BERDENYUT kesakitan yang dirasai dek penangan gigi geraham bongsu pastinya sukar untuk digambarkan. Bukan sahaja 'azab' ketika mengunyah makanan atau bercakap, sehingga tidak senang duduk dibuatnya dan mengganggu aktiviti harian. Mahu atau tidak, akhirnya terpaksa juga 'menyerah diri' di klinik atau hospital bagi 'membuang' gigi bongsu bagi menamatkan kesengsaraan. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) Begitulah yang dialami gadis ini yang nekad mencabut keempat-empat gigi geraham bongsunya selepas hampir empat tahun ia tumbuh, membuatkannya sering berasa sakit dan tidak selesa. Menurut Husna Farihah, keputusan itu dibuat selepas dia mempertimbangkan saranan doktor memandangkan gigi geraham bongsunya tumbuh dalam keadaan yang tidak normal. ARTIKEL BERKAITAN: Lipas punya hal doktor gigi melompat panik, pesakit ikut menjerit... Sempat buat ‘scaling’ bahagian bawah saja! ARTIKEL BERKAITAN: Wow sangat! Bakal doktor gigi ‘vogue’ di pentas runaway, tapi kalau di fakulti selesa pakai kemeja dan shawl saja "Oktober tahun lepas, saya ada cyst di bawah lidah yang dipanggil Ranula Cyst. Saya ke klinik swasta untuk check dan doktor refer saya ke Jabatan Bedah Mulut di hospital kerajaan. "Semasa di sana, doktor buat x-ray untuk tengok cyst bawah lidah tu dan memang nampak gigi bongsu tumbuh dalam condition yang tak normal. "Ketika appointment, tengok-tengok cyst tu dah hilang dengan sendiri. Disebabkan cyst dah tiada, doktor pakar agak tertarik dengan gigi geraham bongsu tu dan suggest untuk cabut sebab kalau dibiarkan risau gigi tu rosak dan saya setuju. "Gigi geraham bongsu tumbuh ketika saya berusia 17 tahun. Sekarang saya dah 21 tahun. Saya nak cabut sebab sakit datang on off. Husna selamat menjalani pembedahan mencabut empat batang gigi geraham bongsu pada 26 September lalu. "Gusi bahagian belakang kadang-kadang bengkak dan susah nak dibersihkan. Kadang-kadang tergigit bila makan dan berdarah. Lama juga saya tahan sakit ni," ceritanya kepada mStar. Selepas membuat temujanji dan menunggu giliran, gadis yang mesra diapa Husna ini berkata, dia akhirnya selamat menjalani pembedahan membuang gigi geraham bongsu pada 26 September lalu di Hospital Kuala Lipis, Pahang. Gadis ini memilih untuk mencabut keempat-empat batang gigi geraham bongsunya sekali gus dengan bius penuh (General Anesthetic). "Saya masuk wad 25 September untuk buat ujian calitan Covid-19, 26 September jalani pembedahan dan 27 September discaj. "Doktor kata prosedur pembedahan selama lebih sejam sahaja. Prosedur tak sakit sebab saya dibius penuh. Saya rasa nak share journey proses pembedahan ini sebab nak bagi gambaran kepada yang berniat untuk buang gigi bongsu bahawa prosedur ini tak sakit sangat pun. HUSNA FARIHAH "Sekarang dah hari kelapan, Alhamdulillah luka pun semakin pulih, bengkak dah surut cuma masih ngeri nak buka mulut luas-luas sebab gusi saya dijahit. "Dah boleh bercakap sikit-sikit tetapi rasa tak selesa. Saya masih makan benda yang lembut seperti bubur. Kena berpantang, tak boleh makan makanan keras dan panas. Waktu macam inilah mengidam macam-macam tapi apakan daya," ujarnya sambil menambah dia hanya membayar kos pembedahan sebanyak RM19. Sekadar mahu mengabadikan kenangan di media sosial, Husna berkata, dia tidak menyangka perkongsian mengenai pengalamannya itu menarik perhatian ramai. Malah ramai yang bertanya mengenai langkah serta prosedur untuk melakukan pembedahan sedemikian. "Saya rasa nak share journey proses pembedahan ini sebab nak bagi gambaran kepada yang berniat untuk buang gigi bongsu bahawa prosedur ini tak sakit sangat pun. Husna turut berkongsi prosedur bagaimana mendapatkan temujanji bagi menjalani pembedahan mencabut gigi geraham bongsu di laman TikTok. "Saya juga sangat terbuka untuk jawab mana yang sempat komen-komen di TikTok bertanyakan langkah-langkah untuk buat appointment cabut gigi di hospital kerajaan. Rupanya ramai yang tak tahu, jadi saya rasa bertanggungjawab untuk guide. "Jika ia mengganggu kehidupan seharian, saya nasihatkan pergi ke klinik gigi. Gigi bongsu kalau dibiarkan lama, takut rosak dan memburuk dekat dalam gusi. "Tetapi kalau tak nak buang pun tak apa, bergantung kepada individu. Saya rasa lebih baik pergi periksa di klinik dan dapatkan nasihat daripada doktor gigi," ujarnya lagi. Sehingga kini video perkongsian Husna di TikTok meraih lebih 252,000 tontonan. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI