suria

Mat Bangla terpinga-pinga tak reti pesan di mesin, lelaki bengang staf restoran langsung tak tolong... “Dia pun customer”

Lelaki berkenaan membantu seorang warga asing yang mahu membeli hidangan di sebuah restoran McDonalds. Gambar hiasan

DALAM zaman era digitalisasi yang serba canggih ini, sudah banyak pembaharuan dan penambahbaikan berlaku bagi memudahkan urusan seharian.

Salah satunya dalam sektor perkhidmatan yang menyaksikan kebanyakan restoran ketika ini menggunakan sistem imbasan kod QR dan juga mesin untuk membuat pesanan.

Bagaimanapun, tidak semua mampu mengadaptasi pembaharuan berkenaan dan mengambil masa untuk membiasakan diri.

Begitu juga dengan kisah yang dikongsikan oleh seorang lelaki ini ketika mengunjungi sebuah restoran makanan segera, baru-baru ini.

mcd 2

Perkongsian kisah @koalanii di Twitter.

"Sian tengok Bangla ni nak order @McDonalds tapi tak reti. Dia nak order dekat kaunter tapi akak McD asyik cakap order sana (mesin) tapi tak tolong pun.

"Dia pergi kaunter delivery tapi itu bukan tempat order. Last sekali berdiri depan mesin," tulis @koalanii dalam satu bebenang di Twitter.

ARTIKEL BERKAITAN: Pemuda Bangladesh bangun awal banjiri Dataran Merdeka, siap angkat ikrar Rukun Negara... Netizen puji kacak! “Rambut sikat tepi tu mahal”

ARTIKEL BERKAITAN: Majikan berat hati nak lepas pekerja asing! Walau dah belanja tiket flight balik Bangladesh, tetap akan ikhtiar terbangkan semula ke Malaysia

Menurutnya, selepas seorang kakitangan restoran berkenaan berkali-kali mengarahkan warga asing tersebut membuat pesanan di mesin, tiada sesiapa pun daripada mereka yang datang membantu dan memberi tunjuk ajar.

Memahami situasi warga asing tersebut yang terkial-kial mahu membuat pesanan menerusi mesin seorang diri, dia segera tampil membantu lelaki berkenaan.

"Dia nak beli ayam goreng spicy dua set. Pakai cash. Aku imagine bapa tiri aku pernah cakap dia tak reti nak order McD apa semua ni, orang kampung.

Kena kompromi sikit untuk orang yang tak celik IT. Ibu saya pun struggle nak order yang guna scan order tu.

NETIZEN

"Pekerja McD tolonglah sebab bukan semua orang celik aplikasi atau mesin ni. Tak kisahlah Bangla ke siapa, nama pun customer," tulisnya dalam ciapan berasingan sambil menambah, dia tidak berkesempatan merakam foto atau video ketika kejadian.

Sehingga kini perkongsian lelaki berkenaan meraih lebih 4,100 ulang kicau.

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen turut berkongsi pengalaman yang hampir serupa kerana tidak biasa menggunakan sistem canggih.

Bagi mereka, kakitangan di sesuatu premis berkenaan sepatutnya bersedia dengan kemungkinan berhadapan dengan situasi sedemikian kerana tidak semua pelanggan terdiri daripada golongan yang celik IT.

komen mcd

Sebahagian daripada komen netizen yang turut menyuarakan pandangan mengenai isu yang sama.

"Isu bukan sekadar tak tolong malah terlalu digital pun masalah juga. Kena kompromi sikit untuk orang yang tak celik IT. Ibu saya pun struggle nak order yang guna scan order tu, last sekali order di kaunter.

"Tak semua orang pandai, tak semua sambungan internet bagus. Win-win situation. Kita kalau nampak macam ni, bantu sajalah. Dua-dua pihak gembira.

"Sepatutnya @McDonalds Malaysia kena sediakan seorang pekerja dekat area mesin order. Senang apabila orang yang tak reti IT khususnya orang tua ni boleh minta tolong.

"The truth. Tapi nanti ada yang datang dengan alasan 'staf kurang'. Cuba kalau yang datang tu mat salih atau oppa korea, berebut semua nak tolong," demikian antara komen netizen.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain