suria

“Ingatkan anak Cina ni putih gebu... tapi ikut mak dia” - Pedih kata-kata orang, ibu sembunyi bayi... Faham situasi Neelofa sorok wajah Bilal

Lelaki ini faham mengapa ada sesetengah ibu bapa yang mahu menyembunyikan wajah anak mereka ketika masih kecil.

SEBELUM ini kisah mengenai seorang pelakon dan pengacara, Neelofa yang enggan mendedahkan wajah anaknya menjadi topik hangat dalam kalangan netizen.

Namun setelah hampir 10 bulan, selebriti tersebut akhirnya terbuka hati untuk berkongsi wajah comel anaknya, Muhammad Bilal itu menerusi satu video yang dimuat naik di media sosial.

Hakikatnya Neelofa dan suaminya Harris Ismail pasti mempunyai alasan tersendiri mengapa mereka menyembunyikan wajah anak sulung mereka itu.

Kisah tersebut membuatkan seorang bapa, Adam Kelvin, terpanggil untuk berkongsi pengalaman peribadi di Facebook mengenai anaknya.

“Viral fasal anak Neelofa tunjuk muka. Saya pun tak kenal siapa Neelofa tu. Cuma benda ni buat saya teringat keadaan wife masa mula-mula lahirkan anak kami.

Posting asal yang menjadi tular.

“Lepas anak kami dilahirkan, ada beberapa orang datang melawat dia. Apabila nampak saja muka anak kami, muka orang tu terus berubah,” ujarnya.

Bercerita lanjut mengenai kejadian, Adam menceritakan pengalaman berdepan individu yang kurang sensitif ketika berkunjung ke rumahnya.

Ujarnya, waktu itu warna kulit serta wajah anak mereka menjadi pertikaian.

Ujar Adam, mereka berasa hairan apabila melihat si anak tidak mengikut genetik si bapa berbangsa Cina yang berkulit cerah.

"Hmm... ingatkan anak Cina ni putih gebu. Hitam ikut mak dia.

“Kami mai (datang) jauh-jauh ni nak tengoklah kacukan anak Melayu Cina. Rupa Melayu la. Ikut mak dia banyak.

ARTIKEL BERKAITAN: Ini ke anak Neelofa? Peminat berjaya rakam wajah dipercayai Bilal ketika hadir ke klinik

ARTIKEL BERKAITAN: Comel! Neelofa akhirnya dedah wajah penuh Bilal... “Cinta teragung Ummi”

“Lepas ni kena tukar nama Melayu la,” demikian imbas Adam tentang kata-kata orang sekeliling terhadap dia dan isteri.

Ujar Adam kata-kata berkenaan cukup menyentap hati isterinya hingga meminta agar tidak lagi menerima lawatan sesiapa pun ke rumah mereka.

Malah, akibat terkesan dengan kata-kata orang, isterinya mula menyangka bahawa Adam tidak akan menyayangi dan menyukai anak mereka sendiri gara-gara warna kulit dan rupa berbeza.

Wife saya sentap sangat dengan kata-kata orang. Terus dia beritahu ummi yang dia taknak siapa-siapa datang melawat dia dah.

So what kalau muka Melayu pun? Dah wife saya Melayu.

ADAM KELVIN

“Jangan kata orang luar, saya sendiri pun wife sampai terfikir yang saya tak akan sayang dan suka anak kami sendiri sebab warna kulit dan rupa berbeza. Kesan kata-kata orang tu sangat mendalam buatnya.

“Dalam otak dia fikir, saya akan biar dia membesarkan anak seorang diri sebab warna kulit anak hitam ikut dia. Tak nampak macam anak Cina pun,” jelasnya lagi.

Kata Adam, dia sendiri terkejut dan tidak pernah terlintas di fikiran untuk mengabaikan anak sendiri hanya kerana tidak mengikut wajahnya.

“Mestilah saya sayang anak saya sebab tu darah daging. Comel ke tak... kira belakang. Hitam ke putih... kira belakang sebab cinta dan sayang tak kenal semua tu.

“So what kalau muka Melayu pun? Tak berdosakan? Dah wife saya Melayu. Takkan nak keluar macam Arab pula?,” soalnya dalam hantaran itu.

Komen netizen di Facebook.

Malah, dia menegaskan bahawa isu mengenai anak merupakan satu topik sensitif.

“Bab anak ni memang parents terutamanya ibu sangat sensitif. Jangan cakap wife, saya sendiri pun sensitif apabila melibatkan anak.

“Benda paling sakit buat parents apabila lihat anak disakiti. Kalau orang sakiti kita tak apa. Jangan sesekali sakiti anak kita. Macam itulah.

“Kalau tak boleh bercakap baik, lebih baik diam,” ujarnya lagi.

Untuk rekod, hantaran asal Adam di Facebook meraih lebih 3,400 tanda suka dan dikongsikan semula lebih 1,900 pelayar.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain