suria

[V] Anak saudara kerah kudrat pakcik ajak main pasir pantai, mujur berbaloi penat sebab ramai puji - “Meja dia limited edition”

Sekumpulan ahli keluarga santai berkelah tepi pantai dengan makanan terhidang atas meja pasir.

KEBIASAANNYA, tikar atau meja akan dibawa oleh orang ramai untuk berkelah di tepi pantai bersama keluarga atau rakan-rakan.

Lain pula halnya dengan sekumpulan individu, dipercayai sebuah keluarga yang begitu santai menikmati hidangan diletakkan atas meja pasir yang dibina oleh mereka sendiri di tepi pantai.

Suasana itu dapat dilihat menerusi satu rakaman berdurasi 17 saat dan dimuat naik di akaun TikTok milik Angah_piqah sebelum ia berjaya menarik perhatian warganet.

Paling menjadi tarikan pada video yang meraih lebih 170,000 tontonan tersebut bukanlah makanan yang dibawa, sebaliknya meja makan yang unik.

Sekumpulan individu berkelah sambil makanan dihidangkan di atas meja pasir yang dibina sendiri.

Berdasarkan rakaman, kumpulan berkenaan seperti membawa makanan dari rumah apabila ayam goreng yang terhidang atas meja diletakkan dalam bekas makanan.

Menurut pemilik TikTok berkenaan di ruangan komen, segalanya bermula apabila salah seorang anak saudaranya mengajak membina meja pasir semasa mereka sekeluarga bercuti di Port Dickson, Negeri Sembilan.

Tambahnya lagi, mereka mengambil masa agak lama iaitu lebih satu jam untuk membina meja pasir ini kerana peralatan tidak mencukupi.

"Idea anak saudara, kami buat bersama.

"Tapi kena siapkan scoop dan cangkul, ni guna tempurung kelapa, penat tambah letih.

"Sejam lebih juga, sebab tak ada alatan," tulisnya pada perkongsian tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Macam lepak tepi pantai! Sekeluarga bentang tikar di airport, siap angkut periuk nasi... B40 rancak berkelah cedok lauk dikecam netizen

ARTIKEL BERKAITAN: Gadis ini tak nak kalah selepas terpegun tengok kucingnya pandai berenang dalam laut - “Saya mandi pantai bawa pelampung”

Di ruangan komen, rata-rata netizen begitu teruja melihat keunikan binaan tersebut yang mana tikar dijadikan alas meja dan mereka duduk di dalam 'lubang' di sekeliling meja..

GAMBAR KOMEN

Komen netizen di TikTok

"Kenapa dari dulu tak pernah terfikir nak buat meja macam ni, selalu buat istana je.

"Style gila, boleh try juga lepas ni.

"Tenang betul bang, meja paling 'stailo'.

"Kita boleh buat meja macam ni tak payah bawa meja," demikian antara komen netizen pada perkongsian video tersebut.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain