suria

Kongsi video sibuk urus gerai, jejaka kacak Papua viral sampai Malaysia... jaga wajah dengan air wuduk

Saka merupakan model berusia 21 tahun dari Indonesia yang turut tular sehingga ke Malaysia.

VIDEO memaparkan seorang lelaki kacak yang sedang berniaga di sebuah gerai makanan menerima lebih 2.7 juta tontonan.

Dalam video itu, Saka Syarif, 21, kelihatan sedang sibuk menyediakan makanan, menyapu lantai dan menguruskan gerai jualannya.

Bercakap kepada mStar, anak kelahiran Indonesia itu berkata dia bukanlah seorang peniaga, sebaliknya video itu dirakam secara suka-suka, beberapa bulan lalu.

Dia yang senang disapa Saka sebenarnya seorang model secara sepenuh masa yang mana dia banyak terlibat dengan pelbagai kempen iklan di negaranya.

"Video di gerai itu sebenarnya dirakam ketika saya sedang shooting. Gerai itu disewa oleh team produksi. Saya rakam video untuk suka-suka. Tiba-tiba viral.

"Saya terima macam-macam komen. Antaranya ada ibu-ibu yang nak jodohkan saya dengan anak mereka. Saya juga perasan komen-komen orang Malaysia dalam posting video TikTok saya.

saka2

Video Saka di sebuah gerai meraih jutaan tontonan menerusi TikTok.

"Sejujurnya saya rasa gembira dan bangga dengan pencapaian sehingga ke saat ini sampai dikenali di Malaysia. Belum pernah ke Malaysia, mungkin satu hari nanti saya akan ke sana," ujarnya.

Selain pujian terhadap paras rupanya, beberapa individu turut menyamakan wajah Saka dengan pelakon Malaysia iaitu Meerqeen serta penyanyi K-Pop, Jackson Wang dari kumpulan Got7.

Kata Saka, dia terharu dengan segala komen yang diberikan, malah berharap diberi kesempatan untuk melebarkan sayap kerjayanya di Malaysia, suatu masa nanti.

Saya tiada petua khusus, yang penting air wuduk.

SAKA SYARIF

"Untuk orang Malaysia yang beri sokongan kepada saya, semoga anda semua sihat selalu dan diberi kesihatan yang baik.

"Saya juga berharap semoga satu masa nanti saya dapat berkarya di Malaysia, untuk berlakon dengan aktor Malaysia," ujar Saka yang turut berkecimpung dalam bidang lakonan di negara asalnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Model lelaki ‘confident’ pakai kasut tumit tinggi, hot pants di KLFW2022... Tapi fesyen rambut kembang paling jadi tumpuan

ARTIKEL BERKAITAN: Wow sangat! Bakal doktor gigi ‘vogue’ di pentas runaway, tapi kalau di fakulti selesa pakai kemeja dan shawl saja

Bercerita lanjut, Saka berkata dia mula bergelar sebagai model sejak berusia tiga tahun, atas galakan ibunya yang banyak memberi sokongan selama ini.

"Saya memang full time bekerja sebagai model. Saya bermula ketika umur 3 tahun. Masa tu saya buat iklan baju bayi. Sehingga ke hari ini, lebih 100 iklan sudah saya jayakan.

saka3

Saka berkata, ibunya menjadi pendorong utama dalam kerjayanya.

"Pada tahun 2019, saya juga pernah buat iklan untuk McDonald's sehingga wajah terpampang pada billboard di Indonesia. Habis sekolah, saya teruskan jadi model.

"Awal-awal dulu saya suka ambil gambar guna telefon, jadi ibu yang bawa saya casting. Tak sangka terus lulus. Dalam kerjaya ini ada susah senangnya yang tersendiri.

saka4

Model Papua ini memiliki lebih 240,000 pengikut di TikTok.

"Ketika pandemik Covid-19, tiada banyak tawaran kerja. Sebab itu juga saya mula buat TikTok. Tapi sekarang Alhamdulillah, banyak undangan sehingga ke luar kota," ujar jejaka keturunan Papua itu.

Mengenai dirinya, Saka berkata dia tidak mempunyai sebarang petua khusus untuk penjagaan fizikal, sebaliknya hanya bersenam dan makan makanan sihat.

saka5

Saka memasang impian untuk datang ke Malaysia suatu hari nanti.

"Sebagai model, saya kena jaga penampilan. Kulit wajah memang kena rawat kerana itu daya tarik utama. Saya kena jaga portion makanan. Tiada diet, tapi saya tak makan pagi. Kalau makan pun cuma roti.

"Kemudian saya akan bersenam di gim dua kali seminggu. Saya tiada petua khusus, yang penting air wuduk," ujar Saka yang memiliki lebih 240,000 pengikut di laman TikTok.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain