suria

Terkejut buka bungkusan, anggap makanannya tak cukup sifat... pelanggan terus label ‘nasi lemak akhir zaman’

Lelaki kongsi video nasi lemak dibeli di sebuah gerai di Behrang, Perak.

UMUM mengetahui bahawa nasi lemak sudah menjadi salah satu menu paling popular dalam kalangan masyarakat negara ini.

Bukan sekadar mudah didapati tetapi harga bagi sebungkus nasi lemak yang 'mampu bayar' membuatkan makanan ini menjadi pilihan setiap hari.

Bermula harga serendah RM1, kita sudah boleh menikmati makanan lazat ini lengkap dengan nasi yang dimasak dengan santan, kacang, ikan bilis, telur, timun serta sambalnya.

Bagaimanapun, seorang lelaki meluahkan rasa kecewa menerusi sebuah video yang dikongsikan di TikTok setelah melihat nasi lemak dibelinya.

Menurut Khairi Amsyar, makanan tersebut yang dianggap sedikit itu dibeli pada harga RM2.50 di sebuah kedai terletak di Behrang, Perak.

Khairi juga melabelkan makanannya ini sebagai 'nasi lemak akhir zaman' setelah membuka bungkusan kerana berpandangan ia 'tidak cukup sifat’.

ARTIKEL BERKAITAN: Pelanggan merungut tak kenyang makan nasi lemak bungkus RM1, tuduh peniaga nak cepat kaya... “Ikan bilis seekor belah empat”

ARTIKEL BERKAITAN: Peniaga nasi lemak Penang usik uncle Cina, terkejut lauk ayam goreng RM15! Nak bagi free tak mahu pula, asyik senyum je

Menerusi video berdurasi 17 saat yang dimuat naik, nasi lemak bersaiz kecil bersama sambal itu hanya mempunyai tiga biji kacang tanah.

Malah, hidangan tersebut tidak disertakan telur, hirisan timun atau ikan bilis goreng seperti kelaziman nasi lemak yang dijual.

Meskipun dibeli dengan harga yang murah, lelaki ini tetap berasa kecewa melihat isi dalam nasi lemak yang dibalut dengan daun pisang dan surat khabar itu.

Sekarang nasi lemak kebanyakan ada sambal saja lepas tu ikan bilis tiga ekor.

NETIZEN

Semakan mStar mendapati di ruangan komen video tular itu, orang ramai turut berkongsi pendapat yang sama.

“Tiga biji saja kacang. Baik tak payah letak.

“RM1 ke RM1.50 ke boleh terima lagi. Kalau RM2.50 macam ni memang nak pergi Colombia balik harilah cerita dia.

“Betul. Sekarang nasi lemak kebanyakan ada sambal saja lepas tu ikan bilis tiga ekor. Sekurang-kurangnnya letaklah telur rebus. Walaupun nipisnya sampai dipotong lapan,” ujar netizen di ruangan komen.

Komen netizen mengenai video asal di TikTok.

Dalam pada itu, netizen turut menyatakan harga dikenakan iaitu RM2.50 adalah tidak berpatutan apabila melihat sendiri 'rupa' nasi lemak yang dibeli.

Dalam pada itu, ada juga sesetengah warga maya yang berselera dan terliur melihat sambal nasi lemak itu kerana kelihatan sedap.

Ada juga sesetengah warganet bersetuju dengan harga dibeli Khairi kerana memahami kos bahan mentah semakin mahal dan peniaga terpaksa menanggungnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain