KETIKA netizen mengucapkan tahniah dan tumpang gembira dengan berita perkahwinan Abang Viva atau nama sebenarnya Azwan Omar yang tular pagi tadi, kini timbul pula spekulasi kurang enak mengenai 'hero' rakyat Malaysia itu. Semuanya bermula dengan hantaran seorang wanita di Facebook, yang dipercayai kakak kepada Azwan, iaitu Fauziyah Omar. Dalam posting tersebut, wanita berkenaan mendakwa Azwan berkahwin tanpa restu keluarga dan telah mengabaikan orang tuanya sejak berkenalan dengan isterinya. "Kepada sesiapa yang bertanya, iya betul, insan ini telah bertunang dan berkahwin dengan pilihan hatinya tanpa pengetahuan kami. Tanpa pengetahuan mak ayahnya yang masih ada di dunia ini. "Kata pengantin lelaki, dia perlu menjaga nama baik dia, mungkin nama kami dan rupa kami buruk dan busuk. Hantaran seorang wanita, dipercayai kakak kepada Azwan, di Facebook. "Mak ayah saya dan anak-anak buah saya tak layak duduk sama tinggi dengan mereka. Hanya beban yang akan menyusahkan dan penghalang kepada kebahagiaan mereka," tulisnya. Malah wanita itu memohon orang ramai supaya tidak bertanya apa-apa lagi mengenai Azwan kepada ibu dan bapanya. ARTIKEL BERKAITAN: Abang Viva dah kahwin! Isteri dedah perkenalan bermula dengan ‘jadi orang tengah’, hubungan on-off sebelum dilamar ketika live ARTIKEL BERKAITAN: Banjir Terengganu, Kelantan: Abang Viva sekali lagi mahu selamat mangsa banjir "Cukuplah dengan apa yang mak ayah saya tanggung kesan daripada perbuatan mereka. Cukuplah air mata yang telah jatuh ke pipi mak ayah saya yang dah tua. "Berhenti kaitkan kami dengan mereka. Jangan tambah derita yang ada. Beri peluang kepada mak ayah saya untuk bahagia di usia senja mereka. "Kepada pengantin lelaki, selamat pengantin baru dan terima kasih kerana abaikan mak ayah dan keluarga. Hanya jauhari mengenal manikam," tulisnya lagi. Tak perlu nak minta netizen untuk nilaikan. Urusan keluarga uruslah dengan sebaik-baiknya tanpa melibatkan orang luar. NETIZEN Susulan tular pendedahan sensasi tersebut, Azwan memuat naik satu hantaran di laman Facebook miliknya dan memaklumkan akan membuat siaran secara langsung (live) bagi menjelaskan perkara yang dibangkitkan. "Tunggu live malam ini untuk clear semuanya. Dan korang boleh nilaikan sendiri. Sekarang tengah kerja," tulisnya ringkas. Bagaimanapun Azwan tidak menyatakan secara tepat bila waktu untuk membuat siaran langsung itu. Namun rata-rata netizen berpandangan agar Azwan tidak meneruskan niatnya kerana dikhuatiri akan mengeruhkan lagi keadaan. Rata-rata netizen meminta Azwan tidak meneruskan hasratnya membuat live. "Tak perlu buat live bang, tolong jangan. Tak perlu jelaskan apa-apa pada orang luar, diam dulu buat masa ni. Sekarang semua tengah beremosi. Hal dalam keluarga selesai secara peribadi tanpa pengetahuan orang luar. "Tak perlu nak minta netizen untuk nilaikan. Urusan keluarga uruslah dengan sebaik-baiknya tanpa melibatkan orang luar lebih-lebih lagi melibatkan ibu bapa. Jagalah hati dan perasaan mereka. "Saya bersama dengan pendapat majoriti, Abang Viva tak perlu live. Nanti akan lebih sensasi," demikian antara komen netizen. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI