suria

Peniaga yong tau foo OKU nangis ketika cari rezeki, sanggup berniaga jauh dari rumah sebab nak lari daripada pesaing

Nisa berkongsi video mengenai seorang individu OKU berniaga yong tau foo di Petronas Selama, Perak.

RAKAMAN memaparkan seorang lelaki menangis ketika sedang berniaga yong tau foo mengundang sebak sesiapa saja yang melihatnya.

Menurut Amalia Nisa, individu tersebut sebenarnya mengalirkan air mata kerana dia baru sahaja menerima sedekah daripada seorang ‘hamba Allah’ lalu menadah tangan mendoakan kesejahteraannya.

“Dia nangis awak sebab ada orang sedekah dekat acik (pakcik) ni. Terus dia doakan dekat hamba Allah yang sedekah dekat acik ni,” kata Nisa di ruangan komen setelah ditanya netizen apa sebenarnya yang berlaku.

Lebih meruntun jiwa apabila pakcik tersebut dikatakan orang kelainan upaya (OKU) yang tetap berusaha untuk bekerja sendiri mencari rezeki.

Difahamkan, dia berniaga hampir setiap hari selepas waktu tengah hari di sebuah stesen minyak Petronas di Selama, Perak.

Walaupun peniaga tersebut menetap di Taiping, dia dikatakan sanggup menunggang motosikal datang berniaga di Selama gara-gara terlalu ramai penjual menjual makanan sama di kawasan tempat tinggalnya.

Justeru, dia terpaksa berulang alik dari rumahnya yang mengambil masa 30 minit untuk ke tapak perniagaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Kawan menjauh selepas berhenti kerja, bekas peguam sedang serabut fikir bisnes temui ‘keajaiban’ selepas layankan juga permintaan mak ayah

ARTIKEL BERKAITAN: Peniaga rindu nak berniaga di pasar, jual online serba tak kena... TikTok kena sekat, pelanggan pula main-main - “Nak simpan duit sambut baby”

Bagaimanapun, jika keadaan cuaca tidak mengizinkan, lelaki ini terpaksa membatalkan hasrat untuk mencari rezeki pada hari tersebut.

“Hari-hari dia berniaga. Kalau hujan dari tengah hari macam tu dia tak datang, selalunya selepas Zohor pakcik ni sampai dah dekat Petronas Selama untuk berniaga.

Nisa berjumpa lelaki itu semula untuk serahkan sumbangan daripada seorang individu setelah videonya tular.

“Saya pernah nampak pakcik ni pulang ke Taiping dalam hujan lebat Ya Allah luluh hati masa tu tengok. Hampir setiap hari ulang alik dari Taiping ke Selama.

“Hari-hari menjual. Kadang tu kalau hujan awal, dia tak datang sebab nak datang Selama pun makan masa 30 minit. Petronas Selama ni di pekan kecil kak,” jelas Nisa menjawab pertanyaan netizen.

Alhamdulillah berkat kuasa viral. Terima kasih yang mana support jualan pakcik ni.

AMALIA NISA

Susulan perkongsian video tersebut yang tular di media sosial sehingga meraih lebih 245,000 jumlah tontonan, nasib pakcik ini mendapat perhatian warga maya.

Malah, Nisa juga memuat naik video kedua menunjukkan dia menghampiri penjual OKU itu dengan membawa sumbangan wang daripada seorang insan yang tidak dinyatakan identitinya.

Komen netizen di TikTok.

Setelah menerima sumbangan wang daripada Nisa, kelihatan lelaki ini mengangkat tangan berdoa, bersyukur dengan pertolongan diterima.

“Kali kedua datang sampaikan amanah daripada insan yang baik hati. Alhamdulillah berkat kuasa viral. Terima kasih yang mana support jualan pakcik ni,” tulis Nisa pada kasyen video kedua yang dimuat naik olehnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain