suria

[V] Gadis dapat anugerah tertinggi di kolej tapi tak beritahu mak ayah, drama air mata di dewan konvo melarat sampai balik rumah

Video Wani turun dari pentas dan meluru ke arah ibu bapanya ketika hari graduasi mengundang sebak warganet.

PAPARAN video menunjukkan seorang gadis meluru mendapatkan ibu bapanya setelah menerima anugerah paling tinggi untuk pelajar daripada pihak universiti mengundang sebak sesiapa saja yang melihatnya.

Begitulah tindakan Nur Azwani Ilias, 21, setelah tamat pengajian di peringkat diploma dalam jurusan Pengurusan Perniagaan di Kolej Teknologi Antarabangsa Cybernetics, Taman Maluri, Cheras.

“Kejadian berlaku ketika majlis konvo saya di Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Universiti Putra Malaysia (UPM).

“Saya dapat Anugerah Emas Terbaik Keseluruhan atas pencalonan ketua program dan graduan terbaik dipilih mengikut kehadiran ke kelas, aktif dalam dan luar kolej, banyak menyertai kelab dan akademik,” jelasnya ketika dihubungi mStar.

Menurut Wani yang menetap di Jalan Klang Lama, penganugerahan oleh pihak atasan ini juga disebabkan prestasinya serta jawatan-jawatan dipangku ketika pengajiannya di kolej tersebut.

Senang disapa Wani, dia menceritakan semula momen manis kejayaan yang dikongsikan bersama ibu bapa ketika berada di barisan tetamu sejurus dia menerima Anugerah Emas Pengerusi Cybernetics Tahun 2022 pada 15 Oktober lalu.

“Lepas saya turun bagi hadiah tu, parents saya sebak dan menangis. Ibu saya ketika itu tak tahu saya dapat anugerah terbaik secara keseluruhan. Saya sorok mengenai anugerah ini memang nak beri kejutan kepadanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita degil, tetap datang majlis konvo buat kejutan walau ‘dilarang’ siap sewa kereta... sekali tunang tunjuk reaksi tak disangka

ARTIKEL BERKAITAN: Penangan Azlan Typewriter, majlis konvo jadi konsert! Graduan pemalu gamatkan dewan, tak percaya dirinya mampu buat ‘show’ sendiri

“Masa turun pergi dekat mereka, ibu bapa ucap tahniah atas kejayaan saya tapi ibu tak berhenti mengalirkan air mata sehingga pulang ke rumah. Mata bapa saya pun berkaca... bangga saya berbintikan nama dia.

“Idea tu tak dirancang sama sekali. Saya bagi hadiah yang saya dapat kepada mereka... sejambak bunga untuk ibu dan pingat emas kepada bapa,” katanya.

Bukan itu sahaja, Wani juga telah membuktikan bahawa segala penat lelahnya sepanjang pengajian kini terbalas dengan kejayaan yang dianggap besar ini.

Tambahnya, jasa kedua-dua orang tuanya yang memberikan sokongan dan semangat untuk dirinya terus berjuang tidak akan dilupakan.

Wani menerima Anugerah Emas Terbaik Keseluruhan ketika hari graduasinya.

“Segala penat lelah dahulu, susahnya ibu saya hantar saya menaiki motosikal dari rumah ke kolej di Cheras. Anggaran lebih kurang 20 minit ulang alik pergi dan balik walau ketika tu ibu masih bekerja. Kolej ada sediakan hostel tapi bapa tak izinkan saya tinggal di sana atas faktor keselamatan.

“Paling tidak boleh dilupakan apabila musim pandemik Covid-19, di mana kelas dilakukan secara online. Pada mulanya saya rasa tak boleh fokus dan catch up apa pensyarah ajar... internet lambat dan suasana rumah bising. Tetapi mereka tetap memberikan nasihat sebab ketika itu saya dah memasuki semester tiga.

“Dalam masa sama, saya juga membantu keluarga di restoran. Ketika itulah saya membahagikan masa dengan tugasan, kerja dan lain-lain. Saya sedapkan hati untuk terus berjuang, semua itu bagi saya hanya sementara dan ketika itu saya teruskan belajar sehingga membuahkan hasil,” ujarnya lagi.

Hebat anak ini... terharu tengok dia peluk mak ayahnya. Aunty pun ada dalam dewan ini tadi.

NUR AZWANI

Jelas Wani yang memperoleh Anugerah Dekan Kelas Pertama dengan keputusan CGPA 3.88, dia mahu meneruskan pengajian dalam bidang Ijazah Pengurusan Bisnes demi mencapai cita-citanya sebagai usahawan muda.

Bercerita mengenai video dimuat naik di TikTok, rakaman dikongsikan oleh pensyarahnya, Syazleen Ismail sebelum mendapat perhatian warga maya sehingga menjadi tular.

“Cantik, bijak, pandai. Congratulations, Wani!,” tulis pensyarah tersebut di ruangan kapsyen.

Rata-rata warga maya memuji dan turut sama berasa terharu melihat Wani meraikan kejayaan dengan ibu dan bapanya.

“Hebat anak ini... terharu tengok dia peluk mak ayahnya. Aunty pun ada dalam dewan ini tadi.

Komen netizen pada video dimuat naik oleh pensyarah Wani.

Congrats. Cantik, pandai cukup pakej ni.

“Alhamdulillah. Ya Allah... akak yang nangis sebab bangga ni dik. Sejuk perut mak awak dik. Jadilah anak yang baik,” komen beberapa netizen di TikTok.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain