suria

Ibu tertidur kepenatan, bayi meninggal tersedak susu badan… cuma mampu menangis lihat jenazah dimandikan

Wanita itu kelihatan sugul ketika memangku jenazah bayinya.

BERAT mata memandang, berat lagi bahu yang memikul bebanan.

Begitulah yang dapat digambarkan mengenai nasib pilu seorang wanita apabila bayinya meninggal dunia akibat tersedak susu.

Menurut perkongsian Facebook Mr Wan Chai Official, bayi berusia sebulan yang dikenali sebagai Muhammad Adel Zakuan sempat dibawa ke Hospital Klang untuk menerima rawatan, namun gagal diselamatkan.

"Tak terbayang dugaan yang dihadapi oleh ibu ini. Diuji dengan kehilangan anak tersayang asbab tersedak susu.

"Anak syurga berusia sebulan ini diberi susu badan sebelum si ibu tertidur kerana kepenatan. Tersedar tidur, si ibu melihat bayinya dalam keadaan lemah.

"Adik Zakuan kemudiannya dibawa ke Hospital Klang menggunakan ambulans. Namun Allah lebih menyayanginya. Adik Zakuan disahkan meninggal dunia selepas 30 minit cuba diselamatkan," ujar pengendali Facebook itu.

ibu1

Video proses pengurusan jenazah bayi itu turut dikongsi menerusi Facebook.

Foto meruntun emosi, memaparkan wanita itu sedang memangku jenazah bayinya di dalam sebuah van jenazah turut dikongsi sehingga ia mengundang sebak dalam kalangan netizen.

Sambil memegang erat jenazah yang telah dikafankan, wanita itu kelihatan sugul kerana masih bersedih dengan kejadian berkenaan.

Akaun Facebook itu turut berkongsi rakaman video, memaparkan proses memandikan jenazah yang mana ia turut disaksikan ibu mangsa dengan linangan air mata.

Semoga ibu ini kuat dan tabah. Memang Allah dah takdirkan ibu ini ada anak syurga.

NETIZEN

Dalam video sama, wanita itu kelihatan sedang menangis di tanah perkuburan sambil memeluk dua lagi kanak-kanak, dipercayai anaknya.

Di ruangan komen, rata-rata netizen menitipkan ucapan takziah, tak kurang juga yang mendoakan agar wanita itu terus cekal untuk meneruskan kehidupannya.

"Ralat si ibu terpancar pada wajah. Semoga ibu ini kuat dan reda kerana bayinya pasti menanti di pintu syurga.

ibu2

Wanita itu kelihatan gagal menahan air mata ketika melihat anaknya dikebumikan.

"Salam takziah buat keluarga. Semoga si ibu kuat menghadapi dugaan.

"Semoga ibu ini kuat dan tabah. Memang Allah dah takdirkan ibu ini ada anak syurga.

"Besarnya dugaan seorang ibu. Baru bersalin dah diduga sebegini," tulis beberapa netizen.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain