BERPANTANG maut sebelum ajal. Begitulah kisahnya mengenai seorang nelayan yang tersadai di tengah lautan apabila perahu miliknya terbalik dan hampir karam. Lebih menakutkan, dia bersendirian di atas bot itu pada waktu malam dan hanya mampu berdoa agar berlakunya keajaiban dan ditemukan segera. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) Dalam satu video tular yang dikongsi, nelayan itu berjaya dijumpai oleh beberapa nelayan yang menaiki sebuah bot dalam misi mencari dan menyelamat (SAR). Kedengaran suara lelaki yang terlibat dalam misi pencarian itu tidak henti-henti memanjatkan rasa syukur kepada Allah selepas berjaya mengesan mangsa. "Ya Allah,... Alhamdulillah! Ya Allah, Alhamdulillah... selamat Ya Allah Ya Tuhan. Mangsa kesejukan selepas dibawa naik ke atas bot penyelamat. "Allahuakhbar, Allahuakhbar, Allahuakhbar, Alhamdulillah Ya Allah. Allahuakhbar," ujar lelaki itu sambil bot dinaikinya bergerak perlahan menuju ke arah mangsa. Beberapa lelaki dilihat menarik tali dalam usaha untuk menunda perahu mangsa yang terbalik namun masih terapung di lautan. Mangsa juga akhirnya berjaya diselamatkan apabila dia dipindahkan ke atas bot penyelamat. Ini waktu proses pencariannya, sangat gelap dan sangat dingin sekali. RISKI ANANDA Sejurus dipindahkan, dia turut diberi pakaian tebal kerana kesejukan. Video yang dikongsi oleh pemilik TikTok Riski Ananda itu meraih lebih 6.7 juta tontonan. "Sungguh tak terbayang. Seorang diri terumbang-ambing di tengah lautan yang gelap gelita," tulis pemilik video itu. ARTIKEL BERKAITAN: “Belum pernah dapat ayam” - Sayu... nelayan sabar tunggu ikan dari atas sampan, tak percaya ketika dihulur ayam segar ARTIKEL BERKAITAN: Seribu satu rahsia tersimpan di dasar laut, nelayan terkejut jumpa makhluk aneh miliki badan lutsinar Berdasarkan kapsyen, kejadian dipercayai berlaku di kawasan Mukomuko, wilayah Bengkulu, Sumatera, Indonesia. Dalam satu video berasingan, Riski Ananda menjelaskan operasi itu dilakukan dalam suasana yang cukup mencabar. "Suasana tengah malam di tengah laut. Pukul 1.32 (pagi). Keadaan gelap serta cuaca yang sejuk menjadi cabaran utama pencarian itu. "Ini waktu proses pencariannya, sangat gelap dan sangat dingin sekali. Tak terbayang perjuangan dia untuk bertahan hidup," jelasnya. Dia turut menyertakan tanda pagar (hashtag) #PejuangRupiah dan #PencariNafkahBuatKeluarga menerusi kapsyen. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI