BAGI wanita berkerjaya dan bergelar ibu pada masa yang sama, sudah pasti kekangan masa bersama keluarga merupakan perkara yang sering merunsingkan fikiran. Disebabkan faktor tersebut, wanita ini tidak teragak-agak mengambil keputusan drastik untuk berhenti kerja. Daripada jawatan Pegawai Komunikasi Pemasaran di sebuah hotel terkemuka di Kota Bharu, Kelantan, dia terjun ke dalam dunia yang sama sekali jauh berbeza, iaitu peniaga di pasar pagi! View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) Berkongsi cerita dengan mStar, Arina Zakaria, 30 berkata bukan mudah untuk dia mengambil keputusan tersebut, namun terpaksa tekadkan hati demi keluarga, khususnya anak-anak yang masih kecil. "Saya dah hampir lima tahun berkecimpung dalam industri perhotelan. Pekerjaan sebelum ini saya banyak bertemu dengan orang kenamaan (VVIP), orang terkenal dan sebagainya. Saya enjoy bekerja dalam bidang marketing... memang passion saya. ARTIKEL BERKAITAN: Dari dunia korporat ke tepi jalan! Tak sanggup burnout di ofis, wanita bahagia jual kopi selepas berhenti kerja - “Memang orang pandang rendah” ARTIKEL BERKAITAN: Cemburu anak manja dengan pengasuh, ibu tinggal dunia korporat takut hilang kasih sayang... Bahagia jual nasi kerabu tepi jalan "Tapi apa yang menjadi 'big why' atau turning point saya pilih untuk berhenti kerja adalah keluarga. Saya rasa tak punya banyak masa dengan keluarga, tak dapat tengok anak membesar depan mata. "Sebenarnya dah lama terfikir nak resign, masa anak kedua lahir lagi. Dalam proses membesar, dia macam ada masalah nak berkomunikasi. Arina kini membantu ibu mentuanya berniaga ayam di pasar. "Saya rasa lost. Dekat situ saya rasa seorang ibu penting spend masa dengan anak. Jadi selepas selesai cuti bersalin anak ketiga kira-kira dua bulan lalu, saya nekad untuk berhenti kerja," ujar ibu kepada tiga cahaya mata berusia lima tahun, tiga tahun dan seorang bayi berusia lima bulan ini. Menurut Arina, keputusan tersebut disambut baik oleh suami dan keluarga termasuk keluarga mentua. Secara kebetulan, ibu mentua Arina mengusahakan perniagaan membekalkan ayam segar di Pasar Berek 12, Kota Bharu. Bersama rakan sekerja sewaktu bertugas dalam sektor korporat. Justeru wanita ini mengambil keputusan untuk membantu ibu mentuanya memandangkan warga emas tersebut kurang sihat. "Mak mentua saya dah 25 tahun berniaga dekat pasar ini. Pada awalnya saya nak bantu sementara dia tak sihat saja tapi bila dah 'terjun', rasa seronok pula. Pergi kerja pagi, pukul 3 petang dah balik. "Bukan maksudnya dulu tak boleh urus keluarga ketika ada kerjaya, tapi ia adalah soal masa dengan anak-anak. Kalau nak dikatakan memang tak menyesal langsung berhenti kerja, apa yang boleh saya kata, harapnya tak ada perkataan sedemikian. ARINA ZAKARIA "Dulu jumpa VIP, sekarang jumpa golongan lain pula. Lain padang, lain belalang orang kata, cara berkomunikasi pun lain. Seronok bertukar-tukar cerita dengan pengunjung pasar. "Kami jual ayam dan supply ayam untuk restoran. Mula-mula kekok juga nak potong ayam sebab kita potong dekat rumah lain caranya. Dalam dua minggu, saya tahu dah cara nak potong ayam empat bahagian, lapan bahagian dan lain-lain. Arini sebelum ini merupakan Pegawai Komunikasi Pemasaran di sebuah hotel terkemuka di Kota Bharu. "Semua ibu mentua yang ajar. Dia happy la menantu dia bantu. Kalau nak dikatakan memang tak menyesal langsung berhenti kerja, apa yang boleh saya kata, harapnya tak ada perkataan sedemikian. Saya berdoa moga perjalanan rezeki terus dipermudahkan," ujarnya. Tidak menyangka videonya di aplikasi TikTok meraih sehingga melebihi 500,000 jumlah tontonan, Arina berkata dia sekadar mahu berkongsi pengalaman dan kisah perjalanan kerjayanya dengan para pengikut. Keputusan Arina untuk berhenti kerja dalam sektor korporat mendapat sokongan penuh suaminya. "Ramai yang macam saya sebenarnya. Dekat ruangan komen, ada yang kongsi cerita yang sama. Saya tak berseorangan. Mula-mula memang rasa, betul ke keputusan aku ni? Tiba-tiba kerja dekat pasar. Ada yang kata, ia seperti downgrade kerjaya. "Kepada wanita yang juga dalam situasi ini, kena tekadkan hati. Tak boleh dengar kata-kata orang. Pilihlah apa yang buat kita bahagia, apa yang kita nak dalam hidup," ujarnya lagi. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI