suria

Mengidam ‘next level’, isteri ketagih nak bau minyak wangi bekas teman lelaki! Suami cuba tolak, tapi... “Sudahnya mencebik la dia”

Permintaan si isteri ketika mengidam ternyata meremukkan hati suami.

SEBAGAI seorang suami dan bakal ayah, lautan api pasti sanggup diredah demi si isteri dan anak dalam kandungan.

Ketika isteri mula berbadan dua, nekadnya seorang lelaki itu dapat dilihat dalam memenuhi segala kehendaknya.

Namun, lumrah alam kesetiaan itu tidak selalunya berbalas, malah dikhianati.

lul

Luahan tanpa nama yang mahu dikenali sebagai Aril.

Itulah apa yang diceritakan lelaki ini yang menggelarkannya diri sebagai Aril (bukan nama sebenar) di platform Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Confession (IIUMC).

Semuanya bermula apabila mereka disahkan bakal menimang cahaya mata pertama selepas tiga tahun mendirikan rumah tangga.

Kini isterinya yang dinamakan sebagai Sara (bukan nama sebenar) mula memasuki fasa mengidam dan si suami teruja untuk memberikan yang terbaik.

ARTIKEL BERKAITAN: Ibu hamil mengidam biji bunga teratai, suami pelik ingat tak boleh makan... Demi isteri gagah petik di tasik

ARTIKEL BERKAITAN: Siti Badriah mengidam makan ubi madu dari Puncak Bogor, suami layan permintaan pelik isteri mengandung

"Sepanjang Sara pregnant, banyak permintaan yang dia minta aku tunaikan. Yang bukan-bukan je permintaannya, aku turutkan.

"Nak makan itu ini, aku usahakan sampai dapat. Sampaikan dia mengidam nak keropok ikan ringan dari Sabah aku sanggup pergi beli.

"Aku fly dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Kota Kinabalu semata-mata nak beli keropok itu. Dia tak nak beli Shopee," ceritanya.

photo1666225889

Bau minyak wangian menjadi idaman isteri dan igauan suami. Gambar hiasan.

Aril sangat komited dalam mengikuti segala idaman isterinya kerana mempercayai jika tidak dipenuhi ia akan mengganggu emosi si ibu dan bayi.

Walaupun begitu, Aril bukanlah seorang malaikat yang mampu merealisasikan setiap impian sekelip mata.

Tiba masanya, kehendak si isteri mula kelihatan seperti tidak berasas.

Boleh juga dikatakan seperti memandang rendah kepada maruah dirinya sebagai seorang suami.

"Dia nak bau ex (bekas teman lelaki) dia. Nak bau perfume ex dia.

Mengidam itu boleh, tetapi hati pasangan perasaan itu tolonglah jaga.

ARIL

"Aku pun perfume collector. Tom Ford Oud Wood, Creed, Eros, Giorgio Aqua... itu semua aku ada.

"Jadi aku bagi dia bau satu-satu untuk ingat balik ada yang sama tak macam bau ex dia," tulisnya.

Malangnya, tidak ada satu pun minyak wangi yang diberikan itu menyerupai bau bekas teman lelaki Sara.

Ketika ditanyakan apakah jenama minyak wangi tersebut, isterinya juga tidak mempunyai jawapan.

Si suami kebuntuan melayani keinginan isteri. Gambar hiasan.

Lebih pelik isterinya juga gagal mengesan bau minyak wangi teman lelakinya walaupun dibawa ke kedai menjual wangian.

"Lastly aku cakap tak boleh tunaikan permintaan dia. Sudahnya mencebik la bibir dia merajuk dengan aku," katanya.

Setelah berbagai ikhtiar dicuba dan isterinya masih berkeras dalam keinginannya itu, Aril mengalah dan bersetuju untuk berjumpa bekas temas lelaki Sara.

"Kami pun pergi berjumpa ex Sara dengan alasan nak memulangkan baju yang diberikannya dulu.

"Apabila jumpa, aku beritahu Sara untuk hirup udara dekat situ sepuasnya. Ambil bau perfume dia sepuas hatinya.

"Yang peliknya aku tak bau apa-apa pun dekat si ex Sara ni," jelas Aril agak runsing.

Ego Aril seperti disiat-siat sehingga lumat.

Aril mengakui hatinya berkecai kerana isterinya seolah-olah masih berpegang pada masa lampau.

Seperti cinta lama berputik kembali dan Aril seperti orang ketiga dalam hubungan mereka.

"Aku faham kalau nak mengidam nak makan itu ini apa semua. Tapi kalau mengidam yang libatkan masa lalu dan ex ni aku agak sangsi.

"Kepada kaum hawa, mengidam itu boleh, tetapi hati pasangan perasaan itu tolonglah jaga.

"Apabila benda macam ini berlaku, patah semangat rasa," Aril meluahkan isi hati yang terbuku.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain