KEBIASAANNYA pemilik kereta akan menyayangi kenderaan masing-masing bagai menatang minyak yang penuh. Mana tidaknya, selain menjadi alat penggerak dari satu destinasi ke destinasi lain ia juga dianggap sebagai simbolik taraf hidup. Namun, ada juga sesetengah individu yang 'melayan' kereta masing-masing secara sambil lewa seperti melepaskan batuk di tangga. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) Sikap berkenaan didedahkan individu bernama Azwan Aziz, 31, seorang pemilik kedai membasuh kenderaan apabila seorang pelanggan menghantar kereta untuk dicuci. Dalam satu video tular di TikTok yang dimuatnaik Azwan, dapat dilihat sebuah kereta dalam keadaan menjijikkan apabila ia dihurungi ulat sampah di merata-rata tempat. “Ceritanya macam ni, owner tu beli telur papan dan letak dekat lantai kereta di bahagian penumpang. Lepas itu dia letak barang-barang lain dekat atas telur itu dan telur itu pecah. ARTIKEL BERKAITAN: Geli dan jijik! Penghuni buang lampin, tuala wanita dari tingkat atas... “Jujur cakap rumah flat memang macam ni” ARTIKEL BERKAITAN: Jijik! Peti sejuk, dapur kotor punca restoran disita “Dalam tiga atau empat biji telur juga yang pecah. Lepas itu papan itu pula terbalik. Memang tumpah semua keluar. Owner itu cakap dia lap balik pakai kain. Ingat setle terus. “Tapi makin lama makin bau busuk. Jadi dia hantar ke kedai kita ini untuk check. Dia minta kita hilangkan bau busuk itu dengan apa saja cara,” ujarnya. Tanpa memberitahu pemilik kereta, Azwan berkata dia mengambil keputusan untuk membawa keluar semua kerusi dan alas agar mereka dapat membuat pemeriksaan menyeluruh. Nampak seperti kuah mi segera tetapi lain sebenarnya. “Kami tak ada pilihan lain. Memang kena buka semua. Kena cari punca. Bau busuk dia dah macam bangkai dan telur tembelang. “Sebelum buka tu, dekat depan tu kami dah nampak ada sikit ulat. Kami tak syak apa-apa lagi waktu itu. Tapi apabila kami buka sampai belakang, itulah dia, sebanyak itu (ulat), saya pun terperanjat. “Banyak je benda pelik saya dah jumpa waktu buat niaga cuci kereta ni tapi ini memang pelik,” terangnya. Azwan memberitahu dia mengambil masa tiga hari untuk membuang semua ulat dan membasuh keseluruhan dalaman kereta itu. Saya boleh cakap owner itu memang bersikap tak endah. AZWAN AZIZ “Mula-mula kami bunuh ulat itu pakai racun. Kemudian kami buang semua ulat-ulat itu. Lepas itu cuci pakai air dan sabun. Akhir sekali keringkan supaya bau hanyir itu dah tak melekat dekat alas. “Kami togelkan kereta itu sebab saya tahu apabila telur itu pecah, lendir dia akan meresap jauh ke dalam span yang ada dekat bawah alas itu. Memang semua tempat kena cuci. “Saya boleh cakap owner itu memang tak ambil endah. Dia biar saja terperam sampai dah jadi teruk macam ini. Bau dia lagi teruk daripada tong sampah,” luahnya. Azwan tergamam dengan apa yang dilihatnya. Netizen juga meluahkan rasa ngeri dengan pemandangan yang dilihat sehingga meloyakan mereka. “Boleh bayang bau kereta macam mana. “Saya tengok sambil tutup hidung. “Bawa mayat ke apa kereta ini,” antara komen warga maya. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI