suria

Cleaner Nepal ‘pergi’ selepas tinggalkan cap jari di seluruh pejabat, sempat ajar pekerja Malaysia amanah dalam bekerja

Ezry berkongsi kisah mengenai seorang pekerja pembersihan bernama Phatta. foto FB Ezry Fahmy

MERANTAU jauh, lelaki ini hidup mencari rezeki di bumi asing.

Dia bukan siapa-siapa, malah tiada saudara-mara di Malaysia, namun keperibadian pekerja warga Nepal ini meninggalkan kesan yang amat mendalam.

Semangatnya dikatakan 'luar biasa', sehingga menyentuh hati seorang pengguna Facebook, Ezry Fahmy untuk membuat perkongsian.

Paling tidak dapat dilupakan dan menggamit memorinya tentang pekerja pembersihan itu adalah kisah 'berus gigi'.

lelaki

Phatta datang ke Malaysia untuk mencari rezeki. -Gambar hiasan

"Phatta, orang Nepal. Cleaner di tempat kerja lama. Baru dua tahun kerja di Malaysia dah sekurang-kurangnya boleh berkomunikasi dalam bahasa Melayu.

"Sepanjang lapan tahun kerja, sudah ada bersilih ganti cleaner di awalnya. Rata-rata cleaners kurang komitmen kerja, lepas mengemas, lebih banyak duduk di pantri main telefon.

"Tetapi apabila diganti dengan Phatta, dia bekerja umpama tak ada waktu rehat. Tenaga dan fokusnya luar biasa," tulis Ezry di Facebook.

ARTIKEL BERKAITAN: Dulu datang 'bawa masalah', ramai sedih pemuda dari negara matahari terbit ini mahu tinggalkan Malaysia - "Balik Jepun, saya nak cari awek Melayu"

ARTIKEL BERKAITAN: Majikan berat hati nak lepas pekerja asing! Walau dah belanja tiket flight balik Bangladesh, tetap akan ikhtiar terbangkan semula ke Malaysia

Menurut Ezry, semangat Phatta cukup luar biasa kerana dia sudah mula mengemas pejabat seawal 8 pagi dan kerjanya begitu cekap.

"Kadang-kadang dia terpaksa tunggu lama depan pintu pejabat sebab lewat dibuka, dia menunggu lama depan pintu, tanpa sedikit pun dengar dia mengeluh.

"Sejurus masuk ke pejabat kerjanya tangkas, tanpa henti. Pernah pulang lewat selepas Maghrib, nampak dia sedang bersihkan kawasan parking, menghabiskan syif 8 pagi hingga 8 malam," katanya.

Paling meninggalkan kesan buat Ezry ketika melihat Phatta menggunakan berus gigi untuk menghilangkan kesan kotor degil di karpet pejabat dan lap bahagian belakang langsir.

"Ini termasuk vakum surau dan lap bawah meja! Seakan semua tempat di pejabat, telah ada cap jari Phatta.

"Saya rasa malu setiap kali lihat Phatta bekerja, rasa seolah-olah dia kerja lebih kuat, lebih banyak. Saya selalu ambil peluang berbual dengan Phatta di pantri, nak kenalnya lebih lanjut," ujarnya lagi.

cleaner nepal 4

Perkongsian Ezry di Facebook.

Namun kata Ezry, dia dan Phatta kurang berhubung selepas meninggalkan pejabat itu setahun kemudian.

Menurutnya, dia banyak kali mengajak pekerja asing itu untuk makan tengah hari bersama, tetapi pelawaan itu ditolaknya secara baik.

Dia bekerja umpama tak ada waktu rehat. Tenaga dan fokusnya luar biasa.

EZRY FAHMY

"Dia bawa bekal masak dari rumah katanya. Hari terakhir di pejabat saya kata nanti kita perlu keluar makan sama ya," tambah Ezry.

Namun, manusia hanya mampu merancang, tapi Tuhan yang menentukan segalanya.

cleaner nepal 2

Mesej mengenai Phatta mengundang kesedihan Ezry.

Mesej daripada seorang sahabatnya di pejabat lama memaklumkan Phatta jatuh sakit dan keadaannya bertambah buruk sehingga koma dan lelaki itu akhirnya disahkan meninggal dunia.

Tanpa menyatakan sebab kematian, namun kandungan mesej mengenai pemergian Phatta amat mengejutkan dan menyedihkan Ezry.

"Phatta bukanlah Muslim, tetapi berkenalan dengannya mengajar diri saya tentang maksud amanah dalam kerjaya," tulisnya di Facebook.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain