suria

Kecoh 2 penumpang MRT di Singapura ‘bertekak’, pemuda disuruh balik Malaysia… “Jangan datang untuk dapatkan dolar”

Tangkap layar video mengenai pertelingkahan antara dua penumpang MRT di Singapura.

KECOH di media sosial mengenai pertelingkahan melibatkan dua penumpang dalam pengangkutan awam, yang didakwa merupakan pemuda Malaysia dan warga emas Singapura.

Kejadian dipercayai berlaku di dalam sebuah tren MRT di republik itu.

Menerusi satu perkongsian video yang tular di media sosial, insiden dikatakan berpunca daripada isu tempat duduk khas dalam pengangkutan awam berkenaan.

Difahamkan lelaki berusia tersebut mempersoalkan tindakan pemuda itu duduk di kerusi yang dikhaskan untuk warga emas, termasuk wanita mengandung dan orang kelainan upaya (OKU).

berebut kerusi mrt 3

Seorang lelaki bertindak agresif dengan bercakap kasar.

Memetik laporan sebuah portal, lelaki warga emas itu bertindak agresif dan menjerit kerana pemuda tersebut yang dianggapnya tidak respek.

ARTIKEL BERKAITAN: Berebut tempat duduk, 'pakcik puaka' buat kecoh dalam bas... Pasangan kembar bengang kena pindah lokasi kerusi

ARTIKEL BERKAITAN: Ngeri dengar peniaga maki pelanggan restoran popular Melaka, 'makcik puaka' siap hina gara-gara pesan telur dadar

Dia kemudian menjerit dengan mengarahkan pemuda itu pulang ke Malaysia.

"Jangan datang ke sini untuk mendapatkan dolar Singapura, balik ke negara anda," kata lelaki warga emas itu.

Kalau kita bertimbang rasa, bertikam lidah ini tak akan terjadi. Sifat prihatin mesti diamalkan.

NETIZEN

Sementara pemuda Malaysia itu pula menegur lelaki Singapura tersebut kerana bercakap kasar dan memberitahu bahawa tiada warga emas di dalam tren ketika itu.

Difahamkan, mana-mana individu yang menimbulkan kekecohan yang berlebihan sehingga menyebabkan kegusaran atau ketidakselesaan kepada orang lain di tempat awam boleh didenda sehingga $1,000 (RM3,221) atau penjara maksimum tiga bulan.

Video yang dikongsi di aplikasi TikTok itu tanpa menyatakan bila kejadian berlaku meraih lebih 300,000 tontonan.

berebut kerusi mrt 4

Antara komen netizen.

Ia juga tersebar di pelbagai platform media sosial termasuk grup Facebook yang melibatkan rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura.

"Muda, tapi duduk priority seat. Tak malu.

"Ada tempat duduk pun nak marah. Tak makan ubat ke?

"Balik la Malaysia. Tak payah berebut kerusi orang. Kat tempat orang tu rendahkanlah diri serendah yang boleh.

"Pertama, kerusi tu untuk orang-orang tua/OKU/orang sakit dan perempuan mengandung. Boleh saja duduk tapi apabila ada orang-orang sebegini yang berdekatan berilah kerusi tu pada mereka ni.

"Kalau kita bertimbang rasa, bertikam lidah ini tak akan terjadi. Orang tua itu macam kelihatan sihat tapi kita tak tahu kesihatan, lututnya yang tak boleh berdiri lama. Apabila dah marah kata-kata kesat semua terkeluar baik rakyat di Singapura atau rakyat di mana-mana negara. Jadi sifat prihatin mesti diamalkan," demikian antara komen dan teguran netizen.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain