suria

[V] Tragedi pagi akad nikah, kereta pengantin perempuan tenggelam dalam banjir... Syukur mat motor jadi hero!

Seorang pengantin perempuan menceritakan semula pengalamannya terperangkap dalam banjir pada hari pernikahannya.

MANUSIA hanya mampu merencana, namun Tuhan yang menentukan segala-galanya.

Itulah kata-kata bagi menggambarkan situasi dialami seorang wanita yang diuji saat menjelang hari bahagianya.

Ketika hari yang ditunggu-tunggu tiba, tanpa disangka pengantin perempuan terkandas dalam banjir.

Dalam satu video berdurasi 33 saat yang tular di TikTok dengan meraih lebih 1.1 juta tontonan, wanita itu @Sikseekerrr berkongsi kisah dia terperangkap dalam banjir sebelum majlis akad nikah pada pukul 10 pagi, 9 Oktober lalu.

"Pada pagi itu hujan lebat, jadi pukul 6.10 pagi saya dah keluar rumah untuk makeup di studio MUA (make-up artist) di pekan kerana slot 6.40 pagi.

"Kami stuck dalam banjir paras pinggang. Kereta kawan yang aku naik tu masuk air sampai ke paras tempat duduk.

ARTIKEL BERKAITAN: “Tak sempat duduk pun atas pelamin’’ - Pengantin tak tangguh photoshoot, rela basah abadikan momen perkahwinan dalam banjir

ARTIKEL BERKAITAN: “Penat tapi kenalah buat juga’’ - Pengantin ‘murah senyuman’ tetap menonjol di hari bahagia, video tenang dalam banjir raih lebih 7 juta tontonan

"Rasa panik, anxious dan nafas aku tercungap-cungap. Pertama kali seumur hidup hadap banjir dan ia berlaku hari akad nikah!" kata wanita itu.

Cerita wanita itu lagi, kejadian banjir di tengah-tengah jalan itu berlaku sekelip mata tanpa disedari.

"Awal-awal melalui kawasan tu air tak naik ke jalan pun. Tapi masa tengah dok jalan dalam gelap tu, kereta rasa berat.

Perkongsian wanita ini di TikTok.

"Sekelip mata air masuk ikut pintu belakang, tak sampai 10 saat air dah naik ke paras tempat duduk. Aku dah ready nak keluar ikut tingkap sebab nampak gayanya air boleh naik ke paras bumbung.

"Terus aku angkat baju nikah ke dashboard belakang, aksesori lain aku peluk," katanya sambil menambah paras air di dalam kereta mereka semakin tinggi dan hampir dibawa arus.

Namun kata wanita itu, mereka bersyukur apabila sekumpulan remaja lelaki datang membantu.

"Lebih kurang 10 orang adik-adik motor berumur belasan tahun datang berlari ntah dari mana. Mereka redah banjir tu dan ramai-ramai tolak kereta kami sampai ke lobi hotel berdekatan.

Rasa panik, anxious dan nafas aku tercungap-cungap... pertama kali seumur hidup hadap banjir dan ia berlaku pada hari akad nikah!

PENGANTIN PEREMPUAN

"Aku tak tau apa jadi kalau mereka lambat walaupun seminit. Mungkin kami akan terperangkap dan dibawa arus ke area longkang dalam sebelah tu atau ke tengah-tengah banjir yang totally akan tenggelam," katanya lagi.

Sungguhpun masih trauma dengan insiden berkenaan, namun wanita itu berkata dia dan dua lagi rakannya bersyukur kerana terselamat daripada bahaya akibat banjir.

Malah dia juga sempat tiba ke lokasi nikah kira-kira pukul 10 pagi seperti yang dijadualkan.

Antara komen netizen.

Dalam pada itu rata-rata netizen turut mengakui bahawa mereka juga pasti panik jika berdepan situasi sama.

Selain bersyukur tiada kejadian buruk berlaku, mereka turut terharu dengan pertolongan daripada remaja bermotosikal seperti yang diceritakan itu.

"Nak nangis baca, semoga adik-adik yang tolong tu semua masuk syurga tanpa hisab.

"Ya Allah, berikanlah kesejahteraan selamanya buat adik-adik motor ni.

"Allah hadirkan orang yang baik ketika sis dalam kesusahan. Mungkin itu asbab kepada kebaikan yang sis pernah lakukan," kata beberapa netizen.

Bagaimanapun identiti pengantin dan lokasi kejadian masih tidak dapat dipastikan apabila pemilik video tidak membalas mesej daripada pihak mStar.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain