suria

Pencuri tengah highway! Orang kelam-kabut tolong mangsa kemalangan, pelaku ligat curi dompet... Sempat guna paywave ‘cekau’ RM400

Abdullah berkata dia reda seandainya dompetnya hilang ketika sedang melakukan kebaikan.

SIFAT ringan tangan untuk membantu mereka yang dalam kesusahan memang satu perkara murni.

Hari ini kita bantu orang, mungkin esok lusa giliran kita pula dibantu dalam keadaan yang tidak disangka-sangka.

Namun begitu, lain kisahnya buat Abdullah Sazali yang kebaikannya diambil kesempatan oleh mereka yang berniat serong.

Kereta accident 5

Ciapan Abdullah di Twitter.

Dalam satu bebenang yang dikongsikan di Twitter, lelaki berusia 29 tahun itu berkata dia berdepan ujian selepas membantu mangsa kemalangan di lebuh raya.

“Kisah sedih. Aku tolong orang accident tengah highway sebab aku yang pertama nampak dia kemalangan, dah tolong hubungi ambulans semua.

“Polis dah sampai, aku naik kereta chow, lepas tu baru perasan dompet hilang. Check Maybank2U dah ada orang guna paywave. Haha. Tak ada rezeki aku malam ini,” tulis Abdullah dalam ciapannya.

ARTIKEL BERKAITAN: Syabas sis! Tak cukup tolong rider kemalangan tepi jalan, nurse pecut pula hantar order pelanggan - “Bos besar dia datang rumah”

ARTIKEL BERKAITAN: Suami isteri sanggup gadai nyawa bantu sahabat parah kemalangan disangka pencuri, “Cepat nanti tak pasal-pasal kena langgar lori laju”

Bagaimanapun Abdullah ketika dihubungi mStar berkata dia dompetnya mungkin tercicir sewaktu sedang menolong mangsa kemalangan di tempat kejadian.

“Mangsa kemalangan ada seorang yang pengsan dalam kereta dan lagi seorang tersekat pintu kereta tak boleh buka.

“Saya dan beberapa orang lagi tolong bukakan pintu dan bagi signal guna torchlight supaya pemandu lain perlahankan kenderaan. Kereta yang kemalangan tu tersadai dekat tengah jalan di lorong kanan.

photo1665278225

Abdullah membantu kereta yang kemalangan di Lebuhraya Plus berdekatan Tanjung Malim.

“Situasi masa tu bahaya sangat... rasanya sewaktu saya tengah kelam-kabut menolong itulah dompet saya tercicir,” katanya.

Tambah Abdullah dia hanya menyedari tentang kehilangan dompetnya ketika sudah sampai di kawasan rumahnya di Subang.

“Apabila saya dah nak sampai dekat rumah saya baru sedar dompet tak ada. Saya terus patah balik ke tempat kemalangan di Tanjung Malim. Sekitar 40 minit saya drive balik ke sana.

“Sejurus sampai, tempat itu dah clear tetapi kereta yang kemalangan itu ada lagi kat situ. Saya cuba tengok kalau ada nampak dompet saya dekat atas jalan sebab saya yakin dompet saya mesti tercicir kat situ.

Saya cuma nak minta supaya orang itu pulangkan balik dompet saya, duit dalam tu boleh simpan.

ABDULLAH SAZALI

“Perjalanan saya tadi dari Ipoh ke Kuala Lumpur tak berhenti di mana-mana melainkan waktu tolong orang kemalangan. Apabila tengok telefon, nampak ada transaksi dekat Maybank2U.

“RM400 lesap. Memang sah dah 'arwah' dompet saya ini,” ujarnya sedikit kecewa.

Ujar Abdullah lagi dia sudah membuat laporan di Balai Polis Pantai namun sedar harapan untuk mendapatkan semula wang serta dompetnya itu agak tipis.

“Kalau kes macam ini, polis cakap biasanya halalkan sahaja duit itu. Kalau rajin mungkin boleh nak pergi track balik kat mana orang itu guna paywave dan minta rakaman litar tertutup (CCTV).

Kereta accident 3

Abdullah membuat laporan polis susulan kehilangan dompetnya.

“Saya pun rasa leceh, saya setuju juga halalkan sahaja. Selain itu, saya nak kena buat balik MyKad dan lesen memandu, banyak kerja.

“Saya tak kisah sangat duit yang hilang itu, tetapi dompet itu yang ada nilai sentimental. Saya dah pakai dekat 10 tahun lebih, barang dalam itu yang penting.

"Saya cuma nak minta supaya orang itu pulangkan balik dompet saya, duit dalam tu boleh simpan,” rayunya.

Dalam pada itu Abdullah berkata dia reda seandainya dompetnya hilang sewaktu membantu mangsa kemalangan.

“Dompet itu kalau nak hilang, dekat mana-mana pun boleh hilang sebenarnya.

"Cuma mungkin ditakdirkan untuk hilang pada waktu saya tengah tolong orang kemalangan,” kata Abdullah.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain