HATI isteri mana yang tidak terluka apabila lelaki yang bergelar suami rupa-rupanya bersikap curang. Lebih menyakitkan apabila kecurangan suami itu berlaku di hadapan mata, di tempat awam. Mungkin begitulah yang dirasai wanita ini, tatkala menyaksikan sendiri 'drama' kecurangan berkenaan ketika keluar bersama suami dan anak kecilnya. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) Berdasarkan video tular, seorang wanita secara tiba-tiba 'menyerang' si lelaki bersama isteri dan anak kecilnya yang sedang menunggu untuk menonton filem di pawagam. Drama bermula apabila wanita memakai sut kelabu dan blaus hitam yang secara kebetulan berada di lokasi sama dipercayai sebuah pusat beli-belah itu menyedari kelibat lelaki berkenaan, didakwa kesasihnya. ARTIKEL BERKAITAN: Baru 2 tahun kahwin, suami kantoi curang hampir 10 kali - "Dia masih main Tinder, WeChat... saya lari balik kampung" ARTIKEL BERKAITAN: Suami buat hal bercinta dengan gadis kelas marketing, isterinya ditanya tentang madu ketika sama-sama tunai umrah - "Tak sangka suami sambut birthday dia di Madinah" Menerusi perkongsian di laman TikTok, wanita itu juga dikatakan sempat menunjukkan mesej perbualannya bersama lelaki berkenaan kepada si isteri sebagai bukti mereka mempunyai hubungan sulit. Keadaan semakin tegang apabila si lelaki hanya mampu mendiamkan diri, tanpa memberikan sebarang reaksi meskipun menjadi tumpuan di khalayak ramai. Si isteri sambil mendukung anak kecilnya hanya melihat 'drama' yang berlaku. Manakala isteri yang berhijab hanya tercengang memerhatikan pergaduhan yang berlaku, sambil mendukung anak mereka. Tanpa segan-silu, wanita berkenaan terus meninggikan suara sehingga menyebabkan dua pengawal keselamatan bergegas ke lokasi kejadian bagi meredakan ketegangan. Wanita itu juga dilihat semakin agresif apabila berulang kali merentap baju lelaki berkenaan sehingga koyak. Kesemua mereka kemudian dibawa ke pejabat sekuriti untuk tindakan lanjut. Hingga kini 'sinetron' yang dipercayai berlaku di sebuah pusat beli-belah di Indonesia itu meraih 3.5 juta tontonan di TikTok. Kesemua mereka mengikut pengawal keselamatan ke pejabat sekuriti bagi meredakan ketegangan. Di ruangan komen, kejadian yang berlaku membangkitkan kemarahan netizen dengan rata-rata mereka amat bersimpati dengan nasib yang menimpa si isteri kepada lelaki curang. Apatah lagi sepanjang ketegangan berlaku, si isteri hanya mendiamkan diri dan kelihatan tenang sambil mendukung anak mereka. "Hancur dalam diam. Di sebalik tenangnya isteri, di dalam hati pasti hancur sangat. NETIZEN "Level kecewa yang sangat dalam ialah diam. Bininya sabar. "Hati isteri lagi terluka tengok macam ni," demikian antara komen netizen. Antara komen netizen. Selain itu, netizen turut mendoakan agar isteri kepada lelaki curang itu diberikan kekuatan dalam menempuh dugaan dan ujian berat. "Ya Tuhan, begitu tabah isterinya. "Di sebalik tenangnya isteri, di dalam hati pasti hancur sangat. Depan anak, depan umum, doa buat kamu dari jauh," kata netizen. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI