suria

Penghuni susah hati, burung layang-layang serang pangsapuri... Aduan pula dipandang sepi! “Tunggu saya abuse haiwan baru datang?”

Penduduk pangsapuri Danau Perintis buntu dengan kehadiran burung layang-layang dalam banyak.

KEHADIRAN burung layang-layang dalam jumlah yang banyak di kawasan kediaman cukup membimbangkan penduduk setempat.

Saban hari ada saja rungutan tentang kerosakan yang berlaku disebabkan haiwan berkenaan.

Begitulah luahan seorang penduduk pangsapuri Danau Perintis di Puncak Alam yang mahu dikenali sebagai Nur apabila kawasan kediamannya menjadi lokasi 'serangan' burung layang-layang.

Sekawan burung layang-layang yang menjadi mimpi ngeri penduduk Pangsapuri Danau Perintis.

“Saya dah duduk di sini sekitar empat tahun sejak 2018. Isu burung ini dah setahun lebih terjadi tetapi sejak Mei lalu ia menjadi semakin teruk.

“Burung-burung tu memang akan bertenggek dekat railing lorong. Kalau saya keluar dari lif nak balik ke rumah dan lalu lorong tu, burung tu akan jadi panik dan terbang sana sini.

“Sampai saya kena tunduk sikit sebab takut dia langgar muka. Saya pun risau kalau ada penyakit burung tu bawa. Memang terlampau banyak,” luahnya ketika dihubungi mStar.

ARTIKEL BERKAITAN: “Masing-masing tak ada hidung ke?” - Pelanggan malas turun, rider terpaksa redah sampah di flat demi tanggungjawab... ada samakan macam kandang!

ARTIKEL BERKAITAN: Geli dan jijik! Penghuni buang lampin, tuala wanita dari tingkat atas... “Jujur cakap rumah flat memang macam ni”

Mengenai najis burung layang-layang tersebut, Nur berkata ia terlalu banyak sehinggakan pekerja pembersihan seperti sudah hilang kudrat untuk menjalankan tugas hakiki mereka.

Cleaner dekat apartment ini pun dah tak larat nak cuci najis burung sebab too much. Itu belum cerita bulu burung yang gugur.

“Kereta kami dekat parking lot bawah jangan cakap la... memang habis kena tahi burung,” katanya.

Lebih menyedihkan apabila jiran-jiran Nur yang berniaga makanan seolah-olah hilang tarikan pelanggan selepas mereka melihat keadaan pangsapuri yang kotor.

Kami ada cuba juga repeller bunyi nak bagi burung tu takut tapi tak berkesan.

NUR

Burung layang-layang tersebut didakwa akan datang selepas waktu maghrib dan akan beredar pergi di pagi hari untuk keluar mencari makanan.

Nur berkata penduduk setempat dan pihak pengurusan sudah mencuba berbagai ikhtiar untuk menghalau burung layang-layang itu tetapi tidak ada satu pun yang membuahkan hasil.

“Kami ada cuba spray repeller tak jalan. Takkan pula kami nak spray repeller tu setiap hari, burung tu banyak sangat, dia akan datang balik.

“Kami ada cuba juga repeller bunyi nak bagi burung tu takut dan pasang bird spike tapi tak berkesan juga.

Najis burung layang-layang yang menghujani Pangsapuri Danau Perintis.

“Kami ada rancang nak pasang plastik dekat setiap lorong supaya burung tu tak boleh bertenggek tapi dia masih boleh datang dekat tingkap rumah kami. Masalah itu tak boleh selesai,” kata Nur kebuntuan.

Pada masa sekarang, Nur dan penduduk setempat memasang jaring di tingkap mereka untuk menghalang burung daripada memasuki rumah.

Ujar Nur lagi, penduduk dan pihak pengurusan pangsapuri sudah berhubung dengan pihak berkuasa tempatan tetapi setakat ini masih belum ada tindakan yang diambil.

photo1666413215

Tompokan najis burung layang-layang di setiap dinding di Pangsapuri Danau Perintis.

“Kami punya management office pun dah berhubung dengan Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) tetapi mereka tak boleh ambil tindakan sebab ia bukan burung gagak.

“Kalau burung gagak seperti yang kita tahu mereka boleh datang tembak. Tetapi kalau burung layang-layang mereka tak boleh datang buat benda yang sama.

“Hubungi Jabatan Perkhidmatan Haiwan Selangor pun mereka cakap tak boleh buat apa-apa sebab ia bukan jenayah haiwan.

“Saya macam sedih, tak akan nak tunggu saya abuse haiwan baru nak datang tengok keadaan dekat sini,” ceritanya.

Nur berharap isu ini akan mendapat perhatian pihak berwajib kerana kehidupan dia dan penduduk setempat sekarang penuh kesengsaraan dihantui burung layang-layang.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain