kelas melukis. Ketika kami biarkan dia conteng dinding tu, ramai yang tak berapa setuju. MOHD FARIDIL AMIR Amir yang menetap bersama keluarga di Permatang Pauh, Pulau Pinang, juga pernah dikritik oleh orang di sekeliling gara-gara membiarkan Fateh menconteng dinding rumah ketika dia berusia tiga hingga lima tahun. “Ketika kami biarkan dia conteng dinding tu, ramai yang tak berapa setuju. Tapi kami sepakat untuk bagi peluang Fateh tonjolkan kreativiti sendiri. “Alhamdulillah sekarang dinding pun dah kembali putih dan Fateh dapat manfaatkan kelebihan dia dari situ. Sekarang kami bekalkan sebaik mungkin keperluan alatan melukis dan selalu bagi kata-kata semangat,” ujarnya lagi. Fateh ketika melukis di luar daripada rumah. Tambahnya lagi, tujuan dia dan isteri berkongsi hasil seni anaknya semata-mata untuk mendokumentasi perjalanan minat si kecil itu dan dalam masa sama berharap mereka boleh menerima kritikan dan sokongan secara terbuka daripada warga maya. Walaupun pada mulanya agak bimbang bakal menerima kecaman kerana membiarkan anak melukis di tempat awam dan mengganggu privasi orang lain namun setakat ini tindakan itu menerima pujian malah sokongan daripada netizen. Antara hasil lukisan Fateh sejak Mac 2022. Dalam pada itu, Amir menegaskan bahawai ibu bapa mestilah menyokong minat anak serta meraikan keunikan yang ada pada mereka. Malah katanya lagi, keyakinan diri penting pada masa depan untuk proses pembelajaran dan kehidupan sosial apatah lagi di zaman sekarang yang segalanya mencabar. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI