TAHAP kebersihan dan kualiti makanan sering menjadi keutamaan bagi pelanggan yang menjamu selera di kedai makan. Bagaimanapun, insiden tidak diingini seperti terdapat bendasing dalam masakan setelah dihidangkan kepada pelanggan sering berlaku. Paling tidak boleh diterima oleh akal apabila ada warganet berkongsi pengalaman terjumpa bulu, rambut, kulit telur malah serangga! Begitulah yang terjadi kepada seorang lelaki bernama Mohd Noor Azam Ateh apabila terdapat seekor lalat dalam nasi goreng USA yang dipesannya. Posting asal yang tular. Kejadian dikatakan berlaku di Johor ketika dia sekeluarga baru pulang dari Cameron Highland, Pahang. "Eh, makanan sudah sampai. Alihkan telefon dan beg! kata saya kepada anak dan isteri. Perut lapar kerana baru pulang dari Cameron Highlands. “Nasi goreng ayam dan paprik diberikan kepada anak dan isteri oleh pekerja. Tiba giliran saya, saya hulurkan tangan mahu membantu pekerja tersebut. "Kejap, tengok ni, ada lalat la! Jari telunjuknya menghala ke pinggan nasi goreng USA saya,” ujarnya menceritakan semula reaksi pekerja kedai makan tersebut. ARTIKEL BERKAITAN: Selera eksotik! Makcik bertudung, atuk pakai kopiah jual sate ular... Ramai pesan jangan suka-suka cuba makanan tepi jalan ARTIKEL BERKAITAN: Hikmah ambil gambar makanan sebelum jamah, wanita terkejut siput kecil merayap celah daun salad! Daripada lapar terus rasa kenyang Pekerja berkenaan meminta Azam tunggu sebentar dan dia kembali ke dapur bersama pinggan nasi goreng USA itu. Ketika itu di hati Azam terdetik bahawa pekerja berkenaan mungkin hanya akan membuang lalat tersebut sebelum menghantar semula kepadanya. “Dalam hati terdetik firasat nakal. Ini nanti dia buang sahaja lalat tu. Selepas itu diberi saya makan. Jahatnya pemikiran saya. Komen netizen yang memuji tindakan pekerja itu. “Tapi saya silap. Pinggan itu sengaja ditinggalkan di atas meja yang kami boleh nampak. Pekerja itu kemudiannya ke dapur dan menjerit, Minta satu lagi nasi goreng USA!”, katanya lagi. Jelas Azam, setelah sepinggan nasi goreng USA baharu dihantar ke meja Azam, barulah pekerja itu mengangkat pinggan yang mengandungi lalat masuk ke dapur. Tersentak dengan layanan diberikan, Azam memuji etika kerja pekerja berkenaan kerana memiliki kemahiran menjaga pelanggan yang cukup baik. “Dia bukan meletakkan pinggan yang ada lalat, tetapi kepercayaan dan saya nampak itu. Disebabkan lalat seekor, Allah naikkan darjat atas kejujuran dan ikhlasnya. WARGANET “Setelah nasi goreng USA saya dihantar ke meja, baru pinggan tadi diangkat dan dibawa ke dapur. Hebat layanannya. “Kami pasti datang lagi!” ujar Azam lagi. Hantaran asal tersebut menjadi tular di media sosial sehingga meraih lebih 82,000 tanda suka dan dikongsikan semula lebih 5,000 kali. Rata-rata warga maya turut mengagumi malah memuji tindakan pekerja tersebut setelah kisahnya dicoretkan dalam posting Azam. “Ini pun tergolong dlm sifat orang yang amanah dalam perniagaan. Semoga terus maju pemilik atau pekerja kedai tersebut. “Disebabkan lalat seekor, Allah naikkan darjat atas kejujuran dan ikhlasnya. Semoga perniagaan terus berkembang. Hantaran kedua susulan daripada kisahnya yang tular. “Terbaik! Peniaga yang amalkan ajaran Islam dalam kehidupannya. Moga melimpah ruah rezeki tuan kedai, pekerja seisi keluarga,” komen beberapa netizen. Susulan kisah yang mendapat perhatian itu, Azam memuat naik satu lagi hantaran baharu menjelaskan penyebab kenapa dia tidak mahu menyatakan nama serta lokasi kedai atas sebab-sebab tertentu. Tegas Azam, dia menghormati privasi peniaga berkenaan. Tambahnya yang menguruskan ramai usahawan di bawahnya, dia lebih arif dan tidak mahu menjadi pencetus kepaa masalah mengenai suatu bisnes boleh jatuh gara-gara viral. Kata Azam, untuk persinggahan seterusnya di kedai tersebut untuk membuat reviu untuk lebih ramai orang dapat menjamu selera di kedai tersebut. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI