suria

[VIDEO] Lelaki gila seks di stesen MRT mengadu sakit perut... mangsa cadang dapatkan rawatan, dimintanya tolong urut batin

Ethan mendakwa diganggu seorang lelaki ketika dia dalam perjalanan ke ibu negara, Jumaat lalu. (Gambar Hiasan)

SEORANG pemuda mendakwa menjadi mangsa gangguan seksual ketika berada di ibu negara pada Jumaat.

Menurut Ethan Zachary, 19, dia dihampiri seorang lelaki ketika berada di tandas stesen MRT Pasar Seni, Kuala Lumpur sebelum diekori dan diajukan beberapa soalan.

"Saya nak ke KL Sentral untuk pergi buka akaun bank. Saya menaiki MRT dari Kajang ke Pasar Seni sebelum tukar LRT ke KL Sentral. Ketika di stesen Pasar Seni, Saya rasa nak buang air kecil, jadi saya ke tandas.

"Ketika dalam tandas, saya nampak seorang lelaki asyik perhatikan saya. Dia mengampiri saya dan cakap saya good looking. Jadi saya ucapkan terima kasih. Dia cuba untuk berbual ketika saya berjalan menuju ke LRT.

"Dia terus ikut saya dan bertanya saya berasal dari mana. Jadi saya jawab saya berasal dari Sarawak, berdarah campuran Bidayuh dan Kadazan Dusun," ujar Ethan memulakan cerita.

Selepas mendedahkan asal usul kelahirannya, lelaki itu terus bertanya kepada Ethan mengenai urutan batin.

ethan2

Ethan mendakwa kejadian berlaku ketika dia berada di MRT Pasar Seni.

Lelaki itu juga mengadu sakit di bahagian perut dan merayu agar Ethan menghulurkan pertolongan sebelum mula berkelakuan tidak sopan.

"Dia tanya saya mengenai urutan batin. Dia kata dia perlukan urutan sambil gosok perutnya. Saya kata saya tak tahu mengurut. Tapi dia tetap tanya sekiranya saya boleh urut.

"Saya dah mula rasa tak selesa. Dia merayu, dia kata rasa tak selesa dan perutnya sakit. Jadi saya cadangkan dia pergi dapatkan rawatan. Dia terus merayu, kata dia perlukan pertolongan saya.

Lelaki juga tak terlepas dengan gangguan seksual. Mangsa perlu berani untuk tampil ke depan.

ETHAN ZACHARY

"Saya minta maaf dan cakap tak boleh. Dia juga berterusan mengusap perutnya. Jadi saya tanya bahagian mana yang dia paling sakit? Terus dia tunjuk ke arah alat sulitnya kepada saya. Dia juga kelihatan ghairah. Jadi saya pun terus berlalu pergi," dedah Ethan lagi.

Ethan turut berkongsi mengenai kejadian itu menerusi video di aplikasi TikTok sehingga meraih lebih 30,000 tontonan.

Ketika dihubungi mStar, Ethan yang juga penuntut sebuah universiti di Bangi, Selangor mengakui bahawa ia bukanlah gangguan pertama yang dihadapinya.

ARTIKEL BERKAITAN: Gadis dipaksa sebut ‘I love you’ jadi mangsa gangguan seksual... lelaki tak dikenali ugut nak cari di tempat kerja, mujur cubaan sentuh gagal

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita dedah lecturer minta isi borang survey seks, kemudian ajak onani... rupanya dah ‘buat kerja’ dari 2011

Kata Ethan, dia berharap perkongsian video berkenaan dapat menjadi peringatan kepada sesiapa sahaja, khususnya buat mereka yang keluar bersendirian.

"Ini bukanlah kejadian pertama. Saya pernah ada pengalaman sebelum ini. Antaranya, saya juga pernah kena catcalled oleh lelaki dan perempuan.

"Niat saya kongsi video sebab nak beri peringatan kepada orang di luar sana. Pada saya, lelaki juga tak terlepas dengan gangguan seksual. Mangsa perlu berani untuk tampil ke depan," ujarnya lagi.

ethan4

Antara komen netizen berhubung kejadian itu.

Di ruangan komen TikTok Ethan, beberapa netizen turut berkongsi pengalaman mereka berdepan kejadian serupa.

Malah, ramai yang turut menyatakan simpati kepada pelajar bidang Perakaunan itu atas apa yang berlaku.

"Saya juga ada pengalaman sama tapi di KL Sentral.

etan5

Ethan berpesan kepada individu di luar sana agar sentiasa berhati-hati walau di mana jua mereka berada.

"Saya pun ada pengalaman sama. Sejak itu saya takut nak bercakap dengan orang tak dikenali khususnya lelaki.

"Jangan terlalu mesra dengan orang tak dikenali, mereka boleh buat tindakan yang menakutkan.

"OMG jadi lelaki pun dah tak selamat sekarang," tulis beberapa netizen.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain