KETIKA ini, kebanyakan harga barangan seperti barang keperluan dapur serta bahan mentah semakin mencatatkan peningkatan. Situasi ini sekali gus menyebabkan para peniaga khususnya peniaga makanan tidak mempunyai pilihan lain selain terpaksa menaikkan harga jualan mereka kerana perlu menampung kos modal yang dikeluarkan. Ekoran tindakan tersebut, golongan peniaga sering berdepan dengan kecaman atau rungutan para pelanggan kononnya sengaja mengambil kesempatan meletakkan harga 'cekik darah' dan mengaut keuntungan secara berlebihan. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) Dalam satu perkongsian video yang kini tular di aplikasi TikTok, seorang peniaga meluahkan perasaan kerana berdepan tindakan daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) susulan aduan daripada pengguna. Menurut peniaga tersebut, pengguna berkenaan membuat aduan kepada pihak berkuasa kerana harga kuih talam keladi jualannya didakwa mahal iaitu RM10 untuk satu bekas. ARTIKEL BERKAITAN: Kuah banjir dalam nasi kena caj 50 sen, pelanggan tak puas hati! Peniaga warung kata masak guna santan, bukan air kosong ARTIKEL BERKAITAN: Pelanggan kongsi sotong restoran mamak berharga RM100, ramai persoal nak tayang resit atau kereta? Dalam video tersebut, peniaga berkenaan membuat penjelasan terperinci mengapa kuih jualannya diletakkan dengan harga sedemikian. "Drama di sebalik talam keladi berlauk. Kami akui harga kami sedikit mahal, tetapi demi menghasilkan kuih premium, kami menggunakan bahan-bahan yang juga mahal. "Kami menggunakan udang kering gred A, kami juga menggunakan keladi dan santan ori tanpa menggunakan tepung. Peniaga menjelaskan bahan-bahan yang digunakannya merupakan bahan premium. "Demi menghasilkan homemade sauce, kami terpaksa membeli bahan di Jaya Grocer. Ya, kami tak jumpa lagi, taucu berkualiti tinggi di kedai supermarket biasa. "Bawang goreng kami juga bukan bawang goreng tepung," jelasnya. Dalam nada berbaur kecewa, peniaga tersebut turut 'menegur' mentaliti sesetengah individu yang beranggapan kuih tradisional patut berharga murah. "Bukan senang sebenarnya nak buktikan yang kuih Melayu mampu setanding dengan desserts dari luar negara sebab kita sudah terbiasa dengan harga tidak boleh lebih dari RM3. Nak makan tapi berkira dengan diri sendiri susahlah. Nak murah, buat sendiri. NETIZEN "Namun pengalaman ini membuatkan saya lebih berhati-hati dengan harga. Kami putuskan untuk kecilkan lagi saiz supaya harga lebih menjadi mampu milik untuk semua orang. "Dengan harga yang sudah terpapar, marilah kita semua menjadi pembeli yang bijak," luahnya lagi. Sehingga kini, perkongsian video tersebut meraih melebihi 380,000 jumlah tontonan di aplikasi TikTok. Sementara itu menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memahami situasi yang dilalui peniaga berkenaan dan memberikan kata-kata sokongan buatnya. Rata-rata netizen memberikan kata-kata semangat kepada peniaga berkenaan. "Suruh dia buat sendiri lain kali. Sedapnya nampak, kalau dekat saya beli dah ni. "Ini masalah customer kadang-kadang tak tahu harga kos untuk barang-barang mentah. Macam saya baker, memang kadang serba salah nak beritahu harga, padahal semua mahal. "Nak makan tapi berkira dengan diri sendiri susahlah. Nak murah, buat sendiri," demikian antara komen netizen. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI