HANGAT di media sosial sejak beberapa hari lalu kisah melibatkan sebuah rangkaian kafe terkenal, Zus Coffee, selepas seorang pelanggan meluahkan rasa tidak puas hati ekoran isu ketiadaan wang baki sebanyak lima sen. Menerusi hantaran yang dimuat naik di laman sosial, pelanggan berkenaan berkongsi situasi di mana juruwang di kafe berkenaan memulangkan wang baki kurang lima sen dengan alasan tiada duit bagi jumlah tersebut. Tidak berpuas hati dengan alasan yang dianggap seperti mengambil kesempatan, pelanggan berkenaan bertindak 'menyekolahkan' juruwang berkenaan sehingga dia diberikan wang baki yang sepatutnya. Hantaran yang dimuat naik oleh Zus Coffee di Facebook. Perkongsian lelaki berkenaan menjadi tular dengan rata-rata netizen menyokong tindakannya yang tegas bersuara menegakkan hak sebagai seorang pelanggan. Zus Coffee menerusi laman sosial mereka kemudian tampil dengan hantaran ringkas susulan isu berkenaan. ARTIKEL BERKAITAN: Kuah banjir dalam nasi kena caj 50 sen, pelanggan tak puas hati! Peniaga warung kata masak guna santan, bukan air kosong ARTIKEL BERKAITAN: Wanita merungut di TikTok nasi goreng tak sedap, tauke kedai tomyam terus buat laporan polis... Siap suruh makan di kedai, RM6 je! "Untuk semua 5 sen yang kami tidak pulangkan... maaf. Di sini potongan 75 sen untuk kesulitan tersebut. Kod baucar: 75sen," demikian hantaran yang dimuat naik di Facebook Zuscoffeemalaysia pada Jumaat malam. Dalam ruangan komen, Zus Coffee berkata baucar tersebut tertakluk kepada terma dan syarat, iaitu terpakai menerusi aplikasi Zus sahaja dan penebusan adalah terhad. Permohonan maaf dan penjelasan Zus Coffee. Hantaran tersebut bagaimanapun sekali lagi mengundang kecaman netizen kerana mendakwa isu berkenaan tidak ditangani dengan betul iaitu tanpa permohonan maaf yang sewajarnya selain berunsur sarkastik. Beberapa jam kemudian, kafe berkenaan tampil dengan kenyataan lanjut, disertai dengan permohonan maaf, pada ruangan komen. "Terima kasih atas semua maklum balas anda dan kami mengambil kira dengan serius. Kami benar-benar berasa kesal tentang perkara tersebut dari awal tetapi ia adalah percubaan untuk menyuntik sedikit jenaka ke dalam situasi berkenaan. Posting asal yang tular beberapa hari lalu yang dimuat naik oleh seorang pelanggan. "Ia kurang wajar dan kami memohon maaf untuk itu juga. Kehabisan wang baki ada berlaku dan kami melakukan yang terbaik untuk meminimakan kekurangan itu. "Secara keseluruhannya, kami menggalakkan kaedah pembayaran tanpa tunai dan menasihati pelanggan untuk memesan melalui aplikasi kami yang telah banyak dilaburkan bagi memberi pelanggan pengalaman yang terbaik," tulisnya. Kehabisan wang baki ada berlaku dan kami melakukan yang terbaik untuk meminimakan kekurangan itu. ZUS COFFEE Dalam pada itu, Zus Coffee memaklumkan barista yang terlibat bertindak balas serta-merta dan mengendalikan keadaan dengan baik ketika situasi berkenaan berlaku. Satu paparan video daripada rakaman kamera tertutup (CCTV) ketika kejadian, turut dimuat naik di laman komen. Zus Coffee menambah, baucar turut ditawarkan kepada pengguna yang tidak mempunyai aplikasi. Sebahagian daripada komen netizen. "Kami juga telah melanjutkan had penebusan baucar. Kami harap anda menerima permohonan maaf ini dan kami berterima kasih kepada anda semua kerana sentiasa sentiasa memantau," tulisnya lagi. Perkongsian tersebut meraih lebih daripada 1,100 shares selain dibanjiri dengan ribuan komen netizen. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI