suria

“Yang ni aku pantang sangat!” - Buat petak pam minyak macam sendiri punya, pemandu Porsche buat ramai berang

Pemandu itu didakwa meninggalkan kenderaan mewahnya di sisi pam minyak untuk pergi membeli makanan di restoran makanan segera.

KEWUJUDAN restoran makanan segera yang dibuka bersebelahan stesen minyak memberi manfaat buat pengguna jalan raya yang sedang mengejar masa.

Selain berhenti untuk mengisi petrol atau diesel kenderaan masing-masing, mereka juga boleh membeli makanan untuk mengalas perut sementara sampai ke destinasi dituju.

Terbaharu, tular foto memaparkan sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) berjenama Porsche yang didakwa selamba diparkir di ruangan mengisi minyak sementara pemiliknya keluar membeli makanan segera.

People fill the petrol into his car  in a petrol station in Kuala Lumpur.AZHAR MAHFOF/The Star

Netizen meluahkan rasa berang atas tindakan pemandu itu yang menyusahkan pengguna lain.

"Ini namanya anak b***. Settle isi minyak, terus lock kereta, pergi McD (McDonald's), order makan tapi kereta selamba park dekat pump minyak," tulis pengadu.

Beberapa keping foto kejadian itu turut dikongsi menerusi akaun Twitter @isusemasaviral sehingga meraih perhatian netizen.

Akaun itu turut berkongsi foto seorang lelaki yang dikaburkan wajahnya, dipercayai pemilik kereta itu.

Yang ni aku pantang sangat! Orang nak isi minyak sedap-sedap pula kereta parking kat pam tu sambil shopping dalam kedai tu.

NETIZEN

Rata-rata netizen meluahkan rasa kurang senang dengan tindakan pemandu itu, tak kurang juga yang berkongsi cerita berdepan pengalaman serupa.

"Sebiji macam aku hari tu time dekat Shell dekat highway LPT. Myvi park kereta lepas tu pergi jalan-jalan, lepas tu beli coffee mesin tu lepas tu baru isi minyak. Dah la highway tu penuh dengan kereta beratur nak isi minyak. Tapi time tu lelaki berdua dengan girlfriend kot, buat selamba dia je.

"Benda ni pernah berlaku depan mata aku. Satu kereta potong queue depan kereta kakak ni. Padahal kakak ni elok beratur nak isi minyak. Dia dah potong queue, parking, bawa beg, lock pintu, pergi ATM dulu before isi minyak tanpa rasa bersalah. Last last kena maki.

ARTIKEL BERKAITAN: 5 tahun huni stesen minyak terbiar, sayang kucing lebih dari diri sendiri... pemuda terkejut tengok wajah bersih warga emas

ARTIKEL BERKAITAN: Jadi rider sambil gigih jual air botol di stesen minyak, selepas ‘diselidik’ rupanya cari duit lebih nak nikah lagi 3 bulan

"Aku pernah kena. Settle isi minyak dia pergi tandas dulu lepas tu keluar tandas masuk dalam beli jajan-jajan lepas tu keluar balik letak jajan dalam kereta lepas tu dia ambil benda alah lap tingkap tu dia lap dulu sambil jeling aku kat belakang. Aku sedekahkan al-Fatihah kat dia.

"Yang ni aku pantang sangat! Orang nak isi minyak sedap-sedap pula kereta parking kat pam tu sambil shopping dalam kedai tu. Takkan tak boleh letak kereta kat tepi," tulis beberapa netizen.

komen2

Antara komen netizen di Twitter.

Dalam pada itu, ada yang turut mencadangkan supaya mereka yang terlibat dalam kejadian itu menegur pelaku terlebih dahulu sebelum menularkannya menerusi media sosial.

"Soalan? Ada tak tegur? Kalau ada then that individual memang sampah. Tapi kalau tak tegur? I mean memang zaman sekarang mulut tak ada? Tangan lagi cepat nak bertindak ke? Sebab ikut pengalaman, aku memang tegur je. Then kalau mereka tak makan saman juga, then tak tahu la.

"Boleh je nak tegur, tak payah viral ah. Melainkan kau dah tegur dan dia buat bodoh baru viral," tulis beberapa netizen lagi.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain