suria

Hajat nak main salji di Sapporo berkecai, agensi pelancongan buat kepala sendiri tukar tarikh... Minta ‘refund’ tapi tak layan

sapporo front

BUKAN sahaja wang lesap, malah impian percutian ke Jepun turut hancur berkecai!

Begitulah kisah yang menimpa seorang lelaki, Fuad Aziz yang mendakwa menjadi mangsa penipuan sebuah agensi percutian terkenal.

Menurut Fuad, dia merancang untuk bercuti sempena musim sejuk di Sapporo, Jepun bagi trip pada Disember ini dan sudah membuat bayaran tempahan (booking) kepada agensi berkenaan sebanyak RM1,200.

Bagaimanapun, lelaki ini meluahkan rasa kecewa apabila pihak agensi pelancongan terkenal itu mahu menukar tarikh perjalanannya.

"Saya dan agensi T** setuju untuk travel pada tarikh 16 Disember hingga 22 Disember 2022.

"Saya bayar deposit seperti yang diminta. RM1,200 untuk empat orang pada 17 Jun 2022 kepada ejen bernama S*****. Berhari-hari follow up nak deposit payment.

sapporo 1

Perkongsian Fuad di laman Facebook.

"Alih alih T** batalkan dan pinda ke tarikh lain. (Saya) dimaklumkan melalui WhatsApp oleh ejen bernama J*** pada 17 Julai 2022, ayat dia power, 'belum dapat dijalankan'.

"Saya tidak setuju, saya tak nak pergi pada tarikh lain. Saya nak Sapporo Disember 2022 juga. Kalau tak ada saya nak refund semula. Itu hak saya, ada sebab kenapa aim saya nak ke sana," tulisnya dalam perkongsian di Facebook.

ARTIKEL BERKAITAN: Rosak program! Impian ‘staycation’ di vila menghadap laut berkecai gara-gara terjerat iklan murah scammer di FB

ARTIKEL BERKAITAN: Menu udang 16.2kg untuk 6 orang, pelanggan bayar RM3,200! Agak-agak dah kena scam atau sebab 'berat mulut'?

Disebabkan tarikh perjalanannya ditukar, Fuad mengambil keputusan meminta semula deposit sebanyak RM1,200 yang sudah dibayar, namun menurutnya pihak agensi memintanya menukar tarikh atau menganjak kepada tahun 2023.

"(Saya) diminta untuk tukar trip lain atau anjak ke tahun hadapan 2023. What? Harga pula differ RM500 dengan pakej 2022. Ini satu kekeliruan pada pelanggan.

"Tapi T** buat tak tahu, dan menafikan refund saya. Berbulan-bulan tanpa follow up dan juga counter offer. Minta maaf pun tak ada.

"Daripada flow ini pun sudah jelas bahawa T** yang mahu mengubah tarikh, bukan saya. Jadi bukan saya yang buat hal," kongsinya lagi.

sapporo 2

Tangkap layar (screenshot) perbualan di aplikasi WhatsApp antara Fuad dengan staf agensi pelancongan berkenaan.

Fuad menambah dia tidak dapat menghubungi pihak agensi pelancongan tersebut apabila nombornya disekat dan juga media sosial miliknya turut disekat oleh pihak agensi itu.

Merasa tertipu dan sekadar berkongsi pengalaman, Fuad turut membuat perkongsian berkaitan isu itu di sebuah group di Facebook.

Apa yang mengejutkan, ramai yang mendedahkan mereka juga pernah menjadi mangsa kepada agensi pelancongan yang sama dengan jumlah kerugian yang berbeza.

"Setelah melalui beberapa proses negosiasi yang gagal, saya buat keputusan untuk lapor hal ni ke Tribunal Pengguna.

Saya tidak setuju, saya tak nak pergi pada tarikh lain. Saya nak Sapporo Disember 2022 juga. Kalau tak ada saya nak refund semula. Itu hak saya.

FUAD AZIZ

"Emel pula draft dah siap ke Kementerian Pelancongan (Motac), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) akan diemel dalam masa terdekat sebab ada 30 orang lebih mangsa setakat sekarang yang DM inbox saya," ujarnya.

Sementara itu, dalam perkembangan yang sama, agensi pelancongan terbabit tampil memberikan kenyataan rasmi di Instagram mereka.

Menurut agensi tersebut, hal itu terjadi disebabkan beberapa faktor dan di dalam terma yang telah dipersetujui sebelum ini sudah diterangkan mengatakan bahawa tiada refund akan diberikan jika mahu membatalkan pakej yang dibeli.

scam 1

Antara netizen yang mendakwa pernah menjadi mangsa agensi pelancongan yang sama.

"Kami tidak pernah lari atau scam dan gagal membawa mana-mana pihak yang sudah berdaftar dengan kami untuk pergi trip bersama kami.

"Pendirian kami adalah untuk memberikan isu ini kepada Tuntutan Pengguna, sekiranya kami salah, kami akur dengan arahan yang diberikan dan berharap akan selesai dengan cara yang baik.

"Tetapi jika sebaliknya, harap pihak sana pun mesti akur kerana KPDNKK (KPDNHEP) akan buat keputusan berdasarkan fakta bukan emosi seperti yang sedang berlaku sekarang.

"Kami serahkan kepada badan profesional yang saya rasa lebih adil untuk membuat keputusan bagi kedua-dua belah pihak," demikian kenyataan agensi tersebut.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain