PERKAHWINAN bukah hanya melibatkan penyatuan dua jiwa semata-mata, sebaliknya ia hadir dengan pakej bersama keluarga. Alangkah bahagianya seseorang wanita jika dikurniakan rezeki mendapat keluarga mentua yang baik dan melayaninya seperti anak kandung sendiri. Itulah doa yang sering dipanjatkan oleh golongan hawa, selain memohon dikurniakan seorang lelaki yang baik sebagai pasangan hidup. Namun bagi wanita ini, dia meluahkan rasa berat hati untuk meneruskan perkahwinan dengan kekasihnya gara-gara sikap buruk keluarga lelaki tersebut. Luahan hati wanita tersebut yang dikongsikan di laman Twitter @twtmalaywedding. "Boyfriend saya ni anak emak. Baru-baru ni family dia datang merisik, kami dah berkawan lama daripada zaman sekolah. "Saya bukan apa, masih takut-takut nak kahwin sebab mak dan ayah boyfriend saya ni suka ikut campur dalam urusan kami. Sampaikan tempat kerja dia pun ayah dia nak tetapkan. "Ayah dia memang kuat mengarah, emak dia pula suka buat drama air mata. Family saya memang tak berapa suka dengan family dia sebab family dia selalu memperlekehkan family saya. ARTIKEL BERKAITAN: Keluarga mentua penuh kasih sayang, anak ‘hilang rasa’ terhadap famili sendiri... salahkan ibu kandung jarang peluk sejak kecil ARTIKEL BERKAITAN: Mak mentua kuat ibadah tapi layan menantu macam hamba! Hanya baik jika seleranya dituruti, makanan terhidang elok "Ibu dan ayah saya dah divorce, ayah boyfriend saya pernah cakap yang saya datang daripada family yang bermasalah. Macam-macam mereka kutuk family saya," luah wanita berusia 29 tahun yang identitinya tidak didedahkan itu. Tambah wanita tersebut, teman lelakinya juga akan berubah sikap setiap kali selepas pulang dari rumah ibu bapanya, seakan-akan 'dibasuh' oleh keluarganya. Wanita tersebut berat hati untuk berkahwin walaupun majlis bakal berlangsung kurang sebulan daripada sekarang. -Gambar hiasan "Bukan nak buruk-burukkan mereka tapi boyfriend saya kalau balik rumah mak ayah dia saja, mulalah perangai dia berubah, macam kena brainwash. "Belum lagi saudara-mara mereka masuk campur. Ini urusan kahwin pun sakit kepala sebab banyak campur tangan family boyfriend saya. "Ayah dia dah siap-siap pesan dekat saya 'masuk keluarga ni kena macam ni...macam ni'," kongsinya lagi sambil menambah, dia dan kekasihnya bakal disatukan pada Disember ini. Love yourself more... mereka berani rendahkan keluarga awak, pertahankan family awak. NETIZEN Wanita tersebut menambah, perkara berkenaan membuatkan hatinya berbelah bahagi untuk meneruskan perkahwinan namun dalam masa yang sama, dia begitu menyayangi hubungannya bersama teman lelaki yang terbina 15 tahun lamanya. "Tapi hati saya berat sangat-sangat nak teruskan pernikahan ni. Ada ke yang pernah duduk dalam situasi saya ni? Saya sangat-sangat buntu. Patut ke saya teruskan?," soalnya. Luahan wanita tersebut dikongsikan di laman Twitter @twtmalaywedding. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen berpandangan agar wanita berkenaan mengundur diri kerana sudah terserlah sikap keluarga kekasihnya yang diibaratkan seperti 'toksik'. Rata-rata netizen menyarankan wanita berkenaan undur diri. "Seluruh keluarga dah toksik. Awak kahwin nanti lagi toksik. Tak payahlah, awak berhak dapat yang lebih baik. Kenal 15 tahun tu belum tentu buat awak boleh bertahan lepas kahwin. "Kalau hati dah berat itu salah satu petanda la tu. It is okay untuk blah, sis. Umur 29 kira muda lagi. Risau lepas kahwin mental lagi down dan depress sebab kena hadap family macam tu. "Kenyataan yang mereka berani rendahkan keluarga awak depan awak sendiri dah nampak jelas dah tu. Love yourself more. Pertahankan family awak. Awak 29, bukan 49. Masih panjang perjalanan awak," demikian antara komen netizen. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI