suria

Daki puncak cinta Jabal Rahmah... 9 tahun wanita ini doa minta jodoh, syukur ‘wish list’ dimakbul! Siap sebut nak rupa macam mana

Berkat doa wanita ini di Jabal Rahmah 9 tahun lalu, dia kini sudah selamat bernikah.

SETIAP individu dewasa pasti berharap agar dipertemukan dengan jodoh yang baik untuk dijadikan pasangan sehidup semati.

Bagi umat Islam, tentunya doa menjadi senjata utama agar Tuhan memakbulkan hajat untuk segera dipertemukan dengan si dia.

Ketika berbicara mengenai doa mencari pasangan hidup, Jabal Rahmah di Makkah sering dikaitkan sebagai lokasi untuk berdoa supaya bertemu jodoh.

msg977115084-8315

Tangkap layar ciapan wanita tersebut.

Perkara sama dikongsikan wanita dikenali sebagai Dr Dira melalui ciapannya di Twitter @dyradyre apabila dia pernah menadah tangan di Jabal Rahmah memohon dihadirkan jodoh dalam hidupnya.

Pada ciapan sama, wanita itu berkongsi foto kenangan bersama keluarganya yang berlatarbelakangkan Jabal Rahmah ketika menunaikan umrah di Tanah Suci pada tahun 2013.

Akhirnya, sembilan tahun kemudian Dira kembali ke lokasi sama ditemani pasangan hidup.

ARTIKEL BERKAITAN: Betul-betul jumpa jodoh, gadis buktikan kebenaran ungkapan ‘kata-kata itu satu doa’... ramai golongan single nak tiru, BFF pun terkejut!

ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki bujang terkejut, wanita muncul dalam kereta selepas berdoa minta jodoh

“Doa sembilan tahun.

First time datang Jabal Rahmah, doa specific minta jodoh orang macam mana. Masa tu I sebut je, tak kenal pun.

Nine years later, I came back to Jabal Rahmah with my du'a came true. Alhamdulillah,” tulis wanita itu dalam ciapannya.

Ini juga tempat bapa saya berdoa minta jodoh beberapa bulan sebelum dia bertemu ibu.

DR DIRA

Tambah wanita itu lagi, ketika menunaikan umrah pada 2013, dia baru sahaja menamatkan zaman persekolahan dan meminta nasihat daripada bapanya berkenaan doa meminta jodoh.

“Kau nak doa juga ke? Gatal eh,” kata bapanya berseloroh.

Bukan itu sahaja, wanita itu juga memberitahu yang bapanya juga pernah memohon doa di Jabal Rahmah sebelum bertemu jodoh dengan ibunya.

“Ini juga tempat bapa saya berdoa minta jodoh beberapa bulan sebelum dia bertemu ibu,” tambah wanita itu.

jabal-rahmah

Jabal Rahmah adalah lokasi yang sering dikaitkan dengan tempat berdoa mencari jodoh. Gambar hiasan

Rata-rata netizen terharu dengan dengan perkongsian berkenaan malah ada juga yang bertanya secara terperinci tentang doa wanita itu.

Namun katanya dia tidak mempunyai doa yang khusus dan hanya meminta kepada Tuhan ciri-ciri jodoh idaman yang diingininya.

"Saya masih ingat kali pertama kami berbual, ia sangat mudah dan lancar. Sepanjang tempoh itu asyik terfikir sama ada ini jodoh ke?

"Kemudian semuanya berjalan dengan lancar... Alhamdulillah.

"Yang ajak kahwin, dia. dah la tiba-tiba. Saya pun terkejut. Tapi apa yang saya minta iaitu nak kahwin umur berapa, dengan orang macam mana, nak mentua macam mana, nak husband umur berapa, rupa macam mana... semua dapat, Alhamdulillah," katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
Jodoh, kahwin, umrah, Jabal Rahmah, doa

Artikel Lain