suria

Isteri Abang Viva yakin konflik keluarga suami tak panjang, ada jalan berbaik - “Isu ini tak besar, adik-beradik saja”

Evanoza yakin konflik membabitkan perkahwinannya dengan keluarga mentua akan menemui jalan penyelesaian terbaik.

SEJAK Jumaat, kisah perkahwinan Abang Viva atau nama sebenarnya Azwan Omar menjadi tumpuan ramai gara-gara didakwa berkahwin tanpa pengetahuan ibu bapa.

Semuanya bermula dengan hantaran seorang wanita di Facebook, yang dipercayai kakak kepada Azwan, iaitu Fauziyah Omar.

Dalam posting tersebut, wanita berkenaan mendakwa Azwan berkahwin tanpa restu keluarga dan telah mengabaikan orang tuanya sejak berkenalan dengan isterinya.

Sudah tentu isteri Azwan yang dikenali sebagai Evanoza Zakaria turut menjadi 'sasaran' netizen yang ingin mengetahui kisah di sebalik perkahwinan mereka.

Beberapa jam lalu, Evanoza memuat naik satu video di aplikasi TikTok, seakan-akan memberi gambaran apa yang terbuku di hatinya ketika ini.

EVA 2

Evanoza dan Azwan selamat diijabkabulkan pada 14 Oktober lalu.

"Kadang kita tak kuat, tapi kena kuat sebab tanggungjawab pada mereka di sekeliling kita," tulisnya pada kapsyen video yang diiringi lagu 'Doa Untuk Kamu' dendangan penyanyi Indonesia, Aviwkila.

Perkongsian tersebut turut menyentuh hati netizen dengan rata-ratanya mendoakan agar wanita berkenaan tabah menghadapi ujian yang melanda di ruangan komen.

ARTIKEL BERKAITAN: Kena kick dari grup WhatsApp, Abang Viva tetap akui ‘mak ayah nombor 1’! Mohon diberi ruang selesai isu kahwin secara tertutup dengan keluarga

ARTIKEL BERKAITAN: Abai keluarga, kahwin tanpa restu mak ayah? Abang Viva nak buat live, netizen nasihat tak perlu jelaskan apa-apa

Ada juga netizen yang melontarkan kenyataan 'pedas' dengan menyatakan restu ibu bapa adalah penting dalam sesebuah ikatan perkahwinan, namun dengan tenang dibalas kembali oleh Evanoza.

"Itu (restu) sudah semestinya. Berilah mereka ruang selesaikan isu adik-beradik. Eva rasa (kalau) cerita nanti (akan) mengeruhkan keadaan. Tak apalah, sekarang maruah mereka dah jadi tanggungjawab Eva untuk lindung dan simpan.

EVA 3

Azwan atau Abang Viva membuat siaran langsung (live) bagi menjelaskan situasi yang sebenar, malam tadi.

"Sebenarnya isu ini tak la besar, adik-beradik saja. Pasal mak dan ayah tu, Azwan balik dan kami akan jaga sampai hujung nyawa," tulis Evanoza membalas komen netizen.

Dalam masa yang sama, wanita tersebut memberi bayangan konflik yang melanda keluarga mentuanya akan menemui jalan penyelesaian terbaik.

"Tak ada apa dah... nampak jalan untuk berbaik. InsyaAllah," tulisnya lagi.

Pasal mak dan ayah tu, Azwan balik dan kami akan jaga sampai hujung nyawa.

EVANOZA ZAKARIA

ISTERI ABANG VIVA

Evanoza turut melahirkan rasa terharu dan mengucapkan terima kasih kepada pengikutnya dan netizen yang tidak henti-henti menghujaninya dengan doa dan kata-kata semangat.

"Terima kasih dan sedikit sebanyak komen yang positif macam ini beri saya kekuatan. Doakan Eva ya," tulisnya lagi.

Terdahulu, susulan kontroversi tersebut, Azwan pada malam Jumaat tampil membuka mulut menjelaskan situasi sebenar menerusi siaran langsung (live) di Facebook.

KOMEN EVA

Antara komen positif daripada netizen pada perkongsian video Eva.

Mengulas dakwaan kononnya dia berkahwin tanpa pengetahuan ibu dan bapa, Azwan dengan tegas menafikan perkara berkenaan selain turut menunjukkan paparan perbualannya bersama ibu di aplikasi WhatsApp, sebagai bukti.

Azwan dalam masa yang sama memohon semua pihak agar mendoakan yang terbaik buatnya dan keluarga serta meminta semua pihak memberikan dirinya ruang untuk menyelesaikan salah faham yang berbangkit secara tenang dan tertutup bersama keluarganya.

Untuk rekod, Azwan yang juga aktif dalam misi bantuan banjir selamat bernikah dengan pilihan hatinya, Evanoza Zakaria pada 14 Oktober lalu.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain