MACAM-macam cara untuk menguruskan badan dan antaranya melakukan senaman lompat tali atau skipping. Seorang pemuda menarik perhatian ramai apabila tali skipping yang digunakannya untuk bersenam lebih besar dan tebal daripada kebiasaan. "Mak aih, skipping guna tali kapal," komen netizen menerusi video yang tular di laman sosial, dan tentunya tali yang digunakan itu jauh lebih berat untuk membuat lompatan. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) Menganggap komen-komen berkenaan sebagai melucukan, pemuda berkenaan, Mohamad Fauzi Isparainy mengakui tali skipping yang digunakannya lebih berat, iaitu 2.3kg. Anak muda berusia 27 tahun itu berkata, tali tersebut adalah jenis yang digunakan untuk seni bela diri campuran (MMA). ARTIKEL BERKAITAN: Dulu abang viral sebab berjaya kurus, kini adik pula sampai ramai nak kenal... ex pun mula tegur - "Dia nampak lagi handsome" ARTIKEL BERKAITAN: Ramai tak percaya jejaka ini auto handsome selepas kurus, wajah gelap berubah jadi glow... Masuk 3 series penuh gaya! "Tali skipping MMA ni saya buat untuk tujuan bagi kekuatan dan ketahanan serta nak dapat penat. Kalau satu set biasanya saya skipping 2,000 kali, 200 kali saya gunakan tali besar ni. "Tapi penatnya berkali ganda. Kalau buat 100 kali, penatnya macam 1,000 kali guna tali kecil yang biasa. Ya Allah, memang sakit... tapi sakit pun, saya tetap cuba," katanya kepada mStar. Fauzi sebelum ini memakai baju bersaiz XXL. Fauzi berkata, dia mula melakukan senaman tali skipping sejak pertengahan Januari tahun ini yang mana ketika itu berat badannya 98kg. "Masa tu kira-kira dua minggu sebelum saya bertunang pada akhir Januari. Apa yang saya pakai serba tak kena, macam tak lengkap sebab badan besar. "Paling saya terasa apabila mulut-mulut orang kata 'Belum kahwin lagi dah boroi'. Masa tu saya jadi 'dulang boy' di majlis kahwin. "Butang baju Melayu pun saya tak dapat pasang di bahagian atas sebab leher besar. Jadi saya fikir perlu lakukan sesuatu," ujarnya yang berasal dari Ipoh, Perak. Selain pemakanan, Fauzi melakukan transformasi menerusi senaman lompat tali. Menurut anak ketiga daripada empat beradik itu, dalam tempoh tiga bulan, dia berjaya menurunkan berat sebanyak 30kg, menjadikan berat baharunya 68kg. "Saya juga berhenti mengambil minuman manis terutama air berkarbonat. Kalau dulu hampir setiap hari. Fast food pun biasanya empat kali seminggu. Kita kena tahu apa yang kita makan, dan bukan sekadar senaman semata-mata. FAUZI "Kesannya rasa pedih ulu hati, nak tidur susah, sakit dada dan mengah. Saya jaga pemakanan, cut gula dan makanan berminyak, pergi kenduri kahwin tak minum air sirap, air kosong je," tambahnya. Jika dahulu baju bersaiz XXL, Fauzi yang merupakan pembaca jangka TNB itu mampu tersenyum bangga kerana kini mampu menyarungkan baju bersaiz S! Fauzi kini dengan berat badan 68kg. Fauzi yang bakal mendirikan rumah tangga pada Sabtu ini (22 Oktober) memberitahu dia mengekalkan stamina dan berat badannya dengan mengamalkan defisit kalori. "Masih ramai tak faham tentang jumlah kalori harian. Sebab itu ada yang katanya diet tapi masih gemuk. Kita kena tahu apa yang kita makan, dan bukan sekadar senaman semata-mata. "Cheat meal saya mungkin berbeza dengan orang lain. Bagi saya adalah kepuasan minum air kelapa segar tanpa gula, saya nak rasa manis air kelapa tu. "Kalau majlis kahwin sendiri tu saya rasa juga air manis, tapi berpada-padalah juga kan. Pengantin kan... tapi tetap jaga pemakanan dan buat senaman," ujarnya secara berseloroh. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI