AKIBAT terdesak untuk mendapatkan wang, orang sanggup melakukan apa saja. Ini termasuklah mencuri secara terang-terangan sambil disaksikan tuan rumah di siang hari. Pendek kata selagi boleh 'dibuat' duit, tong gas juga sanggup diangkut kerana tahu ada harganya. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) Menerusi satu video yang tular, kedengaran seorang wanita menjerit sekuat hati sambil merakam perbuatan seorang lelaki menceroboh pagar rumahnya. "Pencuri! Pencuri!" jerit wanita itu berulang kali terhadap seorang pemuda yang datang menunggang motosikal. ARTIKEL BERKAITAN: Wanita seram tengok CCTV! Nampak pak guard pecah masuk rumah, selamba buka baju, seluar... siap 'cari' guna WhatsApp call ARTIKEL BERKAITAN: Kecoh lelaki berbaju Melayu curi kondom raya pertama siap bawa budak, ramai syak segan nak bayar... kalau dah kahwin kenapa malu? Malangnya jeritan wanita berkenaan tidak dipedulikan, sebaliknya pencuri terbabit mengangkat tong gas keluar dengan memanjat pagar rumah dan bersahaja beredar tanpa tindak balas cemas sebelum melarikan diri. Kejadian dikatakan berlaku di Taman Rakan di Cheras, Selangor, sehingga menimbulkan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen. Tanpa rasa takut, si pencuri beredar melarikan tong gas. "Tong gas pun kena rembat. Dah habis benda dah nak curi, tong gas pun jadi. "Mak aih selambanya. Macam-macam sekarang. "Bahayanya, sampai macam tu sekali berani masuk curi. "Rumah tak ada tong gas tu, biarlah dia ambil, kita sedekah. "Zaman sekarang ni curi tak ada sorok-sorok dah. Depan mata je, risau sangat dunia sekarang," demikian antara komen netizen. Yes, kak bagus... akak dah buat syarat pertama iaitu rakam dahulu. NETIZEN Tong gas yang dicuri dipercayai kosong dan diletakkan di perkarangan rumah sementara menunggu penjual datang untuk menukar ganti yang baharu. "Kuat tangan dia, boleh angkat sebelah tangan je tong gas tu. "Sesak sungguh tu sampai tong gas pon dia sapu... sabar je la akak," kata beberapa lagi netizen. Antara komen netizen. Pada masa sama, ada yang mempersoalkan tindakan wanita itu yang hanya merakamkan aksi pencuri sehingga dia beredar. "Dia panggil pencuri, bukan panggil polis. "Kenapa jerit, tak kejar? Pelik betul. "Yes, kak bagus... akak dah buat syarat pertama iaitu rakam dulu," kata yang lain. Setakat ini, tiada pengesahan atau kenyataan daripada pihak polis berhubung kejadian. Kurang 24 jam, video tersebut meraih lebih 2 juta tontonan di aplikasi TikTok. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI