DALAM rumah tangga, suami adalah individu yang bertanggungjawab memberi nafkah buat isteri dan keluarga, sebagaimana yang dituntut dalam Islam. Namun, terdapat banyak kes yang dikongsikan di laman sosial memaparkan luahan masalah isteri berhubung sikap suami yang culas atau 'mengelat' memberi nafkah. Hal itu sering terjadi terutamanya apabila pasangan bekerja dan mempunyai pendapatan sendiri. Begitu juga yang menimpa seorang wanita, sehingga pernah beberapa kali mahu menuntut cerai disebabkan sikap suami yang mengambil ringan soal nafkah, hanya kerana dia mempunyai pendapatan lebih tinggi. Kisah wanita tersebut, yang tidak didedahkan identitinya, dikongsikan oleh rakan sekerjanya di laman Twitter @twtmalaywedding untuk meminta pendapat netizen. Perkongsian kisah wanita berkenaan di laman Twitter @twtmalaywedding. "Dia tanya pendapat saya patutkah dia tuntut fasakh? Saya takut nak bagi jawapan jadi saya nak minta padangan followers lain. Gaji akak ni RM4,000 manakala suaminya RM3,000. "Apa yang akak ni bayar adalah rumah (RM1,600 atas namanya), kereta (RM600 nama suami), pengasuh (RM400), susu anak (RM200), pampers (RM200), duit saku anak laki (RM200). "Apa yang suami dia bayar? Hanya makanan," kongsinya dalam mesej yang dikirim. ARTIKEL BERKAITAN: “Tak tanya anak isteri makan ke tak” - Dah la tanggung suami si biawak hidup, menumpang rumah mentua pula tapi tak ngam ARTIKEL BERKAITAN: Kakakku rela ‘digigit biawak’! Adik dedah abang ipar malas teruk, setahun goyang kaki rumah mentua... tolak offer kerja - “Mak ayah aku pelik kenapa lama sangat cuti” Tambah wanita tersebut, apabila ditanya kepada rakan sekerja yang dipanggil 'akak' sama ada pernah berbincang hal kewangan bersama suami, namun apa yang diberitahu cukup membuatkannya terkesima. "Akak ni jawab dah pernah gaduh marah apa semua tapi suami dia tak ada progress pun. Akak malas nak gaduh lebih-lebih sebab nanti kira isteri derhaka pula. "Untuk pengetahuan, dulu suami dia bayar rumah sewa lama RM400, sebab tu akak ni nak tolong dia bayarkan kereta RM600 walaupun kereta tu nama suami dia. "Lepas itu akak ni dah nak beli rumah baru sebab umur dah 40, dia cakap sampai bila nak menyewa. Sebab dia tahu suami dia jenis macam tu, dia cakap rumah tu biar dia bayar sendiri sebab nak nama dia seorang. Tak kisah suami gaji rendah, tak bermaksud kita setuju timbang biawak hidup. NETIZEN "Suami dia terasa sebab tak nak letak nama dia sekali. Saya macam w**? Kalau tolong bayar sekali tak apa juga. Akak ni berharap suami dia tolong sambung bayar kereta tapi suami dia buat senyap, tak ada common sense langsung," ceritanya lagi. Disebabkan tidak tahan dengan sikap suami yang ibarat lepas tangan, rakan sekerjanya pernah beberapa kali terdetik untuk meminta cerai. Namun hasrat tersebut dikuburkan sahaja pada akhirnya kerana masih ada perasaan sayang, tambahan pula dia memikirkan masa depan anak-anak. "Dia cakap suami dia baik cuma dari segi kewangan tak ada common sense sebab anggap bini gaji lagi tinggi, so binilah bayar lebih. Masalahnya bagi saya, habis tu nafkah mana? Bukan pasal gaji siapa lebih. "Akak ni cerita dekat saya sebab dia selesa dan rapat dengan saya. Kalau ikutkan hati saya, saya geram je nak beritahu cerai sajalah, buat apa tanggung biawak. "Harap followers boleh bagi pandangan memandangkan saya tak ada pengalaman," kongsinya lagi. Wanita berkenaan buntu memikirkan situasinya sehingga mahu bercerai. -Gambar hiasan Menerusi ruangan komen, pelbagai cadangan serta nasihat yang dilontarkan netizen namun rat-ratanya menyarankan wanita tersebut merujuk kepada pakar kaunseling terlebih dahulu. Dalam masa yang sama, ramai netizen turut mengingatkan wanita agar berhati-hati mencari calon suami kerana bimbang ditimpa situasi yang sama. "Sebenarnya tak derhaka pun kalau kita tegur silap suami tu. Sebab memang kita sebagai isteri kena tegur juga. Cuma kadang-kadang dah tegur banyak kali tapi macam tu juga tak ada progress apa-apa. Minta pergi kaunseling. "Sebab tu hal-hal kewangan, kena cerita masa bertunang sebab masa itu kita boleh tengok effort dia dari awal, supaya boleh banteras awal dan elak perkara begini berlaku. "Tak kisah suami gaji rendah, tak bermaksud kita setuju timbang biawak hidup," demikian antara komen netizen. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI