SIAPA sangka gurauan atau prank tempahan kek hari jadi bertukar menjadi drama sedih. Hanya linangan air mata dapat menggambarkan perasaan seorang ibu sebaik menyedari bahawa penghantar kek di depannya adalah anak kandung sendiri yang tidak pulang selama bertahun-tahun. Jeritan sayu si ibu menerusi satu rakaman video yang dikongsi di laman sosial ternyata menyentuh emosi dan mengundang sebak netizen. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) Berkongsi cerita kepada mStar, Intan Yusnena Yusof yang memuat naik video tersebut berkata, ia dirakamkan pada Sabtu lalu, sehari selepas hari ulang tahunnya ke-38. Lebih mesra disapa Intan, dia bagaimanapun menjelaskan kek hari jadi yang ditempah itu sekadar prank bagi membuat kejutan kepulangan adik lelakinya dari Australia. Adik Intan (tengah) bersama ibu bapanya sebelum berlepas ke Australia di KLIA2 pada 2018. "Adik saya bekerja di Victoria, Australia sejak November 2018. Dia tak dapat balik sebab border (pintu sempadan) ditutup sebelum ini akibat pandemik Covid-19. "Selepas border dah buka, kontrak adik disambung. Dia kerja sebagai pemandu forklift, nak balik bercuti di kampung kos agak tinggi selain mahu menyimpan untuk buat bisnes di Malaysia selepas tamat kontrak," katanya ketika dihubungi mStar. Hanya 'video call' pengubat rindu dari kejauhan. Intan berkata, adiknya yang berusia 30 tahun itu merupakan anak kedua daripada tiga beradik dan merupakan satu-satunya anak lelaki. ARTIKEL BERKAITAN: Hampir 2 tahun ada je halangan, pembantu jurutera di Singapura pulang bawa kejutan... 3 adegan, 3 kali si ibu 'hujan' di restoran ARTIKEL BERKAITAN: Anak pulang mengejut selepas 2 tahun terpisah, bapa tersedu-sedu imamkan solat Maghrib - "Rasa bersalah pula buat ayah sebak" "Jadi, adik saya lebih manja dan rapat dengan mak. Saya dan adik perempuan sebenarnya terkejut macam mana mak boleh lepaskan adik lelaki ni untuk bekerja jauh di Australia. "Apabila border dah buka, mak asyik pujuk adik balik. Setiap kali video call, mak pujuk. Mak pernah kata biar dia pergi seorang diri ke Australia untuk jumpa adik," ujarnya yang berasal dari Muar, Johor. Foto raya yang disunting dengan imej adik Intan. Selaku anak sulung, Intan berkata dia paling terkesan sewaktu ibunya yang berusia 61 tahun pulang ke tanah air selepas mengerjakan umrah bersama bapanya di Tanah Suci, pada akhir Ogos lalu. "Mak beritahu masa di depan Kaabah, mak berdoa yang dia rindu sangat dengan anak lelakinya dan berharap untuk berjumpa. "Mak teringin nak suap makan semua anak-anaknya dalam satu dulang. Mak menangis masa luahkan apa yang dia doa, saya pun turut menangis," tambahnya. Keluarga mengabadikan kenangan pada hari kejutan. Lebih sayu, Intan yang bekerja di sebuah bank terpaksa menyimpan rahsia ketika itu mengenai adik lelakinya yang merancang untuk pulang ke Malaysia pada Oktober. "Prank yang kami buat adalah, adik perempuan kononnya tempah birthday cake untuk saya, tapi tak ada duit kecil dan minta tolong mak untuk bayarkan. Mak teringin nak suap makan semua anak-anaknya dalam satu dulang. Mak menangis masa luahkan. INTAN "Mak ni jenis peramah, jadi kami minta mak selfie dengan penghantar kek (adik). Bila adik buka face mask, mak mulanya tak cam sebab rabun dan perlu pakai cermin mata. "Adik pula semakin berisi sejak bekerja di luar negara. Mak baru perasan yang hantar kek tu adalah adik selepas cam tahi lalat di pipi kanan adik," tambah ibu kepada tiga anak itu. Kenduri doa selamat pada hari kepulangan adik Intan. Bagi Intan, dia bersyukur akhirnya hajat ibu yang disuarakan di depan Kaabah semasa mengerjakan umrah akhirnya dimakbulkan apabila adik lelakinya selamat pulang ke Malaysia. "Kami buat prank pagi Sabtu, sebelah malam sepatutnya diadakan kenduri doa selamat sempena kepulangan mak abah dari umrah dan saya selamat menjalani pembedahan tumor. "Akhirnya jadi tiga sebab, termasuk kepulangan adik lelaki setelah empat tahun tak balik jumpa keluarga di Kampung Sri Menanti di Bukit Gambir. "Adik balik for good, buat kerja-kerja kampung dan bisnes. Kalau dulu setiap kali call mak, tengah perbualan mesti sayu teringat adik tapi sekarang mak happy memanjang," katanya. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI