SOAL jodoh, ajal, maut dan rezeki tertakluk kepada kuasa Allah. Begitu juga dengan kisah wanita ini, di mana jodoh yang diharapkan bertahan lama terlerai kerana suaminya meninggal dunia dalam satu kemalangan jalan raya. Video kenangan yang dikongsi di aplikasi TikTok, memaparkan saat mereka merakamkan sesi fotografi outdoor selepas diijabkabul pada tahun lalu, benar-benar membuatkan sesiapa yang menontonnya turut sebak. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) Disertakan dengan kapsyen meruntun hati, secara tidak langsung netizen dapat menyelami isi hati wanita berkenaan. "Bukan tak reda pemergian abang, tapi sayang benar-benar rindukan abang. Semoga abang ditempatkan dalam golongan orang beriman dan berbahagia di taman syurga," demikian kapsyen tersebut. ARTIKEL BERKAITAN: Suami meninggal ketika usia kandungan 26 minggu... mujur ada rakan baik, tempat anak menumpang kasih - "Haddad menangis tersedu-sedu nak ikut Sharis" ARTIKEL BERKAITAN: Isteri luah ‘kekesalan terbesar’! Arwah suami punyalah baik, ‘almost perfect’ tapi foto berdua tak sampai 20 keping Berkongsi cerita dengan mStar, wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Adah berkata, arwah suaminya, Nasyaruddin Ibrahim, 28, atau lebih dikenali sebagai Wan, menghembuskan nafas terakhir selepas terlibat dalam satu kemalangan jalan raya pada 24 September lalu. "Kami berdua keluar bekerja seperti biasa pada hari kejadian... kami kerja di kilang yang terletak bersebelahan saja. Masa saya dah sampai kilang, kawan call beritahu suruh pergi depan kilang arwah. Keadaan kenderaan SUV yang terlibat dalam kemalangan tersebut. "Dalam hati tertanya-tanya juga kenapa. Tak lama tu adik ipar call beritahu abang dia (suami) accident. Saya tanya, teruk sangat ke? "Kemudian pihak hospital hubungi dan beritahu suami dah tak ada," ujarnya sambil menambah, suaminya ketika itu dalam perjalanan ke tempat kerja menaiki motosikal. Akibat perlanggaran dengan sebuah kereta utiliti sukan (SUV), suaminya melambung sebelum terhempas terkena penghadang jalan, dan meninggal dunia di tempat kejadian kerana mengalami cedera parah di kepala. Adah dan suaminya diijabkabulkan pada Februari tahun lalu. Hampir sebulan selepas insiden duka itu berlaku, Adah berkata dia perlahan-lahan reda dengan suratan takdir meskipun terlalu sedih kerana hanya sempat bergelar isteri kurang dari tempoh dua tahun. "Sejak insiden itu, saya masih belum ada kekuatan nak pulang ke rumah kami di Johor Bahru. Saya menetap sementara di rumah keluarga di Machang, Kelantan untuk pulihkan semangat. "Minggu pertama, boleh kata hari-hari air mata ni mengalir. Tapi keluarga dan kawan-kawan beri kata-kata sokongan," ujar wanita berusia 29 tahun ini. Semuanya berlaku secara mengejut dan tidak dijangka. Arwah tak reti berkata-kata romantis tapi dia tunjukkan sayang melalui tindakan. ADAH ISTERI Mengimbas kembali detik-detik terakhir bersama suaminya, Adah berkata arwah tidak menunjukkan sebarang tanda atau kelainan. "Semuanya berlaku secara mengejut dan tidak dijangka. Arwah tak reti berkata-kata romantis tapi dia tunjukkan sayang melalui tindakan. Contohnya, menerusi mesej, ringan tulang membantu kerja rumah dan seorang family man. "Malam sebelum kemalangan, arwah edit video kami berdua dan upload dekat TikTok. Itulah video terakhirnya. Menurut Adah, arwah suaminya bukan seorang yang pandai berbicara romantik tetapi lebih gemar menunjukkan rasa sayang melalui tindakan. "Beberapa bulan kebelakangan ini, arwah belajar buat karbon fiber dengan rakannya. Dia plan untuk buka bisnes dekat kampung di Kelantan sebab nak dekat dengan keluarga. Katanya, sampai bila nak kerja kilang. Tapi, hasratnya tak kesampaian," ujar wanita ini. Tidak menyangka video yang dimuat naik meraih perhatian ramai, Adah berkata dia sekadar mahu meluahkan rasa rindu di samping mengabadikan kenangan dengan arwah suami di media sosial. "Sedikit sebanyak video ini dapat dijadikan pengajaran buat pasangan lain agar menghargai pasangan masing-masing sementara ada kesempatan bersama," ujarnya lagi. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI