SUDAH menjadi asam garam dunia perniagaan apabila peniaga terpaksa berdepan dengan pelbagai ragam pelanggan. Turut merasai situasi ini ialah seorang pembuat roti homemade apabila dia berdepan dengan pelanggan yang enggan membayar harga pesanannya. Kisah itu dikongsikan di Facebook seorang peniaga wanita sehingga mendapat tumpuan warga maya kerana turut 'panas hati' dengan sikap pembeli terbabit. "Selalunya kan kita dengar orang kena tipu, orang ambil makanan tak bayar, selalu kita akan terfikir betul ke ada orang macam ni? "Ya, betul ada... Cheq (saya) dah kena. Bulan lepas ada stranger berhubung guna Facebook nak beli roti dua kotak. Duduk dekat flat K***h, Georgetown. Kita pun hantarlah. Dia bayar cash. Okay settle. Trust built. Posting asal yang tular di Facebook. "Kemudian dia order (lagi) minggu seterusnya lima kotak. Tak cukup, dia kejan (desak) suruh pergi hantar lagi tiga kotak. Akhirnya sampai malam adik ipar dari Tanjung Tokong naik motosikal pergilah hantar dekat dia (waktu) malam," katanya. Namun, pembelian secara bayaran tunai ketika penghantaran (COD) bagi enam kotak roti itu tidak dibayar oleh pelanggan terbabit. Sebaliknya dia meminta agar bayaran harga roti serta kos penghantaran sebanyak RM78 itu dibuat secara dalam talian. "Mana tahu rupa-rupanya tak ada duit nak bayar. Allahu. Beli sampai berkotak-kotak tapi sebenarnya tak ada plan nak bayar. Ada ya orang macam ni. Kisah benar. "Dia minta tunda nak bayar bulan ni. Walaupun hati kita rasa tak best tapi tak apalah kita bagi peluang. Dekat sebulan juga tunggu duit roti. ARTIKEL BERKAITAN: Rugi besar! Ejen terpaksa buang stok tak laku dalam tong sampah, dakwa ‘ditipu hidup-hidup’ dengan pengasas produk ARTIKEL BERKAITAN: Pelanggan tak puas hati kabinet dapur ditempah senget, berlubang... dakwa dibuat guna barang recycle 'mix and match'! "Sampai harini dia tak bayar dan kita pun berhubung dengan orang sekeliling. Pulau Pinang ni kecil, bukan susah nak cari. Kita tunggu juga sampai bulan ni dan harini dah tak boleh tunggu bukan sebab apa, sebab dia juah (sombong) ditambah dengan tak ada adab," luahnya lagi. Pada posting sama peniaga terbabit turut berkongsi tangkap layar perbualan dengan pelanggan terbabit di aplikasi WhatsApp. Menurut pelanggan tersebut, dia meminta peniaga roti itu agar bersabar kerana jumlah hutangnya bukan mencecah ribuan ringgit. Bukan itu sahaja, peniaga itu juga diugut dengan pelbagai ancaman daripada wanita tersebut. "Katanya bukan ribu-ribu pun duit roti tu awat (kenapa) tak boleh sabar ke. Jadi mana adabnya? Sudahlah berhutang tapi kurang ajar bahasanya. Lepas pula tekak dia telan makanan tu tanpa buat bayaran. NETIZEN "Tak cukup tu ya, ada macam-macam makian. Siap ugut nak bagi kita mati. Hanya kerana RM78 duit roti. Nanti hampa (anda) tengoklah dekat photo (tangkap layar perbualan) tu," ujar peniaga itu lagi. Bercerita lanjut mengenai pengalaman buruknya itu, pelanggan terbabit mempunyai dua akaun Facebook dan salah satunya didakwa digunakan untuk urusan pembelian atas talian. "Ingat, Pulau Pinang ini kecil sahaja. Bukan susah nak cari anak mami nama tu duduk flat K***h. Ada banyak mutual friends dalam Facebook saya dengan dia. "Pergilah nasihat suruh jadi manusia bertamadun sikit. Kalau hutang tak boleh bayar, cakap elok-elok. Jangan asyik cakap tipu dan maki sana sini. Kita orang Islam kena tahu halal dan haram. Komen netizen di Facebook. "Kalau peniaga-peniaga lain dapat nama mcm ni duduk dekat flat K***h, jaga-jagalah. Bagi duit baru bagi barang. Kalau tidak nanti hampa jadi setan dan boleh mati," ujarnya dalam hantaran sama. Walau bagaimanapun, semakan mStar mendapati bahawa pelanggan terbabit sudah membuat bayaran penuh kepada peniaga roti itu. Untuk rekod, posting tentang hal berkenaan meraiih lebih 2,000 tanda suka dan lebih 2,000 dikongsikan semula oleh pelayar lain. Rata-rata mereka turut mengujarkan rasa simpati malah turut merasakan kurang senang dengan sikap pelanggan tersebut. "Jauhkanlah saya daripada perangai macam ni. Tak ada duit duduk diam-diam. Jangan gatal nak makan hutang makanan. "Tak ada duit tapi nak makan sedap-sedap. "Lepas pula tekak dia telan makanan tu tanpa buat bayaran lagi," ujar beberapa netizen. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI