SAMA cantik sama padan. Begitulah yang dapat digambarkan mengenai rupa paras pasangan pengantin baharu dari selatan Thailand yang menerima pujian ramai. Chanchai Yusoh, 27, dan Nuramanee Bado, 25, selamat disatukan dengan sekali lafaz pada Ahad lalu dalam satu majlis sederhana tapi meriah di Narathiwat. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) Video majlis akad nikah yang dikongsi ke laman TikTok meraih jutaan tontonan dan turut mendapat perhatian netizen beberapa negara jiran termasuklah Malaysia. Bercakap kepada mStar, pengantin lelaki yang mesra disapa Chanchai berkata dia sedar mengenai penularan video itu dan melihat ia sebagai satu memori terindah buat dia dan isteri. Chanchai bersyukur akhirnya bergelar suami kepada wanita yang dicintainya. "Saya ada nampak banyak komen orang Malaysia di TikTok. Tapi saya tak sempat nak baca habis lagi. Memang ramai yang ucapkan tahniah, dari TikTok sehinggalah ke Instagram. Saya pun terharu baca komen. "Kepada semua followers baharu dari Malaysia, terima kasih sebab titipkan ucapan tahniah buat kami. Saya hanya nak minta doa semua agar semua urusan kami dipermudahkan, selamat semuanya. Sejak dulu dia banyak bagi nasihat kepada saya mengenai pelajaran dan masa depan. CHANHCAI YUSOH "Saya juga sebenarnya berdarah campuran Malaysia. Datuk saya menetap di Rantau Panjang, Kelantan. InsyaAllah nanti nak bawa isteri balik ke sana. Destinasi bulan madu kami tak fikir lagi," ujarnya, melalui panggilan telefon dari Narathiwat. Biarpun nama pasangan itu tiba-tiba meledak di Malaysia sejak video perkahwinan mereka tular, Chanchai dan isterinya sememangnya sudah popular di negara itu. ARTIKEL BERKAITAN: Pengantin berjurai air mata di pelamin, hiba tengok bapa menangis tak sanggup ‘lepas’ anak bongsu - “Saya kira, memang sembilan kali ulang lafaz” ARTIKEL BERKAITAN: Pengantin biarkan saja air matanya mengalir, tak mampu tahan emosi lihat adik menangis masa jadi wali - “Dah tak boleh manja dengan kakak” Chanchai yang mengusahakan perniagaan pakaian Elrah di negaranya mempunyai lebih 240,000 pengikut TikTok, manakala isterinya yang juga seorang personaliti media sosial mempunyai lebih 350,000 pengikut di platform sama. Di Instagram pula, Chanchai mempunyai 151,000 pengikut, manakala isterinya mempunyai 370,000 pengikut. Pasangan ini berkenalan menerusi Facebook. Bercerita lanjut mengenai hubungan mereka, Chanchai yang turut dikenali sebagai Faiz berkenalan dengan isterinya menerusi Facebook, kira-kira 13 tahun lalu. "Kami dah kenal 13 tahun, ketika saya masih sekolah lagi. Tapi kami sekolah lain-lain. Saya duduk di Sungai Golok dan dia duduk di Narathiwat. Chanchai dan isterinya memiliki ratusan ribu pengikut di laman sosial. "Masa umur 14 tahun saya berhenti sekolah. Tapi selepas kenal dia, saya sambung balik sekolah untuk dapatkan sijil. "Sejak dulu dia banyak bagi nasihat kepada saya mengenai pelajaran dan masa depan," ujarnya yang sudah lapan tahun berkecimpung dalam bisnes. Chanchai merupakan jejaka Thailand berdarah kacukan Malaysia. Menurut Chanchai lagi, pengorbanan dan pertolongan wanita itu sepanjang perkenalan mereka membuatkan dia sebak dan tumpah air mata selepas selamat disatukan sebagai suami isteri. "Apa yang membuatkan saya sedih, dulu saya susah, semua buat sendiri. Berdikari tanpai minta duit orang tua. Tapi isteri banyak tolong saya. Pasangan ini akan bersanding di tepi pantai bulan depan. "Ada satu masa, saya tak cukup duit nak naik flight, jadi dia bagi duit. Dengan pertolongan dia dan tunjuk ajar orang tua, Alhamdulillah saya dah pandai bawa diri sekarang. "Saya juga sebak kerana rasa syukur doa saya diangkat Allah. Allah makbulkan doa yang saya minta selepas solat setiap hari," ujar Chanchai yang bakal mengadakan majlis persandingan di tepi pantai Narathiwat pada 13 November depan. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI