suria

‘Kaki kayuh’ mengadu nasib masa beli cucur udang, nampak cool tapi sedang susah - “Anak-anak dah la aircond seorang satu”

Kisah 'hidup susah' dikongsi oleh seorang pelanggan kepada peniaga cucur udang. - Gambar hiasan

MUNGKIN seseorang itu nampak tenang di luaran, tapi dalam hatinya tiada siapa yang tahu.

Entah-entah ada 1,001 kisah sedih lagi menyayat hati dipendamkan saja, atau tunggu masa sesuai untuk diluahkan.

Realiti kehidupan itu turut dihadapi seorang pelanggan yang datang ke sebuah gerai cucur udang dan kisahnya dikongsi di laman sosial.

"Minggu lepas, petang kira-kira jam ni. Ada seorang pelanggan kayuh basikal singgah beli cucur udang dan nak makan on the spot katanya.

pelanggan cucur udang 2

Seorang penunggang basikal berkongsi kisah bisnes dan keluarganya.

"Aku pun sediakan port yang tak berapa nak ada kat gerai ni. Dia pun duduk dengan tenang, buka pek cucur udang tu. Habis je dia doa makan, dia mula bertanya macam mana sales bang? okay?

"Boleh la. Slow tapi lebih baik dari minggu lepas. Mungkin kuasa beli kurang sikit sekarang ni. Nothing to complaint, aku jawab konon-konon steady," tulis di Facebook Fitri Sajari.

ARTIKEL BERKAITAN: 'Jalan terus' walau mata tak nampak! Pasangan OKU hilang kerja tetap raih RM12,000 seminggu jual sambal hitam - "Mula berniaga cuma terjual satu, dua pek"

ARTIKEL BERKAITAN: Simpanan licin, pemuda hilang kerja akibat PKP tak sangka bisnes masyuk! Menu dari seberang buat pelanggan jauh pun terliur, nak order banyak

Kelihatan tenang menikmati cucur udang, pelanggan itu tiba-tiba termenung seolah-olah pasrah.

Berkongsi cerita, pelanggan berkenaan memiliki sebuah syarikat teknologi maklumat (IT) tetapi malangnya pendapatannya semakin menyusut sejak tamat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

"Masa awal PKP, meletop-letop bisnes dia. Dapat gajikan 30 staf, dapat beli rumah dan dah selesai bayar pun. Tapi tiga bulan terakhir cerita yang berbeza.

"Saya terpaksa let go semua staf bulan lepas, tak mampu nak maintain. Sekarang gaji sendiri pun tak dapat cover. Isteri dalam syarikat sama, tak dapat dah nak bagi gaji,” kata Fitri, memetik kata-kata pelanggannya sewaktu mereka berbual.

pelanggan cucur udang 4

Perkongsian Fitri Sajari di laman sosial.

Menurut Fitri, pelanggannya itu mencuba sedaya-upaya untuk membayar gaji dan tunggakan.

"Tiap-tiap bulan pening kepala, panjat sana sini nak cover gaji. Sekarang kereta pun tak dapat nak bayar. Abang rasa, saya elok sorok ke let go je," jelas Fitri lagi, mengulang ayat pelanggannya itu yang merujuk kepada kereta yang masih belum dilunaskan tunggaberkkan.

Wajah pelanggannya tiba-tiba berubah dari tenang kepada pasrah, sambil menyuapkan cucur udang dan bercerita pula mengenai anaknya seramai lima orang.

"Pertama dah grad pilot tapi masih tak dapat kerja. Kedua tengah belajar kat kolej swasta, yuran RM40,000 setahun. Semua duduk dengan dia, yang lain masih sekolah," cerita Fitri.

Moga ada keajaiban untuk dia bertahan untuk meneruskan hari berikutnya.

FITRI SAJARI

Fitri turut mengimbas kata-kata pelanggannya mengenai anak-anak yang tidak tahu masalah yang sedang dihadapi.

"Sebulan RM600-RM700 nak bayar elektrik. Anak-anak dah la aircond seorang satu. Saya sanggup tidur pakai kipas, tapi anak-anak tak dapat nak faham. Ye la, tak biasa kan," kata pelanggannya itu.

pelanggan cucur udang 5

Kesulitan yang dihadapi seorang bapa lima anak.

Meneruskan perbualan, pelanggan bercerita mengenai moratorium, bantuan modal yang sukar diperoleh dan kejatuhan nilai mata wang ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat.

"Masa susah ni, adik-beradik pun tak dapat bantu. Balik kampung pun segan, nak jumpa kawan-kawan pun, mereka pun tengah susah.

"Saya ni ride basikal petang-petang ni sebab tak nak mental breakdown. Nak duduk saja pun serabut. Selalu saya ride weekends dengan kawan-kawan.

"Tapi dah nak hujung-hujung bulan ni, susah hati. Nak pinjam kawan-kawan pun berapa sangat la mereka mampu bagi,” luah pelanggan itu.

Menjamah cucur udang terakhir, Fitri berterima kasih kepada pelanggannya yang datang ke gerai dan mendoakan agar ada penyelesaian terhadap semua masalah yang dihadapi.

"Dia tengok aku slow, dengan mata sayu. Entah la bang. Saya selalu doa, esok mati je sebab tak tahu dah nak hadap hari-hari esok macam mana.

"Dia senyum dan beredar. Moga ada keajaiban untuk dia bertahan untuk meneruskan hari berikutnya. Aku harap dia rasa lega sikit dapat sembang dan kenyang dengan cucur udang tu walaupun aku sangat pasti banyak lagi beban yang dia tak cerita," kongsi Fitri di Facebook.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain