suria

Gajah lari ke bukit petanda musibah? Netizen bimbang banjir besar, kaitkan dengan insiden ribuan ikan terdampar

Tangkap layar video tular yang menjadi perbualan ramai netizen.

JIMAT duit masuk zoo!

Demikian kata pemilik video TikTok yang membuat rakaman sekumpulan gajah liar sedang mendaki kawasan bukit di kawasan Simpang Kuala Betis-Lojing, Gua Musang, Kelantan, baru-baru ini.

Menurut Aiman Asyraf, 25, dia sempat memberhentikan kenderaannya di tepi jalan untuk menyaksikan sendiri kejadian berkenaan.

"Saya seorang pemandu. Pada waktu itu, dalam perjalanan dari Terengganu menuju ke Taiping, Perak. Saya berhenti dalam lima minit, nampak ada tiga ekor gajah," ujarnya ringkas kepada mStar.

Dalam rakaman yang dikongsi Aiman, kelihatan beberapa orang awam turut berada di kawasan tepi jalan untuk menyaksikan gajah-gajah berkenaan yang sedang mendaki ke kawasan tinggi.

Video itu meraih lebih 200,000 tontonan sejak ia dimuat naik ke platform berkenaan.

An ariel shot of Kampung Laut Skudai, which sees floodwaters have submerged the houses forcing the villages to seek shelter at at Sekolah Kebangsaan (SK) Batu 10, Skudai here in Johor Baru on Jan 2.— THOMAS YONG/The Star

Sebilangan netizen beranggapan kejadian gajah itu ada kaitan dengan ramalan banjir pada hujung tahun ini.

Ia turut dibanjiri pelbagai komen netizen, termasuklah yang mengaitkan kejadian itu sebagai petanda awal bencana alam.

"Gajah dapat tahu awal. Sebab tu ia naik atas. Mungkin tu petanda tempat tu akan berlaku banjir besar.

"Kalau gajah dah naik bukit tu bersedia la. Orang tua dulu pesan akan ada bencana.

Biasanya gajah naik bukit untuk mencari kawasan makanan yang baharu atau untuk cross ke lokasi yang lain.

SUMBER PERHILITAN

"Mungkin nak banjir besar ni. Gajah-gajah naik tempat tinggi. Maaf kalau saya salah," ujar beberapa netizen.

Dalam pada itu, sumber dari Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) ketika dihubungi mStar berkata tiada kepastian bahawa kejadian itu ada kaitan dengan bencana alam.

"Petanda bencana saya kurang pasti. Biasanya gajah naik bukit untuk mencari kawasan makanan yang baharu atau untuk cross ke lokasi yang lain," ujar sumber itu ringkas.

gajah4

Kejadian ikan terdampar juga pernah dikaitkan dengan bencana alam sebelum ini.

Untuk rekod, ‘gajah naik bukit’ bukanlah kejadian pertama melibatkan haiwan yang dikaitkan sebagai petanda akan berlaku bencana alam.

Pada 2013, penduduk di Lahad Datu, Sabah kecoh apabila ribuan ikan tamban ditemui terdampar di pantai Kampung Tambisan Tungku.

Pada 2020, ratusan ikan kekek turut terdampar di pantai Tanjung Rhu, Pulau Langkawi, namun disahkan tiada kaitan dengan petanda bencana alam, sebaliknya berlaku kerana dibuang oleh nelayan pukat hanyut.

Ogos tahun ini menyaksikan peristiwa hampir sama yang mana berlakunya fenomena ikan bilis naik ke darat dan terdampar di pantai Pasir Bogak, Pulau Pangkor.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain