suria

Dapat durian runtuh, netizen minta penjawat awam ubah cara kerja - “Buka banyak kaunter, muka biar senyum”

Netizen meminta para penjawat awam memperbaiki mutu perkhidmatan. Gambar hiasan

PEMBENTANGAN Bajet 2023 oleh Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz pada Jumaat cukup melegakan dan disambut baik oleh rakyat yang mana ia menyaksikan kesemua segmen masyarakat mendapat perhatian.

Bukan sekadar memberi tumpuan kepada golongan rentan serta B40 sahaja, tetapi bajet bertemakan 'Keluarga Malaysia: Makmur Bersama' turut tidak mengabaikan golongan M40, usahawan, peniaga kecil, wanita, belia, orang kelainan upaya dan semua segmen.

Seperti mana tahun-tahun sebelumnya, kebajikan penjawat awam terus diutamakan dalam agenda bajet sebagai menghargai usaha golongan barisan hadapan negara yang bertungkus lumus dan setia bersama kerajaan bagi mempertahankan kesejahteraan rakyat dan kestabilan negara.

Menerusi Bajet 2023, penjawat awam menerima bantuan 'durian runtuh' dengan jumlah bantuan keseluruhan mencapai RM2,500.

2

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz ketika membentangkan Bajet 2023 pada Jumaat.

Bagaimanapun, pengumuman berkenaan mengundang reaksi kurang senang daripada sesetengah pihak.

Menerusi laman komen di media sosial, pelbagai kecaman dilontarkan netizen yang mempersoalkan kewajaran langkah kerajaan menyediakan terlalu banyak keistimewaan kepada golongan penjawat awam.

ARTIKEL BERKAITAN: Bantuan khas, duit raya dan naik gaji... penjawat awam terima durian runtuh RM2,500

ARTIKEL BERKAITAN: Raya sakan! Penjawat awam dapat RM600 sambut Aidilfitri 2023

Dakwa mereka, ia sekadar 'gula-gula' untuk mengambil hati penjawat awam menjelang pilihan raya umum yang bakal berlangsung kelak.

"Biasalah... tanda-tanda nak pilihan raya.

"Gula-gula nak mengundi," demikian antara komen netizen.

Mudah-mudahan tidak semakin malas. Kaunter tu buka banyak sikit.

NETIZEN

Dalam pada itu, netizen juga mendakwa 'durian runtuh' yang bakal dinikmati golongan berkenaan tidak setimpal dengan perkhidmatan yang diberi kepada rakyat.

"Layak ke mereka dapat? Faedah untuk kerajaan saja, tapi perkhidmatan sangat menyedihkan.

"Durian runtuh tapi kerja macam 'hauk'.

"Beria beri penjawat awam macam-macam. Tapi service out, ada yang bad mood, tak peramah," komen mereka.

Sehubungan itu, netizen menasihatkan golongan berkenaan mempertingkatkan mutu perkhidmatan kepada rakyat seiring dengan keistimewaan yang diperoleh.

KOMEN

Antara reaksi netizen selepas kerajaan mengumumkan durian runtuh untuk penjawat awam.

"Imbuhan dah dapat jadi kena rajin-rajin ya penjawat awam... jangan mengular dan harap etika pekerjaan dibaiki.

"Mudah-mudahan tidak semakin malas. Kaunter tu buka banyak sikit.

"Kerja nanti dekat kaunter muka tu biar senyum sikit," demikian komen netizen.

Sekadar maklumat tambahan, bantuan untuk penjawat awam merangkumi Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM700 bagi penjawat awam gred 56 ke bawah, kenaikan Gaji Tambahan Khas 2023 sebanyak RM100 bagi penjawat awam Gred 11 hingga 56 serta Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2023 sebanyak RM600.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain